
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, budaya larian semakin berkembang di Malaysia. Dari fun run hinggalah maraton besar, semakin ramai mula menjadikan aktiviti larian sebagai gaya hidup sihat.
Namun bagi beginner atau pemula, nak mula berlari secara konsisten sebenarnya bukan perkara mudah.
Ramai bermula dengan semangat tinggi, tetapi selepas beberapa minggu mula rasa malas, cepat bosan atau hilang motivasi.
Sebab itu ramai pelari baru kini memilih untuk menyertai running club. Hakikatnya, berlari bersama komuniti sebenarnya memberi banyak kelebihan terutama bagi mereka yang baru nak mula serius dalam dunia larian.
Cabaran terbesar beginner biasanya ialah konsistensi.
Hari pertama semangat lain macam. Masuk minggu kedua, kasut lari pun mula “hilang”. Bila join running club, anda ada komuniti yang sentiasa mengajak dan memberi motivasi untuk terus hadir training.
Bila dah ada rutin dan geng larian sendiri, peluang untuk “skip” larian jadi lebih rendah.
Ramai beginner takut join running club sebab rasa semua orang laju dan fit.
Hakikatnya, kebanyakan running club sekarang sangat welcoming terhadap beginner. Malah ramai ahli sebenarnya pernah bermula dari tahap yang sama.
Dalam komuniti larian, pace setiap orang berbeza dan beginner biasanya akan dibimbing secara perlahan-lahan.
Ramai orang mula berlari tanpa tahu teknik asas yang betul.
Akhirnya cepat penat, sakit lutut atau mudah cedera. Bila berlari bersama running club, anda boleh belajar banyak perkara seperti:
Ilmu ini sangat penting terutama untuk beginner supaya progress lebih baik dan selamat.
Ada hari kita memang malas nak lari.
Tetapi bila tengok geng running club tetap turun training walaupun penat bekerja, ia secara automatik memberi motivasi.
Semangat berkumpulan memang memainkan peranan besar dalam membantu beginner kekal aktif. Kadang-kadang bukan sebab nak laju pun… cuma tak nak tinggal sesi kopi lepas run.
Berlari seorang diri terutama waktu awal pagi atau malam kadang-kadang boleh jadi kurang selamat.
Dengan running club, anda berlari dalam kumpulan dan ini memberi rasa lebih secure terutama bagi wanita atau beginner yang masih belum biasa dengan route tertentu.
Tambahan pula, kalau berlaku kecederaan atau keletihan, ada orang lain yang boleh membantu.
Salah satu benda best tentang running club ialah komuniti.
Ramai orang join sebab larian, tapi stay sebab persahabatan. Daripada stranger
terus jadi geng race, geng kopi dan geng travel marathon.Dalam dunia dewasa hari ini, sebenarnya agak susah nak jumpa circle baru yang positif dan aktif. Sebab itu ramai kata running club bukan sekadar tempat bersenam, tapi juga support system.
Kalau lari seorang diri, kadang-kadang susah nak tahu sama ada kita benar-benar improve atau tidak.
Bila join running club, anda akan lebih mudah push diri sendiri secara sihat. Tengok orang lain training secara konsisten boleh membantu beginner lebih berdisiplin dan yakin dengan progress sendiri.
Lama-lama pace makin baik tanpa sedar.
Running club biasanya sangat aktif dengan event larian. Dari fun run hinggalah marathon besar, semuanya lebih mudah disertai bila ada komuniti.
Kadang-kadang:
Untuk beginner, pengalaman pertama race jadi jauh lebih menyeronokkan bila ada support system.
Larian sebenarnya bukan sekadar bagus untuk fizikal.
Ia juga sangat membantu mental health. Dan bila digabungkan dengan komuniti positif, kesannya jadi lebih kuat.
Berborak sebelum lari, gelak masa training atau sekadar lepak selepas run kadang-kadang cukup membantu hilangkan stress kerja dan tekanan hidup.
Sebab itu ramai orang kata running club menjadi “healing place” mereka.
Paling penting — running jadi lebih fun. Kalau lari seorang diri setiap minggu, lama-lama boleh jadi bosan.
Tetapi bila ada komuniti:
Semuanya terasa lebih hidup.
Dan untuk beginner, menikmati proses itu jauh lebih penting daripada terlalu obses dengan pace atau medal.
BACA: Berapa Hari Dalam Seminggu Patut Kita Bersenam?
Ramai beginner masih fikir running club hanya untuk orang yang already fit atau selalu masuk marathon.
Sebenarnya tidak. Majoriti komuniti larian hari ini lebih terbuka dan supportive terhadap semua level.
Tak kisah anda baru mula jogging 2km atau masih berjalan separuh route… yang penting ialah keberanian untuk mula.
Kadang-kadang, langkah terbaik untuk kekal aktif bukan sekadar beli kasut baru.
Tetapi mencari komuniti yang boleh buat anda rasa seronok untuk terus berlari.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.