4 Menu Ringan Yang Boleh Anda Makan Untuk Alas Perut Sebelum Lunch!

Share

“Tadi pagi dah sarapan, sekarang lapar balik. Takkan nak makan makanan berat sebelum waktu lunch,” ujar seorang lelaki sambil mengusap perutnya.

Pernah berdepan dengan situasi sebegini? Rasanya semua orang pun ada waktunya pernah melalui fasa yang sama.

Tak salah alas perut

Sebenarnya tak salah untuk anda alas perut dengan mengunyah makanan yang ringan sebelum tibanya waktu untuk makan berat pada waktu tengahari.

Ini menu cadangan

Sehubungan itu, anda boleh cuba untuk ambil lima menu ini untuk mengurangkan rasa tidak selesa pada perut :

1. Telur

Di sebalik pelbagai mitos buruk tentang telur, ramai yang tidak tahu telur sebenarnya mengandung 13 nutrisi penting untuk tubuh termasuk tinggi kandungan proteinnya. Kajian juga telah membuktikan dengan mengambil sarapan berprotein tinggi cuba membuatkan anda cepat kenyang. Ditambah lagi dengan kuning telur yang tinggi kandungan vitamin B, ia bukan sahaja penting untuk ketajaman memori malah kaya dengan zat untuk kesihatan mata.

2. Pisang

Pisang cukup terkenal dengan tinggi kandungan kalorinya iaitu 105 kalori per ulas pisang yang ukuran sedang. Selain kaya dengan serat, vitamin C serta potasium. Seulas pisang yang berukuran sedang bukan sahaja memiliki 422 miligram kandungan potasium malah dapat membantu anda menurunkan tekanan darah tinggi. Serat dalam pisang pula dapat menghasilkan kesan kenyang yang lebih tahan lama.

3. Yogurt

Yogurt juga mengandungi sumber protein boleh mengenyangkan perut dengan sangat baik. Selain itu, yogurt juga kaya dengan kalsium selain anda digalakkan makan yogurt yang asli tanpa sebarang perisa campuran.

4. Oatmeal

Semangkuk bubur oatmeal mengandung serat tinggi selain dapat membantu anda merasa kenyang lebih lama. Dengan pengambilan oat juga, beberapa penyakit seperti kolesterol tinggi dan diabetes dapat dikurangkan.

IKLAN