Gaya Hidup

12 Jelitawan Bakal Berebut & Bakal Dinobat Sebagai ‘Dewi Remaja’

Share

Pencarian Dewi Remaja kembali mencungkil bakat-bakat baharu. Kali ini seramai 12 peserta akan berentap untuk merebut gelaran juara yang akan bermula pada 25 November depan.

Pengurus saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, pertandingan itu telah melahirkan bakat-bakat besar dan membawa impak serta sumbangan pada industri hiburan tanah air.

“Menyingkap sejarah penganjuran Dewi Remaja edisi pertama lebih tiga dekad yang lalu, jenama dan legasi Dewi Remaja terbukti telah membawa impak dan sumbangan yang besar pada industri hiburan.

12 peserta itu ialah Fazreen Fazera, 20, Ernisha, 23, Sherin, 23, Zeera Azizi, 22, Rasya Sofea, 22, Aween, 20, Lydia, 20, dan Rania, 19.

Turut bertanding Arena, 19, Anna Jobling, 18, Tia Shah, 18 dan Haneesya Hanee, 18.

Dewi Remaja 2018/2019 bakal bersiaran setiap hari Ahad, pukul 8.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135) bermula 25 November depan

Bekas juara Dewi Remaja 2005/2006 dan pelakon terkenal Scha Al Yahya akan bertindak sebagai pengacara rancangan berkenaan.

Manakala selebriti terkenal Datuk Hans Isaac dilantik sebagai juri tetap dan seorang juri jemputan akan mengadili peserta.

IKLAN