Selari dengan pertambahan usia, ramai yang tanam azam Tahun Baharu yang positif setiap kali tibanya tahun baru.
Mungkin agak klise, tapi tidak salah memperbaiki diri kepada versi lebih baik dan positif menjadi salah satu azam yang popular bagi setiap orang. Seperti yang dikongsikan daripada pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah iaitu cara untuk memperbaiki diri serta-merta
“Anak cucu tok abah, jadikan senarai ini ‘checklist’ kehidupan kita mulai hari ini.
“Setiap perkara nampak kecil tetapi besar impaknya pada kehidupan dan dunia kamu kelak,” katanya menerusi Instagram.
Azam baharu 2024 baiki diri. Dr Fadzilah Kamsah kongsi 35 tip bangkit, berubah lebih baik
35 cara perbaiki diri seperti berikut:
1. Solat awal waktu.
2. Solat taubat setiap hari.
3. Set matlamat hidup.
4. Baca buku 10 mukasurat sehari.
5. Jangan menghukum orang.
6. Makan makanan berkhasiat.
7. Cintai diri sendiri.
8. Bangun dua jam lebih awal.
9. Menulis jurnal harian.
Ads
10.Tinggalkan tabiat buruk.
11. Sentiasa tanya maklum balas orang.
12. Belajar kemahiran baharu setiap hari.
13. Percaya dengan diri sendiri.
14. Mulakan rutin baharu setiap hari.
15. Rancang strategi baharu.
16. Sentiasa lihat perspektif berbeza.
17. Belajar melabur.
18. Jangan buat alasan.
Ads
19. Jangan bertangguh!
20. Rekod dan semak kewangan
21. Fokus positiviti.
22. Belajar bahasa baharu.
23. Persoalkan setiap benda yang kita teringin.
24. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain.
25. Fokus satu hal dalam satu masa.
26. Perhati kelemahan diri dan perbaiki.
Baca juga:Dalam banyak-banyak Alif, Alif Satar jer Tok Abah berkenan; Ciapan Fadzilah Kamsah jadi perhatian, warganet setuju
Ads
27. Tinggalkan zon selesa kita.
28. Tukar persekitaran sosial kita kepada yang lebih positif.
29. Bina rutin senaman yang bersepadu.
30. Mulakan hidup dengan lebih tersusun.
31. Buat surat kepada ‘versi masa depan kamu’.
32. Tonton video yang bermanfaat selalu.
33. Buat senarai matlamat hidup.
34. Tolong orang walaupun kecil.
35. Berhenti dari melakukan hal sia-sia.
Tambah Mohd Fadzilah, setiap individu perlu sentiasa yakin dan bersemangat untuk berusaha bangkit dengan perubahan yang lebih baik pada 2024.
Yang penting, jangan berputus asa ketika menghadapi dugaan dan cabaran kerana ia merupakan pengalaman hidup yang akan mendewasakan kita.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Gunung yang dipaparkan dibawah bukan untuk dipanjat, tetapi untuk ditatapi keindahannya yang buatkan kita seolah-olah tak percaya ia wujud.
1. Gunung Pelangi, Zhangye Danxia, China
Terletak di Taman Geologi Danxia, gunung ini benar-benar kelihatan seperti sebuah lukisan di atas kanvas. Warna permukaan gunung yang kelihatan seperti warna pelangi ini terhasil disebabkan tekanan terhadap batu pasir dan garam mineral yang sudah berlaku sejak 24 juta tahun lalu. Memang epik!
2. Zhangjiajie Pillars, China
Zhangjiajie Pillars di Taman Negara Zhangjiajie menawarkan sejumlah 3,000 tiang yang kelihatan seperti dalam filem fantasi-terutamanya ketika berkabus. Pengarah filem, James Cameron menjadikan lokasi ini sebagai inspirasinya menghasilkan filem Avatar.
3. Chocolate Hills, Filipina
Terdapat lebih 1260 bukit berbentuk cokelat dalam kawasan seluas 50km persegi di Wilayah Bohol, Filipina. Kawasan gunung dan bukit ini mendapat namanya disebabkan pokok-pokok yang mengelilingi bukit-bukit ini bertukar kepada warna cokelat ketika musim kering yang menampakkan keseluruhan kawasan ini seperti bentuk cokelat ‘kisses.’
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Harris Baba, yang popular dengn single Katakan, membuat keputusan untuk menceburi bidang keusahawanan selepas menyedari potensi besar dalam industri pengurusan acara.
Harris Baba untuk undur diri daripada arena muzik kira-kira empat tahun lalu nyata berbaloi apabila dia kini rancak mengusahakan empayar perniagaan Jeeharris Corporation di samping isteri tercinta, Nik Naziha Zawawi.
Mula secara serius mengemudi syarikat berkaitan pengurusan acara dan konsert pada awal tahun 2023, pasangan suami isteri ini dilihat semakin bijak mengatur strategi dan menjana pendapatan.
Harris Baba atau nama sebenarnya Khawaja Mohammad Harris Baba yang sering dikaitkan dengan Zayn Malik kerana wajah seiras penyanyi Britain itu turut aktif berkongsi perkembangan syarikat Jeeharris Corporation di media sosial.
Penganjuran acara pertama mereka Borneo Mega Raya Fest 2023 yang berlangsung pada April 2023 menerima sambutan menggalakkan.
Malah vendor yang terlibat dalam festival berkenaan juga bukan calang-calang. Antaranya usahawan Dato’ Seri Aliff Syukri, Wawa Zainal, Rozita Che Wan, Bella Astillah, Zarina Zainuddin dan ramai lagi.
