InsyaAllah, kita akan meraikan Hari Raya Aidil Fitri pada hari Rabu ini. Bagi anda, sudah beli baju raya? Kalau belum usah khuatir kerana jualan pada saat-saat akhir biasanya ada kelebihan tersendiri.

Malah ramai juga yang masih berkira-kira untuk membeli-belah dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Maklumlah, memakai baju baru (baju yang paling baik kita miliki) itu kan sunnah Rasulullah S.A.W.

Tapi ramai juga yang memilih untuk membeli belah di saat-saat akhir. Tapi bagaimana caranya? Jom ikuti perkongsian MASKULIN kali ini!

1. Beli Secara Atas Talian

Tip Beli Baju Raya Last Minute, Kalau Nasib Baik Beli Dua Percuma Satu!

Seiring dengan gaya hidup moden masa kini, ramai menggunakan jalan pintas untuk membeli-belah menerusi alam maya sahaja. Alasannya, kerana lebih mudah mencari mengikut bajet dan dapat melihat keseluruhan pakaian menerusi katalog yang disediakan pihak gedung atas talian. Lebih mudah, transaksi pembayaran juga boleh dibayar menggunakan perbankan online atau Cash on Delivery (COD) sahaja!

2. Diskaun Durian Runtuh

Tip Beli Baju Raya Last Minute, Kalau Nasib Baik Beli Dua Percuma Satu!

Oh ya, kalau beli disaat-saat akhir ni pun banyak diskaun durian runtuh tau… lebih-lebih lagi apabila korang pergi ke bazaar-bazaar jualan awam seperti di sekitar Jalan TAR atau mana-mana uptown pada malam raya. Bila ramai penjual nak habiskan stok pada malam sebelum raya tu jadi, mereka juga akan beri tawaran seperti “Beli satu percuma satu”!

3. Beli Pakaian Yang Boleh Diguna Pakai Lama

Tip Beli Baju Raya Last Minute, Kalau Nasib Baik Beli Dua Percuma Satu!Tip Beli Baju Raya Last Minute, Kalau Nasib Baik Beli Dua Percuma Satu!

Sila buat pilihan bijak sebelum membeli. Cari pakaian yang bisa dipakai berulang kali secara kreatif mungkin dari segi kualiti materialnya, dari segi reka bentuk dan warnanya. Cari juga pakaian yang mudah disuai padan secara versatile (mungkin kurta boleh dipakai dengan seluar jeans untuk pergi beraya manakala dengan jeans untuk gaya santai yang kasual).

4. Set baju Yang ringkas dan boleh ‘Mix & Match’

Tip Beli Baju Raya Last Minute, Kalau Nasib Baik Beli Dua Percuma Satu!

Tips yang penulis boleh kongsikan, beli pakaian yang punyai corak minimalis serta berasaskan warna-warna neutral. Dengan cara ini, mudah kamu nak padankan dengan pakaian sedia ada. Bayangkan kalau kamu beli baju yang sarat dengan corak, mesti susah nak pakai untuk acara santai. Alamatnya lepas raya, baju tu terperuk dalam almari sebab terlalu glamor dan tak sesuai dipakai pada hari-hari biasa.

Sekarang dah faham konsep dan cara mencari baju raya di saat akhir?

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI