Kulit yang bersih dan mulus bukan sahaja perempuan yang inginkannya. Lelaki juga memerlukan beberapa treatment untuk dapatkan kulit yang halus seperti ini.
Tak apa, jangan panik dan jangan malu gais. Ini dia 9 cara untuk dapatkan kulit mulus dan bersih…
#1: Tumit merekah
Ambil kulit pisang yang masih segar dan lumurkan ditumit beberapa minit. Biarkan ia seketika sehingga kering, lalu perhatikan tapak kaki yang dilumur tadi.
Ads
#2: Kulit Terbakar
– Ambil Aloe Vera, asingkan gelnya dan letak sedikit air lalu kisarnya sehingga lumat.
– Spray di bahagain kulit yang terbakar itu dan biarkan sehingga ia kering.
#3: Hilangkan Selulit
– Ambil coconut oil, Argan Oil dan letakkan Essential Oil ke dalam satu bekas yang sama. Campurkan ke semua bahan ini lalu kacau hingga sebati.
– Kemudian ambil bahan-bahan yang telah di campurkan tadi dan sentalkan di bahagian kulit yang bermasalah atau selulit.
– Amalkan sekurang-kurangnya seminggu tiga kali.
#4: Kecilkan Pori-pori
Ads
– Ambil bekas berisi Susu Almond, Gelatin, Madu, dan Tea Tree Essential Oil, lalu campurkan semuanya dan sebatikan ia.
– Oleskan diwajah dan biarkan ia kekeringan (menjadi masker) kemudian kupas masker tersebut lalu bilas dengan air bersih.
– Amalkan sekurang-kurangnya seminggu 3 kali.
#5: Buang Blackheads
– Kisarkan pisang bersama telur kuning sehingga lumat.
– Oleskan di wajah yang dipenuhi dengan blackheads, lalu bilaskan ia dengan air bersih.
– Kisarkan Mentega Shea, Madu, Minyak Vitamin E, Gel Aloe vera dan Lavender Essential Oil sehingga lumat lalu sapukannya di kulit wajah dan biarkan ia semalaman.
– Amalkan setiap malam dan anda boleh rasakan kulit anda segar di pagi hari.
#7: Body Butter Agar Elakkan Kulit Kering
– Ambil mentega shea yang telah dicairkan, minyak kelapa, cocoa butter, Minyak zaiton ke dalam bekas lalu sejukan ia di peti ais sehingga ia beku. Kacau ia sehingga cair dan likat.
– Sapukan body butter di kulit tubuh badan anda.
– Amalkan ia setiap hari dan selepas anda mandi atau bilas badan.
#8: Pencuci Muka
– Campurkan bahan-bahan seperti Sabun Castile, Jojoba Oil, Madu, Tea Tree Essential Oil ke dalam satu bekas lalu goncangkan ia sehingga sebati.
– Ambil bahan ini, lalu cuci muka menggunakan bahan-bahan ini (jadikan sebagai pencuci muka).
#9: Kulit Kemerahan
– Letakkan Garam Laut, Madu dan Tea Tree Essential Oil lalu kacau sehingga rata (jangan sehingga lumat).
– Oleskan di kulit wajah yang kemerahan dan bilas menggunakan air bersih.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Baru berangan nak rambut tebal dan lebat seperti model iklan syampu tapi bila pegang rambut sendiri dan sikat menggunakan jari, banyak pula rambut gugur. Sekali tengok cermin, mula nampak kosong ditengah di kulit kepala pula.
Frust juga apabila mencuba pelbagai jenis cara tetapi tetap sama sahaja hasilnya. Kalau kamu mengalami situasi yang sama, jangan risau kerana ada penyelesaiannya.
Menerusi perkongsian seorang lelaki di aplikasi twitter, dia hanya menggunakan bahan semulajadi sahaja bagi mengembalikan rambut yang lebat dan paling penting tidak gugur lagi. Jadi jom kita lihat bagaimana dia menghasilkannya.
Cara untuk membuatnya cukup mudah, menurut Ahmad Hunain hanya memerlukan tiga langkah sahaja .
Langkah 1 : Potong kecil beberapa biji buah limau purut
Langkah 2 : Masukkan limau purut dan 1 mangkuk santan ke dalam blender. Kemudian kisar halus.
Langkah 3 : Kemudian masukkan dalam bekas ais kiub dan letak dlm freezer selama 6 jam.
Cara penggunaannya bila sudah beku bolehlah ambil ketulan tersebut dan sapu sahaja di rambut dan kulit kepala. Amalkan dua minggu sekali dan akan lihat kesannya.
Kalau ada bahan yang semulajadi dan selamat kenapa perlu guna bahan kimia kan. Paling penting, harganya murah dan boleh dicuba oleh semua orang. Selamat mencuba!
Pelakon lelaki dari Amerika Syarikat yang kian menempa nama di Hollywood, Austin Butler sebelum ini terkenal dengan filem ‘Elvis’. Kemampuannya melakonkan watak penyanyi legenda tersebut mendapat pujian ramai.
Malah menerusi filem tersebut dia banyak mendapat anugerah pelakon terbaik dari pelbagai organisasi pengkritik filem seperti dari IndieWire Critics Poll, AACTA Awards dan juga Florida Film Critics Circle.
Pesona yang dibawa Austin Butler cukup sensasi menyebabkan YSL Beauty pun mengambil keputusan melantiknya sebagai wajah baharu MYSLF, wangian serba baharu yang mencerminkan bau maskulin tradisional.
Tampil tegap dan segak, Austin Butler yang dianggap sebagai simbol lelaki moden sempurna yang mampu menjelmakan semangat MYSLF dengan wataknya yang pelbagai rupa ketika dia digambarkan dalam pelbagai peranannya.
Tidak kiralah sama ada dari watak Elvis di mana dia menangkap emosi hidup yang mentah dengan memainkan legenda muzik hingga ‘Once Upon a Time…di Hollywood’ di mana dia memainkan watak pembunuh upahan Tex Watson.
“Dalam mencari sosok sesuai menjelmakan visi YSL Beauty tentang maskuliniti baharu, tiada pilihan yang lebih baik untuk kami melainkan Austin Butler.
“Hadirnya sebagai seorang insan dan artis membawa nilai-nilai yang dinyatakan oleh jenama kami melalui MYSLF, gambaran moden tentang apa yang dimaksudkan sebagai seorang lelaki,” jelas Pengurus Besar Antarabangsa YSL Beauty, Stephan Bezy.
Dipakejkan dalam botol lacquer berwarna hitam dengan dihiasi logo ikonik Yves Saint Laurent Cassandre, minyak wangi MYSLF adalah penerokaan dua dunia.
Pertembungan bauan menusuk di antara kesegaran dan sensual, bersih dan seksi, terang dan gelap – penuh dengan bergamot segar, bunga oren yang kaya dengan hati mutlak dan keserasian hutan yang berahi.
Ternyata YSL Beuaty MYSLF boleh menjadi pilihan yang tepat buat lelaki yang inginkan persona maskulin yang perkasa dalam aktiviti harian.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video yang menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masih ramai lelaki yang beranggapan mencuci muka dengan air sahaja sudah mencukupi. Ada juga yang menggunakan sabun mandi atau sabun badan untuk membersihkan muka atau wajah kerana menganggap semua sabun mempunyai fungsi yang sama.
Hakikatnya, kulit wajah mempunyai struktur yang berbeza berbanding kulit pada bahagian badan lain. Sebab itulah penggunaan pencuci muka bukan sekadar soal kosmetik atau penampilan semata-mata, tetapi turut berkait rapat dengan aspek kesihatan kulit.
Jadi, adakah lelaki benar-benar memerlukan pencuci muka?
Jawapannya, ya.
Malah pelbagai kajian dermatologi menunjukkan rutin pembersihan wajah yang betul mampu membantu mengurangkan masalah kulit seperti jerawat, pori tersumbat, iritasi serta penuaan pramatang.
Ramai tidak sedar bahawa kulit lelaki secara biologinya berbeza daripada wanita.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Cosmetic Science, kulit lelaki mempunyai ketebalan sekitar 20 hingga 25 peratus lebih tinggi kerana dipengaruhi hormon testosteron.
Selain itu, lelaki juga menghasilkan lebih banyak sebum atau minyak semula jadi kulit.
Minyak ini sebenarnya penting untuk melindungi kulit, namun penghasilan berlebihan boleh menyebabkan pori tersumbat dan meningkatkan risiko jerawat.
Sebab itulah ramai lelaki terutamanya yang aktif bersukan atau bekerja di luar rumah sering mengalami masalah kulit berminyak.
Sepanjang hari, wajah kita terdedah kepada pelbagai bahan pencemar.
