Sebenarnya memasak bukanlah suatu perkara yang sukar tapi bagi seorang lelaki mungkin ia bukan tugas yang mudah. Lagikan pula untuk orang bujang, memang tak sempat nak habiskan masa lama-lama didapur.
Bila dah siap masak lauk tiba tiba baru teringat nasi belum masak. Dah terlupa ini kita mesti nak nasi cepat masak tambah pula kalau perut dah lapar. Perkongsian Najib ini mungkin membantu.
Taktik nasi cepat masak
Taktik ini boleh menjimatkan separuh masa nasi dimasak. Jika biasa 10 minit,guna taktik ni boleh jadi 5 minit.
Ads
Cara;
1.Gunakan air panas untuk memasak nasi. Simple je.Sekarang air panas mudah boleh ambil melalui penapis air yang memang ada di rumah.
Ads
2. Ambil air panas, tuang dan sukar ikut kuantiti yang diperlukan macam biasa.
3.Tutup periuk tekan start, nasi akan masak dengan lebih cepat. 5 minit dah masak.
Menurut kajian yang di buat baru-baru ini, didapati Rakyat Malaysia tidak memiliki baki wang untuk dibuat simpanan selepas terpaksa membayar pelbagai bil, pinjaman dan cukai.
Menurut pakar ekonomi, Datuk Chua Tia Guan kebanyakan rakyat di negara ini berbelanja melebihi pendapatan. Mereka hanya mampu mengawal perbelanjaan untuk kegunaan tempoh yang singkat, maka sebab itulah tidak mempunyai wang lebih bagi tujuan simpanan. Dan beliau mencadangkan golongan pekerja perlu berusaha dengan lebih gigih, termasuk meningkatkan skil kemahiran, ilmu pengetahuan dan mengubah sikap cara kerja bagi memperoleh pendapatan yang lebih tinggi.
Jadi disebabkan kajian ini, apa kata kita belajar untuk tidak boros dan elak menjadi pokai.
Untuk mengatakan tidak perlu dalam kehidupan realiti memang sukar namun memiliki hanya sekeping kad kredit. Gunakan ketika benar-benar perlu sahaja membantu bajet bulanan kamu. Elakkan berbelanja runcit dengan kad kredit kerana nafsu membeli sukar dikawal.
Sebelum beli, bandingkan dulu harga. Mungkin item yang sama tetapi harganya tidak sama di tempat yang lain-lain. Harus jadi pembeli dan pengguna bijak mulai sekarang.
Jangan sesekali membazir petrol kereta atau motosikal kamu tanpa keperluan dan tujuan. Paling bijak ialah menggunakan kenderaan kamu untuk menyelesaikan dua tiga urusan pada sesuatu masa. Andai mudah, guna kenderaan awam seperti bas, LRT dan Monorail. Jika rumah kamu sukar mendapatkan perkhidmatan ini, cubalah untuk berkongsi kereta dengan rakan.
Andai kamu tinggal di rumah bujang, memasak di rumah adalah yang terbaik. Selain berjimat, kamu juga dapat mengasah skill memasak kamu
Boleh saja kamu kawal perbelanjaan kamu mengikut bajet harian. Contohnya, hari ini aku tak boleh spend lebih daripada RM50. Maka, lebihan duit itu boleh dibawa ke hari yang kemudian.
Bosan dengan baju yang sama? Ini bukan alasan untuk anda bershopping ya. Kamu perlu bijak mix & match sesuatu pakaian. Tidak semestinya anda bergaya dengan suit yang sama sahaja. Latih diri untuk menjadi sedikit kreatif dengan memadankan baju lama dengan yang baru.
Buat apa nak spend duit untuk produk yang belum tentu buat kamu ‘cantik. Sebaiknya, bersenam dan amalkan gaya hidup sihat. Let’s the beauty come naturally.
Jangan menghabiskan wang kamu untuk membeli alat senaman yang mahal. Sesekali gunalah apa yang ada di sekeliling kamu seperti bangku, meja dan sebagainya. Apa yang penting adalah semangat dan disiplin kamu untuk sihat.
Cuba kurangkan aktiviti seperti tengok wayang, berkaraoke atau bermain boling. Mungkin aktiviti ini akan jadi lebih seronok andai dilakukan sekali-sekala.
Tak perlu pun bayar mahal-mahal untuk lepak di kafe hispter atau tempat yang grand, pilih tempat yang best tapi harga menu makan pun murah dan berbaloi-baloi.
Tak salah pun nak pergi bercuti, tapi rancanglah perjalanan kamu agar tidak ‘overspend’ sepanjang perjalanan nanti.
Jadi dah tahu cara dan tip ini harap anda boleh la praktikkan. Selamat mencuba!
Sumber- Sinar Harian Online
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kalau tiada mimpi, memang susah hendak memulakan sesuatu. Apa juga yang kita lakukan tanpa mimpi dan matlamat yang jelas, kita kabur dan tiada fokus padanya. Usah terikut-ikut kata orang, lakukan mengikut kata hati, barulah anda akan menjumpai jalan kejayaan yang anda sendiri tidak pernah jangkakan.
“Saya mendapat pendidikan dari Putra Intelek International College dalam bidang Pengurusan Risiko, buat masa ini saya menjalankan perniagaan berasaskan makanan sihat iaitu fokus pada bahagian produk minuman kesihatan untuk lelaki dan perempuan.
“ Bagi saya setiap insan berhak mendapatkan kehidupan yang sihat dan bahagia, melihat keperluan itu saya dan rakan kongsi terpanggil untuk menghasilkan produk yang boleh dinikmati segenap lapisan masyarakat. Tujuannya hanya satu iaitu untuk kekal sihat dan cergas sepanjang hari. Dari situ kami mengeluarkan GoodMan Coffee khusus memberi tenaga seharian untuk mereka yang bekerja.
“Mengandungi herba dan serbuk kopi asli yang sangat berkhasiat yang didatangkan dari teknologi sains nutrisi juga hasil hutan alam semula jadi. Ramuan ini memberi kebaikan untuk sistem tubuh luar dan dalaman serta meningkatkan sistem daya tahan tubuh manusia.”
SUPLEMEN UNTUK SIHAT
Berkongsi mengenai penjagaan kesihatan dengan pengamalan diet menggunakan suplemen, apa pula pendapat anda mengenai perihal ini?
“Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif, seperti vitamin C, bagus untuk kulit serta vitamin E, asid amino, zink dan sebagainya. Makanan tambahan seperti itu yang kita perlukan dan diambil setiap hari untuk memestikan tubuh sihat dan kekal bertenaga. Cara pengambilan adalah bergantung kepada pengguna, sama ada melalui minuman atau kapsul.
“Sekiranya seseorang ingin memilih makanan tambahan untuk diri sendiri, individu tersebut perlu pastikan kenapa dia perlu mengambil makanan tambahan tersebut dan kepentingan suplemen tersebut kepada kesihatannya. Kita perlu tahu adakah penting suplemen tersebut untuk kita amalkan. Kita perlu ingat makanan tambahan tidak akan menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi ia hanya membantu mengekalkan kesihatan.
Suplemen ini semua adalah untuk memaksimakan pertumbuhan otot-otot anda. Saya juga ada mengamalkan Whey protein dalam diet seharian saya. Whey protein ini merupakan bahan yang kaya dengan protein dan rangkaian amino asid yang lebih baik daripada putih telur. Diasaskan daripada product low fat diary sememangnya popular dalam kalangan yang selalu bersenam bagi menaikkan kadar metabolisme, sistem imun, pemulihan otot-otot dan banyak lagi dan tidak semestinya untuk weight training sahaja.”
IKUTI KISAH LEBIH LANJUT DI DALAM MAJALAH MASKULIN EDISI MEI 2018
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Antara ilmu atau kebolehan yang berbaloi untuk dipelajari oleh kaum lelaki adalah seni mempertahankan diri.
Bagi bekas jaguh silat negara Al Jufferi Jamari, 32, ilmu mempertahankan diri mampu menjadi ‘senjata’ di saat senjata fizikal sudah tidak berguna lagi.
“Apabila pisau dah tiada, senjata dah tiada, semua dah tiada, tangan kosong dan akal fikiran kita ini lah yang kena ada menjadi senjata,” kata Al Jufferi ketika ditemui Maskulin.
“Tapi nak menjadikan ia senjata itu, macam mana? Pelajarilah seni mempertahankan diri”.
Ilmu itu juga merupakan persediaan yang penting sebelum seseorang ditimpa musibah, tambahnya.
Walaupun Al Jufferi seorang pengamal ilmu persilatan, namun baginya sebarang jenis ilmu membela diri juga membawa manfaat yang setara walaupun berbeza teknik.
Baginya, golongan lelaki khususnya wajib mempunyai ilmu mempertahankan diri.
“Kita kena pertahankan maruah keluarga kita, diri kita. Kalau yang mana dah berkahwin, mesti mempertahankan isteri dan anak-anak,” tambahnya.
Bukan sekadar mengajar cara bertempur, namun seni bela diri turut membentuk jati diri, disiplin, adab serta kesopanan seseorang, ulasnya lanjut.
Mula mempelajari ilmu persilatan seawal usia 12 tahun, Al Jufferi mengakui pentingnya untuk mempelajari seni bela diri seawal usia kerana golongan dewasa sedikit sukar untuk dilatih.
“Kalau untuk yang macam umur 18, 20an lah senang cerita, mereka agak lambat sikit,” jelasnya.
Namun dengan minat dan semangat yang tinggi, tidak mustahil untuk melenturkan mereka, tambahnya lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang