BMW Group Malaysia telah memperkenakan aplikasi mudah alih, BMW Group Loyalty+ yang membolehkan ahli setia BMW White Card, MINI Black Card dan BMW Excellence Club mengakses keistimewaan mereka di mana-mana sahaja.
Pengeluar kenderaan premium ini yang juga merupakan peneraju dalam perkhidmatan pelanggan bakal melebarkan sayapnya melalui aplikasi tersebut. Aplikasi kesetiaan baharu ini akan mewujudkan integrasi e-bayaran, perkhidmatan pembiayaan, dan akses kepada acara istimewa serta pengalaman mewah melalui cara yang lebih mudah dan lancar.
Di samping itu, pemilik BMW, MINI dan BMW Motorrad juga akan merasai pengalaman pemilikan premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia melalui akses menyeluruh terhadap kesemua ciri BMW White Card, MINI Black Card dan BMW Excellence Club yang disediakan dalam aplikasi tersebut.
Apabila pengguna log masuk ke dalam aplikasi ini, halaman capaian akan dipaparkan lalu mereka boleh meneliti dan membuat pilihan di ruangan menu. Terdapat beberapa fungsi pilihan seperti; akses kepada kad kesetiaan dan penggunaan teknologi imbasan QR yang membolehkan pelanggan menggunakan kad kesetiaan mereka terus dari peranti mudah alih atau telefon pintar mereka. Aplikasi ini juga akan membekalkan pengguna dengan informasi yang terkini berkenaan tawaran keistimewaan pelanggan dan acara yang menarik.
Selain itu, maklumat pembiayaan pengguna juga boleh diuruskan dengan mudah dan cepat melalui aplikasi ini. Pelanggan akan mempunyai akses segera terhadap semua kontrak mereka dan transaksi boleh dilakukan dengan mudah melalui e-bayaran—kemudahan pembayaran ini adalah ihsan BMW Group Financial Services Malaysia.
Pengguna juga boleh mengesan lokasi pengedar dengan mudah melalui fungsi peta yang disediakan. Tambahan lagi, berita dan perkembangan terkini mengenai model kenderaan terbaharu daripada BMW Group boleh didapati melalui aplikasi tersebut.
Aplikasi mudah alih BMW Group Loyalty+ kini terdapat di Apple App Store dan Google Play Store.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa yang tak sabar nak menonton Deadpool esok di pawagam? Kali ini, Deadpool menampilkan beberapa lagi pelakon ‘extra’ yang akan melengkapkan tawa anda. Pastinya, jika anda seorang penggemar filem bawah penerbitan Marvel ini, pasti anda tahu bahawa Deadpool yang di lakonkan oleh Ryan Reynolds ini mempunyai cita-cita besar untuk menyertai X-men dan sangat membenci Wolverine. Anda masih ingat lagi dengan surat Tony Stark kepada Deadpool? Mungkin kali ini, Professor X izinkan Deadpool menyertai X-men? Siapa tahu kan? Kami sertakan trailer untuk anda yang tak sabar untuk kunyah pop corn dalam pawagam sambil gelak tak henti-henti.
Maaf! Kami tidak akan beri sebarang spoiler untuk anda yang menantikan filem ini, Apa yang boleh kami katakan adalah anda bakal tengok filem ini seolah-oleh anda tengok Final Destination dan filem ini memang ‘sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat umur’ menurut Deadpool sendiri. Banyak sangat dah bagi spoiler ni, kalau nak tahu lagi banyak, kena tengok lah.
Selamat menonton ye!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seorang lelaki yang mempersiapkan makanan untuk ditunjukkan pada seorang wanita menandakan bahawa dia tahu bagaimana untuk menunjukkan kemampuannya. Dia juga menunjukkan pada pasangannya bahawa dia mampu untuk memberikan perhatian yang lebih.
Seorang lelaki yang menginginkan untuk menyiapkan makan malam juga menandakan bahawa dia mampu untuk membangunkan kehidupan seks yang jauh lebih baik. Selain itu, kemungkinan apabila kita inginkan untuk berhubungan seks secara segera, lelaki itu mungkin mempunyai cara tersendiri dan lebih bersedia untuk melakukannya.
Hal lainnya, lelaki yang rela memasak untuk pasangan menunjukkan bahawa dia memiliki inisiatif yang secara tidak langsung menunjukkan dia lebih berdikari. Dia mampu untuk menyelesaikan urusan dapur, dan tidak berfikir bahawa memasak semuanya adalah pekerjaan perempuan.
Oleh itu harus dijaga baik-baik lelaki macam ini. Sememangnya jenis lelaki edisi terhad yang anda tidak akan jumpa di mana-mana. Lelaki jenis ini amat rendah egonya dan mudah untuk bertolak –ansur dalam segala hal yang berkaitan dengan rumahtangga.
Mereka bukan sahaja rajin membantu isteri mereka di dapur nanti malah mereka juga lelaki yang boleh diharapkan ketika isteri mereka sedang berpantang. Seeloknya sikap seperti ini dipunyai oleh kebanyakan lelaki, yalah kalau anda asyik mengharapkan isteri apabila anda menduda nanti takkan asyik harap nak kahwin lain untuk makan minum anda lebih terjaga.
Nah sekarang sudah kita ketahui untuk lelaki yang pandai memasak mereka lebih mudah menarik perhatian wanita apatah lagi jika lelaki yang pandai memasak ini juga turut rajin bersenam, sudah tentu ramai wanita akan berebut-rebut untuk mendapatkan perhatian mereka ini.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.