Sneakers putih adalah antara jenis kasut yang wajib dimiliki oleh setiap lelaki moden. Bukan sahaja versatil, malah ia mampu menaikkan gaya penampilan tanpa perlu berusaha keras. Namun begitu, untuk menyerlahkan sepenuhnya potensi sneakers putih, pemilihan padanan pakaian yang tepat sangat penting agar gaya keseluruhan tampak seimbang dan tidak tenggelam.
Sebagai pelengkap gaya, sneakers putih berfungsi sebagai asas neutral yang boleh dipadankan dengan pelbagai warna dan potongan pakaian.
Sama ada anda ingin tampil kasual, smart casual atau streetwear, sneakers putih sentiasa menjadi pilihan selamat yang tetap bergaya. Bagi MASKULIN, tidak lengkap gaya seorang lelaki tanpa sekurang-kurangnya sepasang sneakers putih dalam rak kasutnya.
Untuk gaya paling mudah dan santai, padankan sahaja sneakers putih daripada material kanvas dengan seluar pendek. Ia bukan sahaja praktikal untuk cuaca tropika, malah memberi sentuhan effortless style yang segar dan maskulin. Jika anda masih keliru cara terbaik menggayakan sneakers putih, teruskan membaca kerana MASKULIN kongsikan beberapa tip mudah yang boleh anda jadikan rujukan.
SELUAR PENDEK
Shorts adalah antara pilihan yang paling mudah untuk padanan dengan kasut putih. Namun kadangkala ia juga agak sukar untuk diserlahkan untuk nampak menarik. Apa penyebabnya?
Ads
Pilihan kasut terutamanya sneakers yang baik menjadi peranan penting. Untuk dipadankan dengan shorts pilihlah sneakers putih yang dipakai dengan stoking tidak kelihatan dan jenis low-cut.
JEAN HITAM
Padanan hitam dan putih sememangnya sejak zaman-berzaman menjadi pilihan ramai. Umpana ‘ying dan yang’ kedua warna kontras ini saling melengkapi. Seluar jean yang hitam boleh dipadankan dengan kasut putih bagi menyerlahkan ketinggian pemakainya.
Padanan warna monokrom ini juga boleh digayakan pada waktu siang dan malam. Dan ia adalah padanan sempurna untuk majlis santai.
Penggayaan yang agak sukar untuk digayakan namun jika kena caranya pasti ramai yang cemburu dengan penampilan anda. Gaya yang diinspirasikan dari budaya sub Amerika moden ini menyerlahkan sisi anda yang lebih relaks dan out going.
Seluar chinos dengan potongan jogger merupakan antara padanan sesuai dengan kasut putih. Untuk nampak lebih serius, pakailah jaket atau hoodie untuk persona lebih urban.
SELUAR JEAN SKINNY
Antara gaya potongan seluar yang masih relevan hingga kini. Namun biarlah sesuai dengan bentuk jenis badan anda agar tidak kelihatan pelik menggayakan jean potongan ini. Serlahkan gaya ‘rebel’ atau punk rock dengan skinny jeans yang dipadankan dengan sneakers putih.
Ads
Jika ingin nampak lebih sofistikated, pemilihan jaket denim atau kulit mampu menyerlahkan sisi maskulin anda.
PADANAN DENGAN SUT
Ia seakan padanan dari duan dunia berbeza. Namun percaya atau tidak padanan sut bersama sneakers putih boleh menjadi gaya yang cukup menarik.
Untuk ke majlis formal yang lebih santai anda boleh memilih sut dua butang dengan potongan slim dipadankan dengan sneakers low cut putih bersih. Material kasut dari kulit juga amat sesuai bagi imej lebih premium.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sejak dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Syed Saddiq sering menjadi perhatian netizen, setiap tingkah lakunya di perkatakan. Terbaru ketika Sidang Dewan Rakyat di parlimen dilangsungkan buat kali pertama baru-baru ini, Menteri termuda ini menarik perhatian ramai lagi dengan sut yang digayakannya.
Sut Syed Saddiq Jadi Perhatian
Hadir ke Parlimen dengan memakai sut beige dan kemeja berwarna merah hati, ternyata persalinan tersebut kelihatan lain dari yang lain apatah lagi tali leher yang dipakainya adalah daripada Royal Malaysia College (RMC), sebagai tanda berbangga dengan tempat beliau menuntut ilmu suatu ketika dahulu.
