4 Produk Atasi Kulit Berminyak

Share

Nature Republic Soothing & Moisture Aloe Vera Foam Cleanser 150ml

Nature Republic Soothing & Moisture Aloe Vera Foam Cleanser merupakan pencuci muka yang membersihkan muka secara mendalam dengan buih yang sangat berkesan untuk membersihkan kulit wajah dari segala kekotoran yang berada pada liang-liang pori. Pencuci muka ini dihasilkan daripada esktrak Aloe Vera sebagai kunci yang mengandungi anti bakteria secara semulajadi dan bahan-bahan anti-radang yang mampu menenangkan kulit yang sensitif.

Malah, ia juga mampu melembabkan kulit dengan memberi perlindungan dan kelembapan pada kulit wajah.

Garnier Men Turbolight Oil Control Charcoal Foam 100ml

Pencuci muka ini dikhaskan untuk para lelaki yang memiliki kulit yang berminyak. Garnier Men Turbolight Oil Control Foam ini kaya dengan arang semulajadi yang terkenal dengan fungsi untuk menyerap kandungan minyak yang berlebihan dan kesan kekotoran pada wajah untuk menyucikan kulit wajah serta memberikan kesan pencerahan pada kulit.

Lelaki yang telah menggunakan produk ini selepas 4 minggu mendapati kulit wajah mereka kurang berminyak dan kelihatan lebih cool.’

Cetaphil Oily Skin Cleanser 125ml

Pencuci muka Cetaphil Oily Skin Cleanser ini memberikan kesan yang efektif kepada kulit wajah yang berminyak. Produk ini berfungsi dengan memberikan kesan berbuih yang lembut pada kulit untuk menyingkirkan minyak, kotoran dan make-up tanpa meninggalkan kesan kekeringan pada kulit wajah.

Mereka yang mempunyai kulit berminyak sangat sesuai menggunakan produk ini kerana ia merupakan non-comedogenic (tidak memblok liang) dan boleh digunakan dengan ubat jerawat.

Himalaya Purifying Neem Face Wash 150ml

Himalaya Purifying Neem Face Wash ini merupakan pencuci muka herba yang diformulasikan dengan neem, kunyit dan vetiver untuk menyingkirkan kekotoran pada wajah tanpa mengeringkan kulit, serta menghalang pertumbuhan jerawat. Produk ini juga bebas dari SLS, paraben dan phthalates (bahan kimia yang boleh merosakkan sistem reproduktif seseorang individu.

IKLAN