Ia juga merupakan festival fesyen raya terbesar dan pertama pernah diadakan di Sabah. Rentetan kejayaan julung kali itu, Harris dan Nik Naziha atau lebih dikenali sebagai Jee sekali lagi menguruskan acara Borneo Mega Raya Fest 2024!
Bukan itu saja, pasangan ini kreatif mempelbagaikan kemampuan syarikat dengan meluaskan rangkaian dalam bidang hiburan pula. Pada 4 November 2023, Jeeharris Entertainment menganjurkan konsert sulung mereka bersama kumpulan popular Indonesia iaitu Armada.
Konsert berkenaan mendapat sambutan hangat dan full house yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu.
Dedah Harris, “Our first concert! Full house! Thank you very much Armada Band and to everyone who came and supported us! Thanks to my team too!”
Pada bulan yang sama juga, satu lagi konsert diadakan iaitu bersama kumpulan Ungu.
“Alhamdulillah we did it again!! 2 concerts in 1 month! Thank you to everyone who has supported us. We truly appreciate you.”
Sementara itu, bersempena ulang tahun pertama penubuhan Jeeharris Entertainment figura berasal dari Singapura tersebut melahirkan rasa syukur kerana berjaya menganjurkan pelbagai acara di Sabah.
“Alhamdulillah we’ve completed 5 events in one year! Happy 1st anniversary to Jeeharris Entertainment. Thank you so much for all the love and support! We truly appreciate each and every one of you. Good news! Jeeharris Entertainment is expanding to Singapore! Stay tuned for our first project there!”
Harris Baba sah menjadi suami kepada Nik Naziha pada 13 Mei 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aleena Ziya, Muhammad Umar dan Aleeya Ziya.
Terdahulu, nama Harris melonjak naik menerusi single Katakan dan drama rantaian, Isteri Tuan Ihsan pada tahun 2016.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap kali munculnya penuh keberkatan bulan Ramadan, kita pastinya sudah tidak asing lagi dengan iklan buah kurma dengan bisikan ‘Yusuf Taiyoob’. Sama ada di corong radio mahu pun di televisyen ia satu iklan yang cukup sinonim dengan umat Islam di Malaysia.
Namun pernahkah anda tertanya siapakah insan yang dibisikkan bernama Yusof Taiyoob tersebut?
Buat anda yang masih belum mengenali figura ahli perniagaan cukup berjaya ini, beliau ialah Dato’ Seri Yusuf Taiyoob, pengasas syarikat pengeluar kurma Malaysia, Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd.
Dilahirkan pada 23 Disember 1958 di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, beliau merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Menariknya, ahli perniagaan yang cukup berpengaruh ini mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang perubatan.
Foto: freemalaysiatoday
Dia mendapat pendidikan tinggi di India namun memilih untuk berhenti demi menguruskan perniagaan sendiri. Pengenalan dunia perniagaannya tidak terus bermula dengan berdagang buah kurma.
Pada usia 19 tahun beliau berjinak-jinak dengan berniaga menjual minyak wangi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas menerusi jenama Perfume of Penang. Pada mulanya perniagaannya berkembang dengan baik sehinggalah dia terpaksa berpindah.
Berikut 10 fakta menarik tentang ‘Raja Kurma’ yang mampu memberikan inspirasi buat kita semua.
1.
Perniagaannya menjual minyak wangi seperti dinyatakan di aras tidak kekal lama.
2.
Berdepan tekanan akibat kegagalan perniagaan pertama sehingga mengalami muntah darah walaupun di usia seawal 19 tahun.
3.
Beliau bangkit membangunkan perniagaan sendiri semula dengan produk kosmetik menerusi syarikatnya Yusuf Cosmetic pada 1979. Namun perniagaan ini juga tidak bertahan lama dengan hanya dua tahun sahaja.
4.
Pada tahun 1988 beliau bangkit sekali lagi. Kali ini dengan menubuhkan syarikat yang kini cukup dikenali ramai Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd.
Variasi produk keluaran Yusof Taiyoob Sbn Bhd
5.
Dipercayai sehingga kini beliau membekalkan kira-kira 30 jenis kurma dan lebih 100 produk makanan ke seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.
6.
Jenis kurma Yusuf Taiyoob yang paling popular iaitu Waseem, Safiya dan Safina. Kesemua nama tersebut berasal dari nama anak-anak beliau.
7.
Kilang Yusuf Taiyoob terletak di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, tempat yang sangat strategik, berada di tepi Lebuhraya PLUS.
8.
Beliau tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang perniagaan.
9.
Strategi iklan bisikan ‘Yusof Taiyoob’ merupakan antara yang terbaik pernah dilakukan oleh ahli perniagaan di Malaysia.
10.
Beliau mendapat gelaran Datuk pada tahun 2002.
Kejayaan yang dikecapi beliau tidaklah datang bergolek. Walaupun pernah berdepan kegagalan namun ia tidak pernah melunturkan semangat juang beliau untuk terus berusaha hingga mencapai kejayaan.
Semoga kisah ini memberikan inspirasi buat anda terutamanya yang mungkin baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan.
Flushing aircond kereta, apa, bila dan kenapa penting. Sistem penghawa dingin atau aircond kereta bukan sekadar untuk keselesaan, ia adalah satu keperluan, lebih-lebih lagi di negara beriklim panas seperti Malaysia.