Gaya Hidup

5 Khasiat Daging Kambing Yang Ramai Orang Tak Tahu!

Share

Ramai yang takut untuk menjamah daging yang satu ini. Namun pada hakikatnya, khasiat daging kambing ini sememangnya ada.

Daging ini nyata enak dimakan sama ada secara panggang mahupun dalam sajian kari kambing serta sup kambing.

Ini merupakan kebaikan dan khasiat daging kambing yang tidak harus anda lepaskan.

1. Rendah kolestrol

Kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging-daging lain sekali gus menjadikan daging kambing sebagai pilihan makanan alternatif daging merah yang terbaik.

2. Rendah lemak

Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati daging kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).

3. Rendah kalori

Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).

4. Lemak tidak tepu

Kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain. Ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemak tidak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.

5. Asid amino

Asid amino adalah sumber protein yang ideal. Daging kambing mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.

Jadi, jom makan daging kambing!

Follow Instagram MASKULIN

IKLAN