Ads

Astro BizOne Rewards Watch Party, Cara Paling ‘Next Level’ Untuk Tonton Bola Sepak Bersama Komuniti

Dalam dunia bola sepak, menonton perlawanan bukan sekadar tentang apa yang berlaku di atas padang. Ia tentang emosi, sorakan, debaran dan momen yang lebih bermakna apabila dikongsi bersama.

Atas sebab itu, Astro BizOne tampil dengan inisiatif Watch Party, satu pengalaman tontonan bola sepak secara berkumpulan yang membawa suasana stadium terus ke dunia nyata.

Berbanding menonton bersendirian di rumah, Watch Party ini menawarkan sesuatu yang lebih hidup, lebih bertenaga dan jauh lebih menyeronokkan.

Lebih Daripada Sekadar Tonton Di Skrin

Bayangkan anda menonton perlawanan besar di skrin gergasi, dikelilingi peminat yang berkongsi minat sama, setiap jaringan disambut dengan sorakan, setiap peluang mencetuskan debaran bersama.

Itulah pengalaman sebenar Astro BizOne Watch Party.

Dengan paparan skrin besar, sistem audio yang lebih imersif serta suasana penuh crowd energy, pengalaman menonton ini terasa lebih dekat dengan suasana stadium sebenar.

Perlawanan Tumpuan Yang Wajib Ditonton Bersama

Edisi Watch Party kali ini menjadi lebih menarik dengan beberapa perlawanan besar yang berpotensi menentukan hala tuju musim Liga Perdana.

Tumpuan utama pastinya terarah kepada pertembungan antara Manchester City dan Arsenal yang dilihat sebagai perlawanan penentu kejuaraan.

Selepas Arsenal tewas kepada Bournemouth, kedudukan mereka kini semakin dihimpit Manchester City yang berada dalam momentum terbaik selepas kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas Chelsea.

Astro BizOne Rewards Watch Party, Cara Paling ‘Next Level’ Untuk Tonton Bola Sepak Bersama Komuniti

Tidak ketinggalan juga perlawanan sebelum itu menyaksikan Merseyside derby di antara Everton menentang Liverpool. Lebih menarik, Merseyside derby berlangsung pertama kali di stadium baharu Everton, Hill Dickinson Stadium.

Sokongan Komuniti Bola Sepak

Ahad lalu, MASKULIN berkesempatan ikut turut serta merasai kehangatan Astro BizOne Rewards Watch Party yang diadakan di COE Foodcourt, UNITEN di Kajang.

Ads

Selain pelajar-pelajar UNITEN, peminat bola sepak di kawasan sekitar memenuhi lokasi tayangan skrin gergasi untuk dua perlawanan epik yang berlangsung penuh drama.

Setiap pengunjung yang datang mendaftar diberikan nombor cabutan bertuah. Lebih menarik terdapat pelbagai makanan dan minuman disediakan oleh penganjur secara percuma.

Astro BizOne Rewards Watch Party, Cara Paling ‘Next Level’ Untuk Tonton Bola Sepak Bersama Komuniti
Astro BizOne Rewards Watch Party di UNITEN, Bangi

Seperti dijangka hampir kesemua tempat duduk yang disediakan dipenuhi peminat-peminat bola sepak datang dari pelbagai pasukan seperti Arsenal, Liverpool dan Manchester City. Bahkan peminat pasukan yang tidak bermain seperti Manchester United dan Chelsea turut dilihat hadir sama.

Rapatkan Hubungan Komuniti dan Rakan Strategik

Selain pengalaman tontonan bersama komuniti, inisiatif tayangan skrin gergasi ini turut memberi impak kepada perniagaan melalui peningkatan kehadiran pelanggan dan aktiviti ekonomi setempat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith yang turut hadir pada malam tersebut berkata pendekatan membawa pengalaman tontonan sukan secara langsung ke lapangan merupakan strategi untuk merapatkan hubungan dengan komuniti serta rakan strategik.

Astro BizOne Rewards Watch Party, Cara Paling ‘Next Level’ Untuk Tonton Bola Sepak Bersama Komuniti
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith menyampaikan cederahati berbentuk jersi bertandatangan pemain legenda kepada pihak pengurusan Tenaga Nasional Berhad

“Inisiatif ini mencerminkan keupayaan Astro untuk mengintegrasikan kandungan, komuniti dan perniagaan melalui pendekatan yang menyeluruh dan berkesan. Dengan memanfaatkan kandungan sukan secara langsung bertaraf premium, kerjasama strategik jangka panjang bersama rakan seperti UNITEN dan TNB, serta penyelesaian perniagaan melalui Astro BizOne Rewards, Astro berjaya menyampaikan pengalaman yang meningkatkan penglibatan khalayak di samping menjana impak perniagaan yang ketara.

“Selain memperkukuhkan hubungan strategik dan mempromosikan kepentingan sukan, inisiatif ini turut menyumbang kepada peningkatan kehadiran pengunjung, di samping jualan makanan dan minuman yang lebih tinggi serta sokongan berterusan kepada perniagaan tempatan. Sambutan yang positif mencerminkan keberkesanan ekosistem bersepadu Astro – merangkumi kandungan, platform dan kerjasama – dalam mewujudkan nilai bersama untuk rakan kongsi, komuniti dan perniagaan.”

Ads

Liverpool Menang di Saat Akhir, Arsenal Makin Tertekan

Dalam perlawanan Merseyside derby, perlawanan berlangsung sengit dengan Liverpool mengalahkan Everton, 2-1. Perlawanan mendebarkan hingga ke saat akhir apabila kapten Liverpool, Virgil Van Dijk menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-10 masa tambahan.

Gol kemenangan itu menggearkan UNITEN dengan sorakan gemuruh dari majoriti penonton yang hadir berjersi merah. Sememangnya pengalaman menonton bersama-sama komuniti seperti ini memberikan adrenalin dan keghairahan cukup luar biasa.

Astro BizOne Rewards Watch Party, Cara Paling ‘Next Level’ Untuk Tonton Bola Sepak Bersama Komuniti
BizOne Rewards Watch Party di UNITEN, Bangi

Manakala perlawanan tumpuan yang dijangka mencorakkan kejuaraan Liga Perdana di antara Manchester City menentang Arsenal menyaksikan pasukan bergelar The Gunners berputih mata selepas tewas 1-2.

Arsenal masih medahului liga dengan tiga mata namun, Manchester City masih ada kurang satu perlawanan. Adakah kekalahan ini menandakan Arsenal bakal menamatkan liga sebagai naib juara buat kali keempat berturut-turut.

Rata-rata penyokong Arsenal di UNITEN pada malam tersebut ternyata terkejut dan kecewa dengan keputusan tersebut. Namun, masih ada yang menaruh harapan dengan baki lima perlawanan yang harus ditempuhi.

Selain tayangan di UNITEN, Astro BizOne Rewards Watch Party turut berlangsung di dua lagi lokasi berbeza iaitu di Restoran Habib, Johor Bahru dan Out of Arica, Petaling Jaya.

Astro BizOne Rewards Watch Party, Cara Paling ‘Next Level’ Untuk Tonton Bola Sepak Bersama Komuniti
Astro BizOne Rewards Watch Party di Restoran Habib, Johor Bahru
Astro BizOne Rewards Watch Party, Cara Paling ‘Next Level’ Untuk Tonton Bola Sepak Bersama Komuniti
Astro BizOne Rewards Watch Party di Out of Africa, Petaling Jaya

Seperti di UNITEN, kedua-dua lokasi cukup meriah dengan sokongan komuniti serta pelbagai program sampingan yang disediakan khusus untuk penyokong yang hadir.

Ads

Suasana Yang Tak Boleh Diganti Di Rumah

Astro BizOne Rewards Watch Party bukan sekadar acara tontonan, tetapi platform yang menghubungkan peminat bola sepak dari pelbagai latar belakang.

Ia menjadi tempat untuk berkumpul, berkenalan dan berkongsi minat yang sama.

Sama ada datang bersama rakan atau komuniti, suasana di Watch Party menjadikan semua orang terasa sebahagian daripada satu crowd besar.

Konsep “lebih ramai, lebih meriah” benar benar terasa di setiap lokasi. Ini bukan sekadar menonton bola. Ini adalah cara sebenar untuk merasai bola sepak. Bersama komuniti, dalam suasana penuh bertenaga.

Kerana dalam bola sepak, pengalaman terbaik bukan hanya apa yang anda lihat. Tetapi apa yang anda rasa bersama orang lain.

BACA: Lari Sambil Berjalan Untuk 10km, Ini Strategi Hebat!

Astro dijangka bakal menghangatkan lagi suasana perlawanan epik Liga Perdana, sekali gus memperkukuh ekosistem perniagaan dan memperkaya pengalaman pelanggan di seluruh negara dengan memperluaskan penganjuran Astro BizOne Rewards Watch Party ke lebih banyak lokasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Astro BizOne Rewards, layari laman sesawang rasmi di biz.astro.com.my dan jangan lepaskan peluang untuk turut serta!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh MASKULIN (@maskulinmag)

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
protein bar

Protein Bar, Rahsia Kecergasan & Cara Pilih Snek Sihat Yang Tepat

Ketahui bagaimana protein bar membantu dalam kecergasan dan penurunan berat badan. Fahami cara memilih protein bar terbaik mengikut matlamat anda, sama ada untuk membina otot, menurunkan berat atau kekal aktif.