Peminat kumpulan Nirvana pasti tidak boleh melupakan persembahan MTV Unplugged pada tahun 1993 yang melibatkan mendiang Kurt Cobain.

Ketika persembahan tersebut, Dave Grohl yang kini bersama kumpulan Foo Fighters turut sama memberikan persembahan yang hebat melalui paluan drumnya.

Menurut laporan The Vocket, baru-baru ini cardigan ikonik yang dipakai oleh Kurt Cobain telah dijual dengan harga USD 334,000 (RM1.4 Juta) dalam satu acara lelongan yang dikendalikan oleh Julien’s Auction.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Presiden Julien’s Auction, Darren Julien menyatakan bahawa cardigan ini merupakan pakaian paling mahal yang terjual pada acara lelongan tersebut.

IKLAN

Terdapat 2 sebab mengapa ia menjadi mahal.

1. Dipakai oleh Kurt Cobain

Cardigan tersebut lengkap dengan kesan terbakar cucuhan rokok yang dihisap oleh kurt dan tidak pernah dibasuh selama 30 tahun.

IKLAN

2. Dipakai ketika MTV Unplugged

Konsert ini merupakan salah satu konsert yang jarang diadakan dan ia dijalankan dalam suasana yang santai. Bagi pengumpul barangan memoribilia, ini antara sebab mengapa sesuatu barangan tersebut boleh menjadi tinggi nilainya.

IKLAN

BACA: “Orang Nampak Search itu Amy, Tapi ‘Rhythm’ Dia Ialah Yazit”, -Datuk M.Nasir

Selain itu, terdapat juga jualan gitar khas Fender Mustang yang digunakan oleh Kurt ketika konsert jelajag album In Utero yang mana ia terjual dengan harga USD 340,000 (RM1.42 Juta).

Gitar tersebut tinggi nilainya kerana ia terselamat daripada dimusnahkan oleh Kurt. Dia sangat dikenali sebagai salah seorang artis yang akan memusnahkan gitar setiap kali berakhirnya konsert.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI