Gambar: pixabay.com/

Pengambilan makanan yang tidak seimbang dan sesuai dengan perut adakalanya boleh menyebabkan perut berangin dan sendawa. Ia biasanya terjadi disebabkan oleh gas (angin) atau masalah penghadaman.

Kesan daripada perut berangin ini boleh menimbulkan rasa tidak selesa dan lesu, malah ia boleh mengganggu tugasan harian anda.

Namun dalam tak sedar, ada sebahagian daripada jenis makanan yang biasa kita makan setiap hari rupanya boleh menyebabkan perut berangin.

Jadi, untuk memastikan anda terhindar daripada perut berangin, kawallah pengambilan makanan-makanan ini sebagaimana yang dikongsikan The Diagnosa – Original di laman Facebooknya.

Terdapat beberapa jenis makanan yang menyebabkan perut anda berangin

IKLAN

Rupanya 4 Makanan Yang Biasa Kita Makan Ini Boleh Menyebabkan Perut Berangin!

1. Makanan yang tinggi serat

Makanan yang tinggi serat mengandungi bahan yang tidak boleh dicernakan oleh usus manusia.

IKLAN

Oleh disebabkan itu, terdapat beberapa jenis bakteria di dalam usus manusia yang boleh menghasilkan enzim berfungsi untuk menguraikan makanan tersebut dan nutriennya diserap oleh bakteria dan juga usus manusia.

Tetapi dalam penguraian bahan tersebut, gas terhasil dan gas inilah yang menyebabkan perut menjadi berangin.

IKLAN

2. Air berkarbonat

Air bergas ini apabila diminum ia boleh menyebabkan masalah gastrik dan juga GERD. Kedua masalah ini sendiri boleh menyebabkan perut seseorang itu rasa berangin.

Bahkan gas yang berada di dalam minuman itu boleh keluar dan terkumpul di dalam perut menyebabkan simptom yang sama berlaku

3. Makanan masam atau berasid

Makanan ini akan menyebabkan masalah gastrik berlaku. Jesteru menghasilkan simptom perut berangin

4. Kafein

Akan menyebabkan penghasilan asid di dalam perut dan menjurus menjadi punca masalah gastrik dan juga GERD. Kedua-dua penyakit ini boleh menghasilkan simptom perut berangin

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI