Gaya Hidup

10 Sebab Mengapa Lelaki Lambat Kahwin, Salah Satunya Fobia Dikecewakan Lagi

Share

Kalau anda mendengar cerita daripada ibu bapa atau generasi sebelum mereka, majoriti peringkat umur seorang lelaki berkahwin pada ketika itu adalah pada usia penghujung belasan tahun atau awal 20-an.

Namun dengan peredaran zaman, trend itu kian lama semakin berubah. Malah tak keterlaluan untuk MASKULIN katakan jika ada lelaki yang berkahwin pada usia 19 atau 20 tahun dia dikatakan berkahwin sangat awal!

Kini bukan lagi satu perkara pelik apabila melihat ramai lelaki lebih selesa memilih untuk membujang dan kahwin lambat. Dan tak mustahil MASKULIN katakan anda pasti mempunyai kenalan atau ahli keluarga yang berusia pertengahan 30-an tapi masih belum kahwin.

Mereka pasti ada sebab dan alasan sendiri dan itu adalah hak eksklusif mereka yang tidak boleh ditelah oleh sesiapa pun.

Namun setiap orang pasti ada sebab mereka sendiri kanapa memilih untuk kahwin lambat. Di bawah ini MASKULIN kongsikan 10 sebab yang mungkin menyebabkan mereka memilih untuk kahwin lambat.

BELUM BERSEDIA

Untuk mejadi seorang suami seorang lelaki itu harus bersedia bukan sahaja dari segi kemampuan kewangan dan fizikal tetapi juga emosinya.

KEWANGAN BELUM KUKUH

Seorang suami mempunyai tanggungjawab yang sangat tinggi. Bukan mudah untuk memikul amanah menjaga anak gadis orang ni ya. Jangan fikir yang seronok saja! Dan perkahwinan pada zaman sekarang juga memerlukan kos yang paling tidak pun memerlukan anda mengumpul wang.

TAK BERKENAN

Setiap orang pasti mempunyai pilihan tersendiri dan tak semua orang boleh sewenang-wenangnya jatuh cinta. Dan mungkin kalau ada yang berkenan di hati sudah diambil orang.

FOKUS BELAJAR

Lain orang lain keutamaan mereka. Ada yang sibuk dengan pelajaran dan menyambung hingga ke peringkat Phd, jadi umur lebh kurang sudah 30 tahun baru mula nak mencari jodoh.

BACA: 9 Ciri Wanita Yang Ada Jodoh Kekal Dengan Anda

MASIH TANGGUNG KELUARGA

Ini antara pengorbanan yang cukup besar dilakukan oleh seorang lelaki. Mereka sanggup mengenepikan keinginan hati demi menjaga keluarganya. Dan ini biasa berlaku kepada lelaki yang menjadi anak sulung ketiadaan bapa dan menjaga ibu dan adik-adik.

BELUM PUAS BERSERONOK

Anda mungkin habis belajar pada usia 24 tahun. Dan tahun-tahun berikutnya ingin dihabiskan untuk berdikari dan hidup selesa dengan gaji sendiri. Malah anda rasa inilah masa yang paling sesuai untuk menjelajah dan mengenali negara-negara luar. Sedar tak sedar umur sudah masuk lebih 30-an.

TERLALU MEMILIH

Orang senang saja berkata mengapa memilih sangat. Hakikatnya tak semua orang memilih untuk mencari jalan penyelesaian dengan mudah apatah lagi perihal jodoh. Bagi anda soal jodoh adalah hal yang sangat serius dan penting untuk masa depan lalu rela menunggu jodoh yang benar-benar sesuai mengikut pilihan hati.

INGIN CARI WANITA SEMPURNA

Mungkin anda silap kerana menganggap terdapat wanita sempurna di luar sana lalu menyebabkan terus membujang hingga lewat usia. Ketahuilah bahawa tiada manusia yang sempurna baik lelaki atau perempuan. Harus tiba masa anda ubah persepsi ini agar hidup lebih tenang dan aman untuk masa akan datang.

PERNAH KECEWA

Putus cinta adalah satu perkara yang menyakitkan. Ada orang boleh lupakan dalam sekelip mata dan ada orang yang ambil masa untuk pulih dan membuka hati mereka untuk orang lain. Dan ada juga yang menjadi fobia untuk jatuh cinta sekali lagi kerana keperitan dialami dalam hubungan sebelum ini.

IKLAN