5 Potongan Rambut Elak Rambut Lelaki Nampak Nipis

Share

Rambut nipis bukan saja menyebabkan seseorang buntu untuk mencari penyelesaian, tetapi hilang keyakinan diri apabila berdepan khalayak. Malah, masalah itu adakalanya memaksa seseorang menyembunyikan kekurangan diri dengan memakai topi.

POTONGAN PIXIE

Mereka yang berambut nipis boleh mencuba potongan ‘pixie’ yang sememangnya popular termasuk dalam kalangan selebriti terkenal. Potongan rambut ini bukan saja universal untuk lelaki mahupun perempuan, tetapi istimewa kerana menyerlahkan keremajaan seseorang. Ia juga membuatkan anda nampak lebih kemas dan mereka yang malas menyimpan rambut panjang boleh mencuba potongan ini.

RAMBUT BANGS

Cuba alihkan perhatian individu sekeliling terhadap rambut anda yang nipis dengan potongan bangs. Gunakan sikat, seterika atau pengering bagi memberi ‘volume’ pada rambut anda. Meskipun potongan bangs bukan trend terkini, ia masih relevan sehingga ke hari ini!

BOTAK

Potongan askar ini antara pilihan untuk lelaki berambut nipis namun ia tidak bermakna anda boleh mengabaikan penjagaan rambut. Sama saja rutin penjagaannya cuma anda tidak berlu bersiap lama untuk ke kuliah atau tempat kerja. Anda juga boleh berjimat kerana tidak perlu membeli gel rambut atau ‘wax’! Bagi lelaki yang tidak sesuai dengan gaya ini, mereka setuju 100 peratus dengan kenyataan itu. Ini kerana tidak semua lelaki sesuai berkepala botak namun ada juga yang kelihatan kacak dengan gaya berkenaan. Namun, bagi lelaki yang tidak sesuai dengan gaya botak pasti akan meraung apabila dibotakkan kerana kekacakan mereka musnah sekelip mata.

SIMPAN JANGGUT DAN MISAI

Memandangkan anda berambut nipis, cuba simpan janggut dan misai ala hipster yang kian menjadi trend masa kini. Namun, pastikan misai dan janggut itu sentiasa dijaga rapi supaya nampak kemas dan tidak serabut. Selain menutup kekurangan diri, misai dan janggut juga menonjolkan imej yang lebih maskulin!

Gaya Undercut

Gaya James Darmody di Broadwalk Empire ini boleh dikatakan amat popular dalam kalangan remaja kini dan sesuai digayakan ke mana saja. Potongan pendek di bahagian belakang juga tepi dan bahagian rambut atas yang sedikit panjang disikat ke belakang menggunakan gel rambut pastinya membawa penampilan yang rapi dan luar biasa untuk anda.

IKLAN