10 Tip Lelaki Kena Jaga Kalau Inginkan Kulit Bersih & Flawless, Barulah Wanita Nak Pandang!

Share

Nak dapatkan kulit bersih dan flawless sebenarnya tak susah kalau lelaki rajin jaga kulit. Anda kena tahu, wanita suka bila melihat lelaki ada kulit bersih dan flawless kerana ia melambangkan penampilan dan kebersihan.

Kalau biarkan kulit anda berserabai tanpa sebarang langkah penjagaan. Sebabnya, jangan kata wanita nak pandang, silap-silap kawan lelaki pun akan menjauhi anda.

Pastikan anda jaga 10 tip ini agar kulit bersih dan flawless. Bukan semata-mata nak wanita pandang, anda pun akan rasa yakin bila miliki kulit bersih dan flawless.

1. Pembersih muka

Untuk dapatkan kulit bersih dan flawless, jangan culas nak basuh muka dengan pembersih muka. Elakkan mencuci muka dengan sabun kerana kandungannya tidak sesuai untuk kulit wajah. Gunakan pembersih muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk menghilangkan minyak yang berlebihan dan habuk yang melekat pada kulit wajah. Ini akan membantu anda mendapatkan wajah yang bersih dan flawless.

2. Skrub muka

Skrub wajah merupakan cara terbaik untuk mendapatkan kulit bersih dan flawless. Ia berfungsi untuk menghilangkan sel-sel kulit mati. Lelaki mempunyai struktur kulit wajah yang agak kasar berbanding wanita. Banyak produk skrub kulit khusus untuk lelaki. Jadilah ia sebagai amalan dalam penjagaan kulit anda.

3. Pelembap

Penting untuk anda melembapkan kulit tetapi pelembap yang berlebihan boleh membawa kepada masalah lain disebabkan oleh liang pori yang tersumbat. Cuba gunakan pelembap yang ringan selepas bercukur dan sebelum tidur. Ini dapat membantu mengelakkan kerengsaan, kulit kering dan mengelupas. Kalau anda tidak mahu memakai pelembap yang biasa wanita pakai, carilah pelembap Johnson & Johnson yang sesuai untuk seluruh badan.

4. Jerawat

Elakkan produk yang boleh mengakibatkan jerawat. Selain itu ikuti diet yang seimbang untuk mengurangkan keradangan kulit, kunyah makanan dengan betul dan elakkan makanan yang berminyak, berempah dan pedas. Jangan lupa banyakkan minum air putih.

5. Kulit kering

Kulit kering boleh disebabkan oleh perubahan persekitaran, umur, genetik dan suhu. Minumlah air putih dan gunakan pelembap sebagai langkah asas untuk melawan berlakunya kulit kering. Jika kulit anda kering hingga bersisik, gunakan pelembap khas yang boleh anda beli di farmasi.

6. Kulit berminyak

Perubahan hormon, tekanan, pemakanan, alam sekitar dan genetik boleh menyebabkan kulit berminyak. Basuhlah muka anda dengan pembersih kulit yang lembut, elakkan makan terlalu banyak makanan berminyak, elakkan menggunakan sabun yang kuat terutama pada muka dan jangan lupa minum air yang banyak. Cara-cara ini boleh mengatasi masalah kulit berminyak anda.

7. Blackhead

Blackhead adalah pemula kepada berlakunya masalah jerawat kerana ia mengumpulkan bakteria, sel-sel mati dan minyak. Blackhead dicetuskan oleh hormon dan muncul di hidung, dahi dan tulang pipi. Nak elakkan blackhead, bersihkan kulit secara kerap dan elakkan terlalu banyak berjemur di bawah sinaran matahari. Menggunakan nose strip untuk juga bagus untuk menghilangkan backhead.

8. Liang pori

Lubang yang kelihatan pada kulit dan di sekitar hidung adalah disebabkan oleh liang pori yang terbuka. Penting untuk anda mengekalkan kebersihan pada kulit agar anda boleh mencegah berlakunya jerawat dan jangkitan kulit. Banyakkan minum air putih dan jika anda rajin, gunakan penyegar kerana ia sangat bagus untuk mengecilkan liang pori pada wajah.

9. Kedutan

Lelaki juga takut dengan kedutan. Ia boleh muncul dan paling jelas dilihat pada dahi, sudut mata dan mulut. Lebih terdedah kepada matahari boleh menyebabkan kedutan tetapi jika anda cukup tidur dengan postur yang betul, mencuci muka dengan kerap, mengamalkan diet yang kaya dengan antioksida dan Omega-3 boleh membantu anda mengurangkan masalah kedutan.

10. Tip bercukur

Bercukurlah mengikut arah pertumbuhan rambut kerana ia dapat mengurangkan rasa gatal-gatal dan keradangan kulit selepas bercukur. Penting untuk anda memilih alat pencukur yang terbaik bagi mengelakkan kulit luka dan rengsa. Elak pakai pencukur yang boleh memberi tekanan pada kulit. Satu lagi sangat penting untuk anda menukar pencukur secara kerap bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria.

IKLAN