4 Perbezaan Plan Internet Telco-Telco Utama Di Malaysia Dalam Bajet RM100!

Share

Penggunaan internet menjadi salah satu keperluan rakyat di negara ini. Sehubungan itu, banyaklah syarikat telco berlumba-lumba menawarkan perkhidmatan yang terbaik.

Namun begitu, kegemaran rakyat Malaysia terhadap penggunaan internet juga ada perbezaannya dan tidak boleh dipukul rata.

Jadi sebagai pengguna yang bijak, anda harus tahu anda ingin menggunakan internet itu untuk apa? Adakah untuk :

a. Menonton video seperti di YouTube


b. Menggunakan hostpot untuk sambungkan internet ke laptop
c. Atau sekadar melayari internet asas sahaja

Keutamaan anda perlu diutamakan dan jangan cepat mengambil plan yang dilihat menawarkan pakej internet terbaik tetapi tidak kena dengan keperluan anda.

Menerusi artikel ini, penulis akan berkongsi perbezaan fungsi penggunaan internet pada kadar RM100 :

1. RM98 : Celcom Gold First Class

Internet harian : 20 GB
Internet hujung minggu : 20 GB
Hotspot : Tiada data khusus
Video streaming : 100GB

Plan ini amat sesuai untuk kaki YouTube atau mereka yang gemar menonton cerita secara online

menggunakan telefon.

2. RM98: MaxisOne Plan 98

Internet harian : 15 GB
Internet hujung minggu : 15 GB
Hotspot : Tiada data khusus
Video streaming : Tiada data khusus

3. RM99 : UMobile Hero Postpaid 99

Internet harian : Unlimited
Internet hujung minggu : Unlimited
Hotspot : 30 GB
Video streaming : Unlimited

Plan ini amat sesuai untuk mereka yang memerlukan hotspot bagi membuat kerja di laptop jika tiada wifi di kawasan berdekatan.

4. RM100 : Digi Infinate Internet (Up to 10Mbps)

Internet harian : Unlimited
Internet hujung minggu : Unlimited
Hotspot : 20 GB
Video streaming : Tiada data khusus

Walau bagaimanapun, setiap kekuatan internet adalah bergantung kepada lokasi anda juga.

Jika liputannya bagus dan kuat, anda tidak akan mengalami kesukaran untuk menggunakan internet anda sepuas-puasnya.

Semoga bermanfaat dan share jika ini adalah perkongsian yang anda serta rakan-rakan cari selama ini!

IKLAN