Lazimnya kita akan melihat pakaian ahli parlimen ketika mereka bersidang adalah sesuatu yang formal dan pakaian mereka kebanyakkannya terdiri daripada persalinan sut hitam mahupun berwarna biru gelap. Hal ini menyebabkan ramai netizen mengecam tindakan Syed Saddiq memakai sut tersebut.
Menyifatkannya tidak sesuai dan tidak kelihatan formal, guru imej yang dikenali sebagai Mary Anni tampil membuat ulasan dan analisa mengenai pakaian Saddiq di laman faceboknya agar kita semua boleh mempelajari sesuatu yang baik daripadanya.
Sut Beige
Warna Sut yang Lebih Tepat
Warna Kemeja Dark Maroon
Warna Kemeja Yang Tepat
Tali Leher
Pilihan Warna Sut Yang Betul
Kesimpulannya
Namun begitu, Mary pada akhir analisa nya memberitahu bukanlah niatnya untuk menjatuhkan imej Saddiq, sebaliknya sekadar berkongsi pengalaman dan tips untuk mereka diluar sana mengambil contoh cara berpakaian yang betul dan mengikut aturan untuk memahami etika dalam penampilan profesional.
Walaupun kemeja sinonim dengan lelaki, namun untuk memilih kemeja yang sesuai dengan gaya dan bentuk badan bukanlah perkara mudah.
Membeli kemeja dengan ukuran yang salah bukan sahaja boleh merosakkan gaya, tetapi menyebabkan kemeja tidak terletak kemas pada tubuh badan.
Memandangkan setiap orang memiliki bentuk tubuh dan personaliti yang berbeza-beza, jadi elak beli kemeja bersandarkan jenama, jenis, warna atau harga semata-mata.
Apa yang penting, fokuslah pada pembelian kemeja yang boleh memberikan anda rasa selesa ketika menyarungkannya.
Oleh itu sebelum membeli kemeja, semak dahulu perkara penting ini agar anda tidak tersalah memilih.
1. Beli kemeja sesuai dengan tubuh badan
Pemilihan saiz yang betul penting sebelum anda merancang untuk membeli sehelai kemeja. Pastikan saiz anda dahulu sama ada dalam kategori kurus, gemuk atau bertubuh sederhana. Belilah kemeja yang sepadan, tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil pada ukuran badan anda. Memilih kemeja yang tepat akan menampakkan penampilan anda lebih kemas dan terletak dengan ukuran badan.
2. Pilih jenis fabrik yang selesa
Fabrik daripada kapas selalunya menjadi pilihan untuk kemeja formal kerana ia akan membuatkan anda rasa selesa walaupun dipakai ketika cuaca panas. Selain jenis fabrik, pemilihan kain yang lembut dan anti-kedut juga penting. Misalnya kemeja berkain satin lebih sesuai untuk majlis makan malam. Untuk anda yang mempunyai aktiviti yang padat, pilihlah kemeja daripada fabrik yang kurang panas agar anda tidak mudah berpeluh. Apabila anda mengetahui jenis-jenis fabrik, secara tidak langsung ia akan memudahkan anda untuk membuat pilihan yang betul sesuai dengan gaya hidup anda.
3. Sesuaikan warna kemeja dengan warna kulit
Apa yang penting, belilah warna kemeja sesuai dengan warna kulit dan rambut anda. Warna kemeja yang lembut atau pastel merupakan pilihan terbaik untuk pemakaian formal. Ini kerana warna sebegini lebih formal berbanding warna terang yang lebih sesuai untuk pemakaian kasual.
4. Pemilihan kolar juga penting
Kolar merupakan bahagian perincian kemeja yang sangat penting kerana ia boleh menyerlahkan wajah seseorang. Lelaki berwajah kecil perlu elak memakai kolar lebar kerana kolar saiz sebegini akan menenggelamkan wajah anda. Manakala lelaki bewajah lebar pula perlu mengelak daripada memakai kolar ‘narrow’ yang boleh menampakkan wajah lebih besar. Biasanya saiz kolar kemeja adalah antara 14, 14 ½, 15 dan 16 inci. Saiz kolar yang sesuai bergantung pada dimensi di bawah halkum.
5. Cari corak kemeja yang sesuai
Corak kemeja akan memberi ilusi pada tubuh, jadi pastikan anda tidak tersalah memilih. Lelaki bertubuh besar seeloknya memilih kemeja dengan motif garis vertikal agar tubuh nampak lebih kurus. Jika anda bertubuh kecil, pilihlah kemeja dengan motif garis horizontal.
6. Kenali jenis manset (cuff)
Penting untuk anda tahu manset atau cuff pada sehelai kemeja. Terdapat dua jenis cuff yang biasa dipakai iaitu French Cuff dan Barrel Cuff. Bagi kemeja French Cuff, memerlukan anda menggunakan kafling pelbagai bentuk yang dimasukkan ke dalam lubang butang pada pergelangan lengan kemeja. Manakala Barrel Cuff pula diletakkan butang pada pergelangan lengan kemeja. Kemeja jenis ini yang paling biasa dipakai untuk ke pejabat.
Bukan mudah untuk melupakan seseorang. Tambahan lagi apabila anda sering keluar dengan si dia dan sudah memperkenalkan dia dengan keluarga anda. Bercinta ni memang sweet, masa sayang semua nampak indah, namun segala-galanya suram setelah putus.
Fakta menunjukkan lelaki ni paling lambat terkesan apabila status kembali single. Mereka akan mula terkesan setelah tempoh beberapa bulan perpiasahan, dan pada ketika itu, anda sudah terlambat. Wanita yang anda tinggalkan atau ditinggalkan itu sudah memulakan hidup baru dan lebih bahagia tanpa anda. Pada akhirnya, lelaki akan terus tidak keruan dan akan dibayangi dengan masa lalu. Antara punca mengapa anda tidak boleh teruskan kehidupan adalah dari perkara-perkara lepas. Ini antara perkara yang boleh anda lakukan untuk melupakan si dia:
Maafkan segala kesilapan mereka
Bukan mudah untuk anda melupakan segala kata-kata kesat dan perangai pasangan anda. Lelaki ni jenis, diam-diam bahaya. Mungkin anda seorang yang tidak begitu sensitif, namun jika pasangan anda mencuit kemarahan anda dengan perkara-perkara yang anda tidak suka, pasti meletus seperti gunung berapi kan? Maafkan mereka merupa satu cara untuk anda move on.
Lihat kembali kesilapan lama anda
Adakalanya anda sudah berubah untuk lebih serius dengan pasangan anda. Dah tak nak main-main dah. She’s the one! Tapi, anda dikejutkan dengan si dia curang atau putuskan hubungan tanpa sebab. Lihat balik kesilapan lama anda, mungkin anda pernah lakukan perkara yang sama ketika anda bersama orang lain? Cari mereka dan minta maaf. Percayalah, anda akan lebih tenang.
Jangan cari pengganti dalam masa terdekat
Mungkin ada diantara anda yang tak boleh hidup single. Setiap kali putus, pasti akan cari yang baru. Beri ruang pada diri sendiri. Jangan jadikan pasangan baru anda ‘rebound’ untuk lupakan si dia. Anda pasti tidak mahu kecewakan orang lain bukan? Sayangi diri anda terlebih dahulu, baru sayang orang lain.
Sibukkan diri anda
Ini cara paling mudah. Jika selepas waktu pejabat anda akan luangkan masa dengan dia, kini anda boleh sibukkan diri dengan pergi ke gym, atau lepak bersama rakan-rakan anda. Cari hobi baru seperti hiking atau sertai Marathon pada hujung minggu.
Luangkan masa dengan keluarga
Mungkin ketika anda bersama dengan si dia, anda abaikan keluarga anda. kalau setahun sekali balik kampung tu, rajin-rajinlah balik jumpa keluarga anda. Inilah masanya anda meluangkan masa bersama orang tua anda. Jika kampung anda jauh, baliklah pada hujung minggu. Keluarga ni ibarat air yang dicincang tak akan putus. Pasangan anda tu bersifat sementara.
Buang segala kenangan lama anda dengan si dia
Tak semua lelaki tabah bila berhadapan dengan cinta. Jika anda seorang yang setia dan cinta mati pada jodoh tak jadi anda tu, sudah tiba masanya anda delete semua kenangan dengan si dia. Kalau perlu, block dan unfollow si dia. Bukan niat untuk putuskan Silaturahim, tapi ini salah satu cara. Ala, nanti bila dah moved on, anda boleh unblock dan follow kembali bekas pasangan anda. Ingat, jangan sebab cinta anda tak kesampaian, anda bermusuh sampai ke sudah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.