4 Step Atasi Masalah Keguguran Rambut Yang Tak Terkawal

Share

INI ADALAH SEBUAH PERKONGSIAN DARI RAKAN DI TWITTER MENGENAI MASALAH KEGUGURAN RAMBUT YANG DIALAMINYA SEJAK EMPAT BULAN YANG LALU. SUHAILA YANG MENGAKUI DIA MEMULAKAN RUTIN PENJAGAAN INI SEJAK NOVEMBER YANG LALU KINI  TELAH MULA MENAMPAKKAN HASILNYA.MANA TAHU ABANG-ABANG DI LUAR SANA BOLEH CUBA CARA INI KERANA PRODUK YANG DIGUNAKAN JUGA MACAM SESUAI DENGAN KULIT KEPALA LELAKI.

 

INI EMPAT CARA YANG PATUT DIAMALKAN UNTUK PASTIKAN RAMBUT KEMBALI SEGAR.

1.Gunakan Pre-Wash hair

2.Syampu seperti biasa

3.Hair Conditioner / mask

4.Serum

AMALKAN RUTIN INI SELAMA 2 HINGGA 3 MINGGU.

1.PRE-WASH HAIR OIL

Sapukan pada scalp dan shaft, pastikan ia benar-benar rata. Pakai banyak pun tidak mengapa dan biarkan selama 20 minit. Kalau rimas boleh gunakan showe cap.

Boleh dibeli di Mydin sahaja dalam harga sekitar RM 8 sahaja.

-Boleh juga gunakan Castor Oil untuk melebatkan kembali rambut, tekstur sangat pekat dan cuba campurkan dengan minyak lain sebelum diletakkan di kepala.

2.SYAMPU RAMBUT

Selepas 20 minit, ini adalah masa untuk syampukan rambut anda. Syampu betul-betul untuk hilangkan kesan minyak tadi. Cuba urut-urut kepala dengan betul supaya tiada kesan langsung pada rambut.

3.HAIR CONDITIONER

Hair cond ini digunakan selepas cuci rambut dengan syampu. Sapu rata macam syampu juga dan ia akan mengembalikan dan melembutkan tekstur rambut anda.

4.SERUM

Boleh guna serum ini hari-hari, selepas mandi ke. Memang berbeza bila selalu guna serum rambut ni, rambut jadi lebih sihat dan sangat bersinar. Bolehbeli dekat Watsons je pun serum ini.

 

Lakukan rejim ini secara berterusan walaupun telah menampakkan hasilnya kelak. Jangan cepat mengalah dan terus berusaha.

 

 

IKLAN