Tanggal 9 Julai 1985 merupakan tarikh keramat yang menyaksikan kelahiran sebuah ikon jalan raya tanah air. Kini, selepas 40 tahun, Proton Saga terus memecut gagah sebagai simbol mobiliti mampu milik, kejuruteraan rakyat dan keteguhan sebuah semangat anak Malaysia.
PERMULAAN YANG MASKULIN
Proton Saga bukan datang dari mimpi kosong. Ia lahir dari iltizam besar kerajaan ketika itu, yang dikemudi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad seorang pemimpin dengan visi dan keberanian. Dengan kerjasama Mitsubishi Motors Corporation dari Jepun, maka lahirlah model kereta nasional pertama, dibangunkan oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON).
Dr Mahathir memandu Proton Saga keluaran pertama ketika dilancarkan pada 9 Julai 1985.
Lelaki sejati tahu kejayaan tak datang mudah. Proton Saga adalah manifestasi usaha keras, keberanian mengambil risiko, dan komitmen jangka panjang. Ini asas yang sama ada dalam setiap lelaki Maskulin yang mahu membina hidup dari bawah.
40 TAHUN: BUKTI KEKUKUHAN SEBUAH IDENTITI
Dalam tempoh empat dekad, Proton Saga telah mengharungi tiga generasi utama:
Saga Karburetor Asal (1985) — reka bentuk asas, enjin sederhana, tapi cukup untuk membawa kita jauh.
Era Iswara & Facelift — lebih moden, lebih bergaya, namun masih mengekalkan jiwa asalnya.
Saga VVT Generasi Baharu — segar, bergaya dan cekap bahan api. Kembali mencuri hati generasi muda.
Dengan lebih 4 juta unit terjual, Proton Saga bukan sekadar statistik. Ia adalah bukti keyakinan rakyat Malaysia — dari pelajar universiti, bapa muda, penghantar makanan, hingga ke penjawat awam. Kereta ini menyatukan semua lapisan dalam satu perjalanan.
Ads
SAGA: KERETA RAKYAT, PILIHAN LELAKI PRAKTIKAL
✔ Kos rendah, jimat minyak
✔ Penyelenggaraan mudah, alat ganti melambak
✔ Rekaan yang tidak lapuk dek zaman
✔ Kalis cabaran bandar dan luar bandar
Bagi lelaki yang mengutamakan nilai praktikal dalam hidup, Proton Saga adalah lambang pilihan bijak. Tiada ruang untuk menunjuk-nunjuk — hanya prestasi jujur dan kemampuan bertahan.
WARISAN YANG BERTERUSAN
Generasi demi generasi menjadikan Proton Saga sebagai kereta pertama mereka. Ia bermula dari ayah, kemudian si anak pula menjadi pemilik baharu. Sama ada sebagai teksi, kereta keluarga, atau kenderaan e-hailing, Proton Saga kekal setia menjadi sahabat di jalan raya.
Ads
Walaupun dunia automotif kini menuju ke arah kereta elektrik dan AI, Proton Saga tetap berdiri dengan penuh gaya dan mengingatkan kita bahawa tidak semua yang lama itu lapuk. Ada yang menjadi warisan lelaki.
SAMBUTAN 40 TAHUN
Proton meraikan ulang tahun ke-40 ini dengan konvoi besar-besaran, promosi eksklusif dan pameran model klasik. Di alam maya, kempen #Saga40Years menjadi tular, dengan peminat berkongsi memori dan nostalgia bersama ‘kereta rakyat’ ini.
Ads
Proton Saga telah menemani lelaki Malaysia dari zaman memakai walkman hingga ke era telefon pintar. Ia melalui perubahan zaman, tapi tak pernah hilang arah.
Kereta bukan sekadar kenderaan, tetapi aset penting bagi setiap lelaki moden. Setiap hari, kereta digunakan untuk ke tempat kerja, menghantar anak, urusan keluarga dan pelbagai aktiviti lain. Sebab itu, menjaga kondisi kereta sangat penting agar ia sentiasa dalam keadaan tip top serta tidak mendatangkan masalah ketika diperlukan.
Namun, ramai pemilik kereta tidak sedar bahawa tabiat kecil ketika parkir boleh mengundang risiko kerosakan jangka panjang. Salah satunya ialah parkir kereta dengan tayar senget atau tidak lurus. Nampak remeh, tetapi menurut mekanik, ia sebenarnya boleh membuat anda menanggung kos tinggi di bengkel.
Menurut perkongsian mekanik dari TikTok @altimatautogarage, apabila kereta diparkir dengan tayar tidak lurus, berat kenderaan akan tertumpu pada satu sisi sahaja. Tekanan ini memberi kesan pada beberapa komponen penting:
Rak Stereng & Rod Ikatan Cepat Rosak Jika kereta diparkir dengan tayar menghala ke kiri atau kanan, komponen seperti rak stereng, rod ikatan dan sendi bola terpaksa menanggung beban berlebihan. Lama-kelamaan, rak stereng boleh bocor manakala rod ikatan menjadi haus.
Sistem Stereng Kuasa Tertekan Sekiranya parkir dilakukan dengan tayar senget ketika enjin masih hidup, tekanan berganda akan berlaku pada sistem stereng kuasa. Ini boleh menyebabkan pam stereng kuasa cepat rosak dan mengeluarkan bunyi berdengung.
Tayar Haus Tidak Sekata Tayar yang diparkir senget juga mempercepatkan kehausan pada bahagian tepi tayar. Akibatnya, tayar menjadi botak sebelah, sekali gus menjejaskan kestabilan dan cengkaman jalan.
Mekanik tersebut menasihatkan, sebelum keluar dari kereta, pastikan tayar diluruskan terlebih dahulu. Proses itu tidak memakan masa lama – hanya sekitar lima saat untuk memusing stereng. Tabiat mudah ini mampu mengelakkan kerosakan ribuan ringgit di bengkel.
Sebagai lelaki yang bijak menjaga aset dan masa depan, anda perlu peka dengan hal-hal kecil seperti ini. Jangan biarkan duit ‘terbang’ di bengkel hanya kerana malas meluruskan tayar ketika parkir. Ingat, disiplin kecil hari ini mampu menyelamatkan anda daripada kos besar esok hari.
Celebrity Car Wars kembali lagi pada musim ke 3 ini dengan menampilkan selebriti asia yang terdiri daripada Thailand, Filipina, Singapura dan tentunya Malaysia. Kali ini, Channel History saluran 555 menampilkan Hans Isaac sebagai wakil dari Malaysia. Mempunyai minat dalam dunia permotoran, Datuk Hans Isaac mengambil peluang ini untuk terus kekal aktif dan ingin menunjukkan bakat beliau dalam sukan permotoran. Ini merupakan rancangan realiti sukan lasak tanpa skrip pertama yang beliau ceburi dan mencuba perkara baru bukanlah perkara asing bagi dirinya. Pengambaran yang berlangsung selama 2 minggu itu di bumi Filipina, penuh dengan cabaran dan beraksi dengan mereka yang berusia jauh lebih muda dari dirinya bukan satu penghalang.
Musim terbaharu ini akan menyaksikan enam selebriti dari seluruh Asia bersaing untuk muncul sebagai pelumba terbaik. Masing-masing mempunyai kemahiran, ketangkasan dan perancangan tersendiri untuk menghadapi persaingan sengit di litar lumba. Selebriti-selebriti yang bakal berentap musim ini adalah Munah Bagharib, pelakon dan pelawak dari Singapura, Hans Isaac, pelakon, penerbit dan pengarah dari Malaysia, Diego Loyzaga, pelakon, VJ dan anak kepada pelakon terkenal Teresa Loyzaga, Xian Lim, pelakon, model dan penyanyi berdarah kacukan Amerika-Filipina, Matthew Deane, pelakon, penyanyi, dan model berdarah kacukan Thai-Australia, serta isterinya, Lydia Sarunrat, penyanyi R&B, aktres dan personaliti media sosial dari Thailand.
Pernah memenangi anugerah Emmy, musim kali ini akan mengembalikan cabaran-cabaran daripada musim terdahulu, antaranya, perlumbaan Jeepney, perlumbaan secara terbalik (gostan), dan perlumbaan 4X4 di dalam hutan sepanjang Sungai Sacobia di Pampanga. Tidak dilupakan, dinding batu bata yang juga perlu dihadapi para selebriti.
Siapakah yang akan melakar nama di Celebrity Car Wars Hall of Fame musim kali ini? Jangan lupa untuk menonton Musim Ketiga Celebrity Car Wars akan mula ditayangkan pada 9 September di HISTORY Asia (Saluran ASTRO 555 dan 575 HD), setiap Ahad pukul 9.55 malam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ini berita terkini buat peminat dua roda. Penulis percaya, ramai yang kecewa apabila Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan model CBR 250R bukannya versi RR. Nampaknya anda perlu menunggu lebih lama lagi kerana model berkenaan disahkan tidak akan dibawa masuk tahun ini.
Ini kerana model sedia ada CBR 250 RR yang dibangunkan di Indonesia itu tidak memenuhi spesifikasi Euro. Menurut sumber dari BSH, pihak Honda kini sedang membangunkan CBR 250 RR yang menepati spesifikasi Euro agar model tersebut boleh dipasarkan secara global.
Apabila disoal mengapa pembangunan versi Euro mengambil masa yang agak lama. Ini jawapan sumber: “Untuk memenuhi spesifikasi berkenaan, kira-kira 70 peralatan pada jentera perlu dikemas kini. “Antaranya kabel, pendawaian, lampu, tayar, emisi dan lain-lain,” jelasnya.
Selain itu, pihak BSH juga memberitahu sekiranya model tersebut dibawa masuk, harga seunit CBR 250 RR akan melebihi RM30,000. Justeru itu, pihak BSH masih mempertimbangkan pilihan yang ada dan mencari alternatif lain agar model berkenaan dapat dijual di bawah RM30, 000. Difahamkan model berkenaan akan diimport dari Indonesia bagi memanfaatkan pengecualian cukai antara negara Asean.
Sumber menyatakan adalah mustahil membawa model berkenaan tahun ini. Kemungkinan CBR 250 RR akan dibawa masuk tahun hadapan. Waktu yang tepat masih belum diketahui. Bagaimanapun, untuk makluman tahun hadapan BSH akan melancarkan empat model baru. Antaranya CB Series dan Honda Africa Twin. Buat peminat CBR 250 RR, anda perlu bersabar sehingga model versi Euro siap dibangunkan.
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.