Gaya Hidup

10 Fakta Galaxy Fold, Telefon Boleh Lipat Samsung Yang Mempunyai 6 Kamera!

Share

Ura-ura tentang Samsung bakal memperkenalkan sebuah peranti baru yang mempunyai skrin boleh lipat telah hangat diperkatakan sejak tahu lalu lagi.

Dan semalam mereka telah melancarkan produk yang cukup dinantikan khususnya bagi penggemar telefon pintar berteknologi tinggi di seluruh dunia. Bertempat di San Francisco, SAMSUNG telah memperkenalkan kepada dunia ciptaan hebat mereka dalam tempoh terdekat dikenali sebagai Galaxy Fold.

Jadi apa yang menariknya tentang peranti yang dijulang sebagai bakal mengubah cara kita menggunakan peranti pintar di masa akan datang.

1.

Ia akan dipasarkan dengan harga permukaan USD1,980 (RM8,059).

2.

Harganya dikatakan sebanyak dua kali ganda lebih mahal daripada Samsung Galaxy 9 dan iPhone XS.

3.

Paparan skrin bahagian luarnya mempunyai ukuran 4.6 inci dan bila ia ditutup kelihatan seperti buku nota. Manakala bila ia dibuka maka terpapar skrin besar seperti tablet berukuran 7.3 inci.

BACA: 10 Telefon Pintar Terbaik Berharga Bawah RM1000

4.

Skrin pada bahagian dalam merupakan produk Samsung pertama yang menggunakan teknologi Infinity Flex Display, sejenis polimer ultra-nipis.

5.

Bagi merealisasikan skirn boleh lipat ini, Samsung menjadikan Infinity Flex Display sangat nipis berbanding skrin biasa. Malah ia adalah 45% lebih nipis daripada skrin biasa.

6.

Galaxy Fold menggunakan sistem operasi Android Pie dengan user interface terbaru Samsung.

7.

Ia juga melakukan fungsi multi-task dengan sangat laju di atas skrin boleh lipat. Pengguna boleh menggunakan tiga aplikasi berbeza dalam satu masa sebagai contoh browser, video dan mesej teks.

8.

Galaxy Fold dilengkapi sebanyak 6 kamera! Tiga di bahagian belakang, dia di bahagian dalam dan satu di hadapan atau cover.

9.

Walaupun mempunyai skrin boleh lipat namun baterinya tidak mempunyai ciri-ciri yang sama. Namun ia membekalkan tenaga cukup banyak dengan bateri 4,380 mAh.

10.

Mempunyai RAM 12GB dan storan dalam sebesar 512 GB. Ia juga dilengkapi dengan pemproses Octa-core Qualcomm Snapdragon 855.

IKLAN