Deodoran yang baik perlulah mempunyai fungsi yang boleh menahan bau badan. Masalahnya adalah bahawa deodoran biasa sering mengandungi bahan kimia seperti parabens, yang boleh membahayakan tahap hormon badan. Bukan itu sahaja, tetapi deodoran biasa juga boleh menggunakan aluminium, yang boleh merosakan kulit. Jadi anda perlu berhati-hati dalam pemilihan deodoran.
Mungkin anda boleh menggunakan deodoran ini untuk kekal segar sepanjang hari. Apa yang penting, kita tak nak cop dekat baju melayu anda tu.
1.Mountaineer All Natural Deodorant
Ia bukan saja Deodorant Brand Mountaineer dan antiperspirant mempunyai cahaya, bau yang bersih, ia juga selamat untuk kulit sensitif. Ia berfungsi tanpa bahan toksik atau mungkin berbahaya untuk memastikan liang ketiak anda kering dan segar.
Ads
2.Earth and Woods Men’s Deodorant
Selain daripada parabens atau aluminium, deodoran Earth and Woods Men’s ini menggabungkan bahan-bahan seperti kapul buah, cedarleaf, dan cendana dengan minyak pati untuk memastikan badan anda tidak berbau.
3.Sam’s Natural Deodorant Stick
Ads
Seindah namanya, Sam’s Natural Deodoran ini diilhamkan dari kawasan semulajadi gunung New Hampshire. Ia bukan sahaja dibuat tanpa paraben, aluminium, atau bahan-bahan berbahaya yang lain, pembungkusannya juga 100% mesra alam, yang dihasilkan daripada barangan kitar semula.
4.Queen Bee Apothecary Men’s Deodorant
Ads
Walaupun ia bukan antiperspirant, berasaskan protein sayuran ini merupakan gel dan menggunakan “pendekatan vegan semula jadi” untuk menghindari bau. Protein dalam produk ini berfungsi untuk meneutralkan enzim yang menyebabkan bau, jadi anda boleh memilih aroma yang anda inginkan.
5.Forest by Herban Cowboy Maximum Protection Deodorant
Deodoran vegan 100 peratus ini dibuat tanpa propylene gycol, bahan yang biasa digunakan dalam bahan tambahan makanan, dan triclosan, agen yang terdapat dalam banyak kosmetik dan ubat gigi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Percaya atau tidak seorang lelaki atau wanita berkerjaya dalam bidang profesional atau separa profesional sebahagian besarnya menggunkan komputer riba atau laptop. Pergerakan yang lebih mobil menjadikan laptop kini menjadi peranti yang cukup penting dalam kelancaran urusan kerja.
Dan untuk memudahkan mereka membawa komputer riba pastinya juga memerlukan backpack atau beg galas yang baik. Dalam pemilihan backpack pastinya beberapa faktor penting perlu diberi perhatian. Jenama pengeluar beg terkenal, Targus memperkenalkan satu rekaan backpack yang cukup menarik.
Targus Newport Ultra Slim Backpack merupakan salah satu daripada koleksi terbaru Newport diperkenalkan oleh Targus untuk pasaran. Menariknya, setiap rekaan yang ditonjokan mendapat inspirasi dari ciri gaya dan fungsi sempurna. Sebanyak enam jenis beg diserlahkan seperti beg galas, sleeves dan tote – termasuklah Newport Ultra Slim Backpack ini.
Jelas Targus, tidak berkompromi dari aspek kualitinya. Koleksi ini menampilkan penggunakan material yang baik iaitu dari segi pemilihan fabrik nilon kalis air dan tenunan material kulit yang berkualiti tinggi. Ini menyerlahkan lagi penampilan koleksi ini dan bukan sahaja tampak elegan dari aspek rupanya tetapi juga tahan lasak dan mudah dijaga.
MASKULIN bertuah kerana diberi kesempatan untuk memcuba sendiri menggunakan beg diberi nama Targus Newport Ultra Slim Backpack. Jadi apakah kesitimewaan yang dibawa oleh backpack dari Targus telah kami dapati? Anda boeh ikuti sedikit review kami dengan lebih terperinci di bawah.
Mungkin bagi sesetengah orang lagi besar itu lebih baik. Namun sebenarnya ia tidak seharusnya seperti itu sepanjang masa.
Kebanyakan peranti seperti komputer riba kini pula direka dalam bentuk yang kompak dan slim. Sesuai dengan itu, Newport Ultra Slim hadir dengan saiz yang sangat sesuai untuk komputer riba bersaiz 15 inci ke bawah.
Malah bagi pengguna Macbook Pro 16″ juga tidak perlu risau kerana saiznya memang cukup sesuai. Dengan saiznya yang slim dan tidak terlalu besar, kita dapat membawa beg ini dengan mudah serta tidak terlalu membebankan.
Buat seorang yang sentiasa bergerak dalam kerja seharian, penulis merasakan saiz beg ini sangat menepati kehendak serta cukup selesa digunakan sepanjang hari.
Apa gunanya kalau beg bersaiz besar tetapi tidak mempunyai compartment atau ruang simpanan yang sedikit. Oleh sebab itu jangan terpedaya dengan saiz Newport Ultra Slim yang nampak kompak.
Selain komputrer riba antara peranti atau peralatan eksktronik yang kita biasa bawa bersama ialah tetikus, power bank dan juga earphone. Setiap satunya boleh disimpan dengan baik di alam backpak ini dengan poket di dalam serta diluar beg.
Pada bahagian hadapan terdapat ruang simpanan yang cukup besar berzip terletak di bawah logo ‘Targus’. Ini ruangan yang cukup besar bagi simpanan pelbagai jenis barang serta dokumen.
Di bahagian belakang yang terletak di pinggang ketika beg di galas pula terdapat satu ruangan simpanan yang bersaiz sederhana atau poket panel sesuai untuk menyimpan dompet atau pun telefon pintar. Malah ia cukup mudah dicapaioleh tangan ketika beg ini digalas.
Manakala pada bahagian dalamnya pula terdapat ruang khas komputer riba, ruangan simpanan berzip, dua poket bersaiz kecil yang sesuai untuk diletakkan kad dan juga dua ruang meletak pen. Kesemua ruangan simpan dan poket ini direka letak dengan penggunaan yang cukup optimum.
Jadi tiada istilah tidak cukup ruang untuk meletakkan peranti serta barangan yang perlu anda bawa.
Di antara ciri-ciri unik yang terdapat pada Newport Ultra Slim Backpak ini ialah talinya yang bersifat mudah alih. Jika dilihat pada bahagian belakang beg, talinya terletak di dalam ruang yang mampu menyembunyikan atau menyimpannya ketika tidak digunakan.
Malah ruang simpanan tali beg ini juga terdapat magnet yang berfungsi untuk mengelakkannya daripada terbuka. Dan jika ingin menggunakan tali untuk digalas, hanya bawanya keluar dan sambungkan ke bahagian penyangkut di bahagian bawah.
Talinya juga diperbuat daripada material yang sangat tahan lasak. Manakala pemegang begnya pula mempuyai karakteristik yang selesa dan juga tahan lasak.
Tinggal di sebuah negara bercuaca tropika yang sering hujan seperti di Malaysia menuntut kita menggunakan beg yang mempunyai ciri-ciri kalis air. Seperti kebanyakan beg berkualiti tinggi yang lain di pasaran Newport Ultra Slim Backpack juga dilengkapi dengan fabrik kalis air.
Hadir dengan fabrik nilon yang nipis tetapi berkualiti tinggi menjadikan ia sebagai beg galas yang paling simpanan komputer riba khususnya buat penulis yang sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Menurut Targus, fabrik nilon kalis air yang digunakan untuk beg galas ini dihasilkan dari proses tenunan material kulit berkualiti tinggi.
Ia kini boleh dapati di pasaran dengan dua varian warna iaitu hitam dan tan. Pada setiap bahagian zip pula ia itampilkan dengan perincian metalik yang nampak lebih premium serta berkualiti.
Newport Ultra Slim Backpack kini boleh didapati di pasaran pada harga RM499. Secara keseluruhan MASKULIN mendapati beg galas ini yang hadir dengan saiz kompak tidak mengecewakan. Dengan ruang simpanannya yang banyak serta strategik serta pametial fabrik berkualiti tinggi, ini merupakan antara beg galas terbaik di pasaran buat masa sekarang.
Selain itu, Targus turut memperkenalkan beberapa jenis beg menerusi koleksi ini seperti Newport Backpack, Newport Convertible Tote/Backpack, Newport Crossbody Pouch, Newport North-South Tote dan Newport Sleeve.
Kesemua koleksi ini boleh didapati di platform outlet sepert Harvey Norman, AEON. Isetan, SOGO dan Parkson Store. Manaka untuk secara di atas talian pula menerusi platform Shopee, Lazada, Bluelogic dan Zalora.
Untuk maklumat lanjut tentang backpack ini anda boleh ikutinya di sini.
Rating MASKULIN: 4/5
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memiliki jenama sendiri sememangnya impian buat ramai lelaki. Buat pengasas jenama ALFARO, Farooq Ahmad mencari satu idea pemasaran produknya merupakan satu cabaran tersendiri.
Baru-baru ini MASKULIN sempat menghadiri pertunjukan fesyen ALFARO Koleksi Raya 2025 di ibu negaera. ALFARO melakar sejarah tersenduru dengan pertunjukan fesyen pertamanya.
Ia bukan sekadar acara memperkenalkan koleksi baharu, malah membuktikan komitmen Ahmad Farooq Ahmad dan jenamanya dalam menghasilkan rekaan berkualiti tinggi yang eksklusif dan penuh inovasi.
Sejak diperkenalkan, ALFARO telah mencuri perhatian dengan penggunaan fabrik premium dan rekaan yang memikat. Untuk koleksi Raya 2025, jenama ini sekali lagi menampilkan sesuatu yang luar biasa.
“Koleksi yang dipertontonkan menggabungkan abaya Arab yang elegan dengan pakaian tradisional Melayu, menghasilkan satu padanan yang penuh gaya serta sentuhan moden.
“Keunikan koleksi ini dapat dilihat pada pemilihan fabrik yang berkualiti tinggi dan ketelitian dalam setiap jahitan,” jelas Farooq Ahmad yang cukup teruja.
Gandingan antara unsur tradisi dan elemen moden ini mencerminkan evolusi gaya lelaki masa kini, yang semakin menghargai gabungan keanggunan klasik dengan sentuhan kontemporari.
Bukan sekadar jenama fesyen biasa, ALFARO turut membuktikan tahap kecemerlangannya dengan menerima pengiktirafan ISO 9001 bagi pengurusan kualiti.
Pencapaian ini menjadi bukti kepada ketelitian jenama ini dalam memastikan setiap helaian pakaian memenuhi piawaian tertinggi.
Koleksi Raya 2025 ALFARO bukan hanya tentang estetika, tetapi juga tentang keselesaan dan kesesuaian untuk semua.
Direka untuk pelbagai lapisan masyarakat, koleksi ini menawarkan pilihan saiz yang inklusif. Ini bagi memastikan setiap lelaki dan wanita tampil segak tanpa mengira bentuk badan.
Menurut Ketua Pegawai Operasi ALFARO, Muhammad Irfan, “Kali ini ALFARO turut memperkenalkan beberapa inovasi dalam penggunaan fabrik dan teknik jahitan dalam koleksi Raya tahun ini.”
Dengan pemilihan fabrik premium serta jahitan teliti oleh tukang jahit berkemahiran tinggi dari luar negara, setiap helaian bukan sahaja bergaya, malah tahan lama dan selesa.
Bagi anda yang berkenan dan ingin miliki koleksi ini, ALFARO telah membuka 8 cawangan di seluruh Malaysia, termasuk di Bangi, Shah Alam, Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Ipoh.
Tidak cukup dengan itu, pembelian juga boleh dilakukan secara dalam talian melalui TikTok, Lazada, Shopee, dan laman web rasminya.
Sebagai jenama yang memahami keperluan pelanggan moden, ALFARO turut menawarkan aplikasi kesetiaan yang memberikan pelbagai ganjaran menarik serta pilihan pembayaran fleksibel melalui Shopee PayLater, lengkap dengan potongan harga eksklusif.
Dengan kejayaan penganjuran pertunjukan fesyen pertamanya ini, ALFARO semakin mengorak langkah untuk menjadi jenama utama dalam dunia fesyen tempatan.
Sejak tahun lalu kita telah berdepan dengan norma baharu dalam cabaran berdepan pandemik yang masih lagi menghantui kehidupan seharian. Sudah banyak perkara yang berubah dalam kehidupan kita termasuklah bagaimana kita berhubung di antara satu sama lain.
Sentuhan yang minima, penjarakan sosial serta tidak dapat merentas negeri merupakan perkara yang kuta semua harus lakukan demi melandaikan kadar jangkitan wabak Covid-19.
Sebagai sebuah jenama yang cukup terkenal, Levi’s pada tahun ini memperkenalkan konsep yang cukup istimewa bersempena kemunculan bulan Ramadan dan yang seterusnya Syawal.
“Ini adalah peluang tepat untuk melihat ke dalam diri kita dan memberi perhatian terhadap mereka yang berada di sekeliling kita – ahli keluarga, jiran, rakan, insan tersayang, mereka yang tidak diendahkan, mereka yang kurang bernasib baik dan sebagainya.
“Levi’s percaya pada usaha ke arah perubahan positif, justeru menyerlahkan bagaimana ungkapan gembira, kehangatan serta hubungan interaksi antara keluarga dan rakan-rakan pada musim perayaan ini berupaya mewujudkan rasa penuh hormat dan penerimaan, terutama dalam meraikan perbezaan sesama kita,” – Imran Butt, Pengurus Negara Levi Strauss Malaysia.
Dan sebagai tanda hormat kepada musim perayaan yang penuh girang, kempen Ramadan pada tahun ini mengetengahkan etos empati, keaslian, integriti dan berani dalam satu mesej yang penuh harapan.
“Ia bagi mengingatkan kita bahawa kemajuan hanya berlaku apabila kita bersifat inklusif dan saling memahami. Apabila kita dapat mengatasi halangan, kita mampu bersatu dan mengangkat suara antara satu sama lain untuk mencetuskan perbezaan.
“Sebagai jenama yang terus berkembang menerusi semangat perintis dan inovatif tanpa henti, kami mahu dilihat sebagai pendorong untuk menyebarkan mesej bahawa kebaikan itu tidak lapuk ketinggalan zaman.
“Dan apakah maksudnya kebaikan? Ia yang menjadikan dunia kita lebih baik, daripada meraikan perbezaan antara satu sama lain hinggalah kepada memilih pakaian yang dihasilkan dengan mengambil kira kesejahteraan planet ini.” jelas Imran Butt lagi.
Antara perkara yang paling utama ditekankan oleh Levi’s menerusi koleksi ini ialah aspek harmoni dan keselesaan. Palet warna lembut disulami pastel ceria menghiasi koleksi ini bersama fabrik lestari dan berkualiti tinggi dalam potongan moden. Ia kemudian menonjolkan impak optimisme anda pada musim perayaan akan datang.
Fokus juga diberikan kepada rangkaian selsksi baju dan seluar berteknologi sejuk baharu. Ia direka dengan menggunakan fabrik breathable dengan kemampuan melakukan regulasi suhu serta =teknologi penyerapan lembapan. Helaian dalam koleksi ini menampilkan fabrik lestari seperti adunan Cottonized Hemp dan Tencel untuk memberikan keselesaan optimum.
Penggunaan teknologi microclimate menerusi Sorbtek Repreve – serat poliester bersumberkan daripada botol air kitar semula pula mengalihkan lembapan daripada kulit selain memberi perlindungan UV.
Teknologi terkini ini menawarkan ciri-ciri sumbu dalam keadaan menegak, di mana serat berongga bertindak memerangkap udara dan menebat lembapan dari luar fabrik bagi memastikan pengeringan pantas.
Ia helaian yang mengatasi jangkaan anda, daripada fabrik yang bersesuaian dengan iklim sehinggalah kepada teknologi di sebaliknya, berikutan ia sebahagian daripada komitmen Levi’s untuk menyediakan pilihan yang lebih bertepatan, yang akan mengubah industri ke arah lebih baik.
Antara item menarik perhatian untuk seleksi lelaki ialah kemeja berkolar Mandarin, celana xx chino, baju panas dan juga jaket trucker. Tampil ditawarkan pada harga dari RM199 ke RM329, koleksi Ramada 2021 akan boleh didapati menerusi laman sesawang levi.com.my dan di butik Lebvi’s seluruh negara bermula bulan ini.