Ruginya Kalau Tak Makan Betik & Nenas, Sebab Ia Antara Sumber Baik Untuk Atasi Masalah Gout!

Bagi yang mempunyai masalah gout, pasti tahu betapa sakitnya kalau masalah gout ini datang menyerang. Serba-serbi jadi tidak kena, sampaikan ada yang demam-demam.

Daging, makanan laut, organ dalaman haiwan dan kekacang antara makanan yang sering dikaitkan dengan gout. Namun kalau langgar pantang makan, penangannya memang menyakitkan.

Selain makan ubat yang dibekalkan doktor, banyak makanan alami yang boleh membantu mengatasi gout antaranya nenas.

Sebagaimana yang dikongsikan Dr Suri Roowi, selain nenas, buah betik juga merupakan antara sumber yang baik untuk mengatasi masalah gout.

Jadi bagi yang ada gout, rajin-rajinlah mengambil buah nenas dan betik sebagai amalan pemakanan harian anda.

Tak rugi pun mengamalkannya kerana buah nenas dan betik juga kaya dengan pelbagai khasiat lain.

IKLAN

Menurut Portal MyHealth, diet bagi pesakit gout boleh membantu menyekat pembentukan asid urik dan meningkatkan penyingkirannya. Namun, diet ini tidak dapat menurunkan kepekatan asid urik secukupnya bagi merawat gout.

Ubat-ubatan masih diperlukan disamping diet yang betul untuk membantu mengurangkan kekerapan serangan gout dan tahap keterukan penyakit gout.

Diet yang bersesuaian, di samping kawalan kalori dan senaman berterusan adalah perlu untuk memperbaiki tahap kesihatan pesakit gout secara menyeluruh dengan membantu mencapai dan mengekalkan berat badan ideal.

IKLAN

Sumber yang baik untuk gout

Betik dan nenas adalah antara sumber yang baik untuk masalah gout. Ianya disebabkan oleh kehadiran enzim proteolitik yg dikenali sbg papain dan bromelain. Bromelain banyak dalam empulur nenas.

Enzim papain dari betik bersifat anti radang, membantu tubuh jadi beralkali dan menghalang peningkatan asid urik. Enzim-enzim ini juga membantu penghadaman protein.

Sumber-sumber alami lain yang boleh digunakan adalah misai kucing, ceri, saderi, buah belinjau dan kunyit (curcumin).

IKLAN

Perlu juga kurangkan makanan tinggi purine cth hati, `seafood’ cth kupang, ketam, sardin etc…

Dapatkan nasihat Dr…

Follow Instagram MASKULIN

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI