Apabila perut terlalu lapar sewaktu berdiet dan badan kurang vitamin, pasti boleh mengundang stres. Sudahnya kalau anda stres, diet pun tak akan menjadi.

Untuk memastikan diet anda tidak tergugat, ini merupakan 7 cara yang harus anda patuhi untuk mengelakkan perut anda buncit dan boroi!

Artikel berkaitan: Kalau Tahu Kelebihan Senaman Perut Ini, Mesti Nak Buat Setiap Hari

Artikel berkaitan: Elak Kunyah ‘Chewing Gum’ & Jangan Minum Pakai Straw, Ini Cara Untuk Kurangkan Masalah Kembung Perut

#1: Latihan secara teratur

Dalam mendapatkan berat badan yang ideal diperlukan dalam kehidupan sihat diantaranya dengan melakukan latihan secara teratur.

Bagi anda yang ingin menghindari perut buncit sebaiknya rutin melakukan latihan seperti sit up, yang bermanfaat untuk otot perut.
Selain itu anda juga dapat membuat latihan fizikal seperti berlari dan berbagai jenis latihan yang memiliki manfaat untuk mengurangi lemak di tubuh terutamanya di bahagian perut.

#2: Makan secara teratur

Tahukah Anda, Stres & Kurang Vitamin C Punca Perut Anda Buncit?

Bagi anda yang melewatkan makan pada waktunya ia lebih berisiko tinggi dalam meningkatkan kadar kolesterol, sehingga menyimpan lebih banyak lemak terutama di bahagian perut.

IKLAN

Mengambil makanan sihat seperti salad dan buah-buahan setiap hari dapat mengurangi penyimpanan lemak tubuh terutama di bahagian perut anda.

#3: Hindari Makanan Manis

Cara terbaik untuk menghindari perut buncit adalah dengan menghindari makanan manis . Pengambilan gula menyebabkan perubahan yang tinggi terhadap kadar gula dalam darah.

#4: Meningkatkan vitamin C

Vitamin C banyak terdapat di dalam sayur dan buah seperti buah jeruk, brokoli, pisang, dan paprika yang dapat membantu dalam menjaga antibodi di dalam tubuh.

Vitamin C sangat penting dalam mengubah lemak menjadi tenaga

#5: Pemilihan makanan yang berkhasiat

Bagi anda yang ingin mendapatkan tubuh yang sihat terutama terhindar dari lemak di bahagian perut sebaiknya lebih selektif dalam memilih makanan.

IKLAN

Makanan yang mengandung lemak tidak sihat merupakan musuh bagi anda yang ingin mendapatkan kesihatan tubuh dan berat badan yang ideal.

Beberapa makanan ternyata mampu mencukupi keperluan lemak sihat yang diperlukan tubuh dan bermanfaat untuk anda yang sedang diet.

Beberapa makanan seperti buah-buahan , sayur-sayuran dan minyak zaitun boleh menjadi pilihan terbaik anda.

#6: Rehat yang cukup

Tahukah Anda, Stres & Kurang Vitamin C Punca Perut Anda Buncit?Tidur sangat penting untuk menjaga berat badan dan kesihatan yang lebih sistematik untuk tubuh anda.

IKLAN

Beberapa penelitian telah membuktikan bahawa terlalu sedikit kualiti tidur merujuk ke penambahan berat badan, mengidam makanan yang tidak sihat dan peningkatan risiko penyakit jantung.

Mendapatkan lebih banyak tidur adalah cara mudah untuk menjaga tubuh Anda langsing dan sihat.

#7: Mengawal stres

Obesiti adalah salah satu hormon yang berhubungan dengan pengelolaan stres. Ketika Anda sedang stres maka akan mengakibatkan tingkat kenaikan obesiti.

Hal ini dapat menyebabkan penambahan berat badan atau ketidakmampuan untuk menurunkan berat badan dan meningkatkan antibodi badan.

Usahakan untuk meluangkan waktu untuk bersantai setiap hari meskipun hanya beberapa minit untuk mengatur kortisol yang seimbang.

Bagi anda yang sedang bermasalah dengan berbagai kegiatan yang menekan anda secara paksaan sebaiknya anda mengatur jadual kembali untuk mendapatkan pola hidup yang sihat dan menghindari beberapa penyakit yang mungkin timbul ketika stres tidak dapat anda tangani dengan baik.

Subscribe dan tonton video tentang gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI