Gaya Hidup

5 Periuk Nasi Bajet Bawah RM100

Share

Sharp KSH211

Terbaik untuk merebus telur dan kegunaan student

Sharp KSH211 sesuai untuk pelajar berasrama dan pelajar universiti. Ia  boleh memasak secara automatik dan mempunyai fungsi kekal panas bertujuan untuk mengekalkan nasi yang telah di nanak daripada cepat basi. Tambahan pula, mini rice cooker ini mampu merebus telur di dalamnya dan mempunyai dua pemegang ditepi bertujuan untuk mudahkan pengguna mengangkat dan memindahkannya.

 

Khind BPS07

Rice cooker mini watt kecil – terbaik untuk memasak bubur

Khind BPS07 merupakan rice cooker yang kurang menggunakan tenaga elektrik untuk menanak nasi,mengukus dan memasak bubur. Ia mempunyai tapak berkualiti tinggi di mana pemindahan haba lebih efektif,tahan lasak dan menjaga  nutrisi makanan yang dimasak. Oleh itu,rice cooker mini ini  dicipta khas untuk memasak bubur. Tambahan pula periuk dalam yang diperbuat daripada seramik memudahkan tugas pencucian.

 

Khind RC903

Rice cooker mini 0.3 liter terbaik

Khind RC903 mempunyai bentuk yang ringkas dan fungsinya yang mudah digunakan. Pengguna hanya perlu masukkan 2 cawan beras dan air kemudian tekan butang cooking, selepas beberapa minit anda sudah boleh menikmati nasi hidangan individual anda tanpa kerak.

 

Panasonic SR-E10A

Rice cooker mini 1 liter terbaik

Panasonic SR-E10A merupakan rice cooker mini 1 liter terbaik kerana mempunyai fius terma. Fius terma akan terputus apabila suhu dalam keadaan lampau untuk mengelakkan kebakan atau litar pintas. Hal ini dapat menjaminkan keselamatan pengguna ketika menanak nasi. Tambahan pula, periuk dalaman  mempunyai salutan aluminium menjadikan periuknya lebih tahan lasak dan pemindahan haba yang lebih baik.

 

ELBA Rice Cooker ERC-D1233

Rice cooker mini portable terbaik untuk travel

ELBA Rice Cooker ERC-D1233 mempunyai satu pemegang di atasnya memudahkan pengguna untuk membawanya ke mana sahaja. Rice cooker ini boleh dibawa bersama ketika travel malah boleh dibawa bersama untuk ke luar negara. Periuk dalamannya yang mudah dipisahkan dan permukaan periuknya yang anti-lekat menjadikan tugas mencuci lebih mudah dan lebih cepat.

OLEH : HANIS

SUMBER : productnation.com

IKLAN