Habuk, asap kenderaan, peluh, minyak berlebihan, bakteria dan sisa sunscreen boleh terkumpul di permukaan kulit.
Menurut American Academy of Dermatology (AAD), campuran bahan-bahan ini boleh menyumbat pori dan mencetuskan pelbagai masalah kulit jika tidak dibersihkan dengan sempurna.
Membasuh muka menggunakan air sahaja tidak cukup untuk menyingkirkan minyak dan kotoran yang melekat pada permukaan kulit.
Di sinilah fungsi pencuci muka memainkan peranan.
Formula pencuci muka direka khusus untuk memecahkan minyak, menanggalkan kekotoran dan membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit.
Mengabaikan penjagaan wajah bukan sekadar menyebabkan muka kelihatan kusam.
Dalam jangka masa panjang, ia boleh membawa kepada beberapa masalah lain.
Antaranya ialah pori tersumbat yang menjadi punca utama pembentukan jerawat dan blackhead.
Apabila minyak dan sel kulit mati terkumpul terlalu lama, bakteria mudah membiak lalu menyebabkan keradangan pada kulit.
Selain itu, pencemaran udara juga boleh mempercepatkan proses penuaan kulit.
Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Investigative Dermatology mendapati pendedahan berterusan kepada pencemaran boleh meningkatkan pembentukan pigmentasi, kedutan halus dan kerosakan kolagen.
Ini bermakna lelaki yang tidak menjaga kebersihan wajah mungkin akan menunjukkan tanda-tanda penuaan lebih awal berbanding mereka yang mempunyai rutin penjagaan kulit yang baik.
Ini antara kesilapan paling biasa dilakukan lelaki.
Sabun badan biasanya mempunyai tahap pH yang lebih tinggi dan kandungan bahan pencuci yang lebih kuat.
Kulit wajah pula lebih sensitif dan memerlukan produk yang lebih lembut.
Penggunaan sabun badan secara berterusan boleh menyebabkan lapisan perlindungan semula jadi kulit terganggu.
Akibatnya, kulit menjadi kering, mudah iritasi dan menghasilkan lebih banyak minyak bagi mengimbangi kehilangan kelembapan.
Keadaan ini akhirnya boleh menyebabkan masalah kulit bertambah teruk.
Pakar dermatologi biasanya mengesyorkan mencuci muka sebanyak dua kali sehari.
Sekali pada waktu pagi untuk menyingkirkan minyak yang terkumpul ketika tidur dan sekali lagi pada waktu malam untuk membersihkan segala kotoran sepanjang hari.
Bagi lelaki yang aktif bersenam atau melakukan aktiviti luar yang menyebabkan peluh berlebihan, mencuci muka selepas bersenam juga sangat digalakkan.
Namun perlu diingat, mencuci muka terlalu kerap juga tidak baik kerana ia boleh mengganggu keseimbangan semula jadi kulit.
Tidak semua pencuci muka sesuai untuk semua orang.
Lelaki yang mempunyai kulit berminyak boleh memilih pencuci muka yang mengandungi salicylic acid bagi membantu mengawal minyak dan mencegah jerawat.
Bagi kulit kering pula, pilih formula yang mengandungi bahan pelembap seperti glycerin atau hyaluronic acid.
Jika mempunyai kulit sensitif, elakkan produk yang mengandungi alkohol atau pewangi berlebihan kerana ia boleh menyebabkan kerengsaan.
Memahami jenis kulit sendiri adalah langkah pertama untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
Zaman di mana penjagaan kulit dianggap hanya untuk wanita sudah lama berlalu.
Hari ini, semakin ramai lelaki mula memahami bahawa menjaga wajah adalah sebahagian daripada penjagaan diri secara keseluruhan.
Sama seperti menjaga rambut, bersenam atau menjaga pemakanan, membersihkan wajah juga memainkan peranan penting dalam memastikan penampilan dan kesihatan berada pada tahap terbaik.
Hakikatnya, penggunaan pencuci muka bukanlah satu kemewahan atau trend semata-mata.
Ia adalah satu keperluan asas yang membantu memastikan kulit kekal bersih, sihat dan terlindung daripada pelbagai masalah yang boleh berlaku akibat pengumpulan minyak, kotoran dan pencemaran harian.
Jadi jika anda masih mencuci muka menggunakan sabun badan atau sekadar air paip semata-mata, mungkin sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan semula rutin penjagaan kulit anda.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.