Ramai lelaki mungkin akan cuba menindakkan perkara ini.
Iyalah biasanya perkataan cerewet ini mungkin lebih sinonim dengan kaum wanita. Tapi hakikatnya dalam hubungan romantis seorang lelaki juga oleh menjadi sangat cerewet.
Jadi apakah sebab yang menjadikan seorang lelaki menjadi lebih cerewet dalam memilih pasanagan berbanding wanita. Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah. Buat anda yang jenis cerewet mungkin boleh senaraikan berapa banyak yang ‘mengena’ pada batang hidung sendiri.
Lumrah seorang lelaki suka kepada sesuatu yang cantik terutamanya wanita. Tidaklah cantik seperti ratu tetapi cukuplah sedap matanya memandang.
Lelaki lebih suka pasangan yang boleh masuk dengan jiwanya. Cukup sekadar memahami, biar dia yang menyayangi.
Mungkin lebih cerewet sebab lelaki secara tak sedar suka berbangga diri dengan kawan-kawannya apabila mempunyai isteri yang bukan sahaja ada rupa tapi baik hati.
BACA: 5 Kelebihan Wanita Dapat Jika Kahwin Lelaki Berusia 35 Tahun Ke Atas
Dalam mencari pasangan seorang lelaki terutamanya yang ada rupa serta memiliki karier yang baik mahu seorang wanita yang mampu memcabar intelek serta kredibilitinya.
Kebanyakan lelaki lebih cenderung untuk memikat wanita bukannya sebaliknya. Jika dia didekati wanita mungkin besar kemungkinan dia menjauhkan diri. Tapi itu bergantung pada keadaan juga.
Meninggalkan kehidupan sebagai seorang yang bebas dan single bukanlah mudah bagi seorang lelaki. Terutamanya jika sudah single selama beberapa tahun. Jadi jika ingin bercinta semula memang dia akan cerewet dan perlu menepati ciri-ciri wanita disukainya.
Sebab lelaki ini mudah perasan. Mungkin ramai lelaki tak sedar bahawa mereka itu bukanlah siapa-siapa pun hendak jadi terlalu cerewet. Tapi lumrah seorang lelaki, perasan handsome itu mesti ada.
Ada juga yang jadi cerewet sebab sengaja nak uji diri sendiri atau test market. Bagi lelaki jenis ini mereka sebenarnya hanya mencari keseronokan bukannya hubungan yang serius pun.
Seorang lelaki juga menjadi terlalu cerewet dalam memilih pasangan disebabkan oleh fantasi yang dicipta mereka sejak dari zaman remaja. Ini mungkin terbina daripada rasa minat mereka terhadap selebriti dan artis yang cantik lalu menetapkan bahawa itulah ciri yang harus ada pada wanita idamannya.
Yang terkahir sekali tak lain tak bukan sebab lelaki juga ada perangai mengada-ngada. Kadangkala cerewet itu mengalah seorang wanita yang ingin memilih warna tudung. Sikap mengada ini kalau dibiar berlarutan maka kita boleh tengok dia akan hiodup single dalam tempoh yang lama.
Perkongsian ini hanyalah pendapat peribadi MASKULIN sahaja. Dan janganlah anggap ia terlalu serius ya. Setiap orang ada hak untuk mempunyai sikap cerewet. Namun dalam pada masa yang sama biarlah ia berpada-pada. Kalau tak cerewet pun nanti orang akan cakap kita main sauk saja apa yang lalu di depan mata.
Hidup ini kena relaks sikit!