rambut cuci tabiat
Foto: wayhomestudio - www.freepik.com

Setiap orang mempunyai rutin penjagaan rambut yang tersendiri. Ini kerana masing-masing mempunyai jenis rambut, kulit kepala dan juga gaya rambut yang berbeza-beza. Namun ramai tidak sedar bahawa sesetengah rutin dan tabiat penjagaan rambut sebenarnya boleh mendatangkan keburukan. Malah lebih teruk membuatkan rambut gugur dengan banyak!

Tabiat mencuci rambut secara semberono boleh memberi kesan yang tidak baik dalam jangka masa yang panjang. Apabila ia memberi kesan nanti mungkin sudah agak terlambat untuk menyelamatkannya.

Selain faktor genetik, itulah antara punca mengapa lelaki perlu berhabis ribuan ringgit untuk mengembalikan kondisi rambut yang lebih sihat dan bersinar. Jadi apakah tabiat cuci rambut yang tidak elok dan perlu kita elakkan.

Ikuti perkongsian daripada MASKULIN di bawah!

TAK KENA DENGAN GAYA HIDUP

Kesilapan pertama yang sering dilakukan oleh lelaki dalam memilih gaya rambut ialah ia tak sesuai dengan gaya hidup mereka. Sebagai contoh jika anda seorang yang bekerja awal pagi dan hanya ada masa singkat untuk bersiap elakkan gaya rambut yang terlalu complicated.
Anda tiada masa untuk basuh, pre-styling, mengeringkan rambut dan menggayakan dengan pelbagai produk setiap hari.

IKLAN

BACA: Terbaik, Tip Lebatkan Rambut Dengan Gunakan Daun Jambu Batu!

TERLALU RISAU KONDISI RAMBUT

Ada setengah orang yang sangat peka dengan rambut sendiri sampai mengalahkan orang perempuan. Rambut hendaklah sentiasa dalam keadaan sama seperti yang anda lakukan sebelum keluar rumah. Susah kalau seperti ini kerana jika anda banyak habiskan masa di luar ia amat mustahil. Jadi pilih gaya rambut yang lebih mudah dan on-the-go.

Tabiat Cuci Rambut Tak Elok, Antaranya Guna Syampu Dua Dalam Satu
Foto: nakaridore – www.freepik.com

TERLEBIH PRODUK

Ini satu lagi kesalahan yang sering dilakukan oleh lelaki. Pastikan untuik rambut anda tak guna lebih dari dua produk sahaja. Jika lebih daripada itu ia bermakna anda tak yakin dengan penggayaan sendiri atau ada masalah keyakinan diri. Less is more!

IKLAN

PENGERING RAMBUT

Jangan terlalu kerap menggunakan pengering rambut kerana ia boleh memberikan kesan dalam jangka masa panjang. Kalau nak guna sekalipun pastikan tak lebih sekali dalam sehari. Haba panas yang keluar dari pengering rambut boleh merosakkan rambut jika kerap digunakan.

BERBELANJA BELI PRODUK

Tak salah kalau anda nak beli produk penjagaan dan penggayaan rambut. Namun biarlah berpada-pada dan harganya pula janganlah sampai lebih mahal daripada bajet makan sebulan. Di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenis yang dijual dan banyak yang harganya berpatutan. Jangan terlalu memilih jenama ya.

IKLAN

KERAP CUCI RAMBUT

Tahukah anda bahawa kulit kepala kita mengelurkan sejenis minyak semulajdi yang bertindak melindungi kepala. Tak salah nak basuh tapi janganlah terlalu kerap. Cukup hanya bila anda mandi pada waktu pagi dan malam.

SYAMPU 2 DALAM 1

Sebolehnya elakkan guna syampu 2 dalam 1 bersama perapi. Ya, tak dinafikan memang anda fikir ia menjimatkan namun ia tidak memberikan kesan dan hasil yang sama seperti anda guna syampu dan perapi secara berasingan.

Ikuti YouTube MASKULIN untuk tip dan workout terbaik seperti di bawah!

https://www.youtube.com/watch?v=vgZ0LoK90GE&t=2s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI