Ads

STING Hidupkan Kemeriahan F1 Di Sepang, Lebih 100,000 Peminat Raikan Bahrain Grand Prix 2026

STING

Sembilan tahun selepas deruman Formula 1 kali terakhir bergema di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), suasana yang cukup dirindui itu akhirnya kembali.

Bezanya, kali ini bukan Malaysian Grand Prix yang berlangsung di Sepang. Sebaliknya, Malaysia menjadi pentas kepada Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026, sebuah perlumbaan bersejarah yang menyaksikan Grand Prix Bahrain dibawa ke Sepang.

STING Hidupkan Kemeriahan F1 Di Sepang, Lebih 100,000 Peminat Raikan Bahrain Grand Prix 2026
Foto: Formula 1

MASKULIN turut berada di SIC pada race day untuk menyaksikan sendiri momen tersebut. Dan sejak memasuki kawasan litar, satu perkara cukup jelas: peminat Malaysia memang benar-benar merindui Formula 1.

Sebanyak 103,000 penonton hadir pada hari perlumbaan, manakala keseluruhan hujung minggu mencatat 261,000 kehadiran, rekod tertinggi dalam sejarah SIC.

Sepang Kembali Hidup

Bagi mereka yang pernah merasai era Malaysian Grand Prix sebelum ia berakhir pada 2017, suasana itu membawa nostalgia tersendiri.

Jersi pasukan, topi pelumba, bendera dari pelbagai negara dan bunyi enjin memenuhi setiap sudut litar. Bukan hanya peminat tempatan, malah kehadiran komuniti antarabangsa menunjukkan betapa Sepang masih mempunyai tempat istimewa dalam kalendar imaginasi peminat F1.

Di media sosial juga, ramai peminat antarabangsa menyuarakan kerinduan terhadap karakter Sepang yang terkenal dengan kombinasi selekoh teknikal, laluan lurus panjang serta cuaca tropika yang sukar dijangka.

Dan Sepang tidak mengecewakan.

Hujan lebat menyebabkan permulaan perlumbaan ditangguhkan sebelum saingan berlangsung dalam keadaan trek yang mencabar, sekali gus memberikan aksi yang cukup dramatik sepanjang perlumbaan.

Verstappen Kembali Menang Di Sepang

Max Verstappen akhirnya muncul pemenang selepas menamatkan perlumbaan dalam masa 1:47:14.808, sekali gus meraih kemenangan pertamanya musim 2026.

Pelumba Mercedes, Kimi Antonelli, menduduki tempat kedua, hanya 2.307 saat di belakang Verstappen, manakala Lewis Hamilton bersama Ferrari melengkapkan podium di tempat ketiga.

STING Hidupkan Kemeriahan F1 Di Sepang, Lebih 100,000 Peminat Raikan Bahrain Grand Prix 2026
Foto: BERNAMA

Menariknya, Verstappen juga merupakan pemenang perlumbaan Formula 1 terakhir yang berlangsung di Sepang pada 2017. Sembilan tahun kemudian, dia kembali berdiri di tangga tertinggi podium di litar sama, cuma kali ini di bawah nama Bahrain Grand Prix.

STING Bawa Pengalaman F1 Lebih Dekat Kepada Peminat

Kepulangan F1 turut menjadi pentas buat STING Energy Boost membawa kerjasama globalnya bersama Formula 1 ke Malaysia buat kali pertama.

Ads

Sebagai Rakan Rasmi Formula 1, STING memperkenalkan kempen “F1 Sounds Like STING”, dengan pelbagai aktiviti yang menghubungkan peminat kepada suasana perlumbaan sebelum dan sepanjang hujung minggu di Sepang.

STING Hidupkan Kemeriahan F1 Di Sepang, Lebih 100,000 Peminat Raikan Bahrain Grand Prix 2026

STING Hidupkan Kemeriahan F1 Di Sepang, Lebih 100,000 Peminat Raikan Bahrain Grand Prix 2026

Pengurus Besar Malaysia, Filipina dan Singapura PepsiCo, Aditya Sheoran, berkata, “Formula 1 merupakan antara pentas sukan terbesar di dunia, dan kerjasama ini membuka peluang menarik untuk STING mendekati pengguna menerusi sesuatu yang sememangnya menjadi minat mereka.

“Bagi Malaysia, kerjasama ini amat bermakna kerana ia menandakan kali pertama STING hadir dengan aktivasi Formula 1 berskala besar di negara ini. Kami ingin membawa skala kerjasama global ini ke peringkat tempatan menerusi pengalaman yang boleh dinikmati oleh para peminat, sambil terus menyemarakkan keterujaan terhadap Formula 1 di Malaysia dan Singapura,” tambahnya lagi.

Antara aktiviti yang diketengahkan ialah permainan Sting Speed Rush, cabaran tarian berinspirasikan lagu STING bersama Alan Walker serta pertandingan “Longest STINGGGGGG” yang menawarkan tiket perlumbaan kepada peminat.

STING Hidupkan Kemeriahan F1 Di Sepang, Lebih 100,000 Peminat Raikan Bahrain Grand Prix 2026

STING Hidupkan Kemeriahan F1 Di Sepang, Lebih 100,000 Peminat Raikan Bahrain Grand Prix 2026
Pengunjung yang menyahut cabaran “Longest STINGGGGGG” untuk memenangi menarik.

Di SIC sendiri, STING dan rangkaian produk PepsiCo turut tersedia sepanjang hujung minggu perlumbaan.

Menurut Ketua Francais Malaysia dan Singapura PepsiCo, Joy Goh, “Sebagai Rakan Rasmi Formula 1, kami ingin memberi para peminat peluang untuk merasai sendiri pengalaman daripada kerjasama bertaraf global ini, dengan memastikan produk kami mudah didapati di mana sahaja mereka mengikuti perlumbaan.

Ads

“Menerusi sokongan rakan F&B dan vendor kami di Litar Antarabangsa Sepang, para peminat boleh menikmati STING serta jenama PepsiCo yang lain sepanjang hujung minggu perlumbaan.

“Inisiatif ini turut membuka peluang untuk kami memperkukuh kehadiran STING di litar, sambil membantu rakan niaga kami menyediakan pengalaman yang lebih menarik buat para pengunjung,” jelasnya lagi.

STING Hidupkan Kemeriahan F1 Di Sepang, Lebih 100,000 Peminat Raikan Bahrain Grand Prix 2026

STING Hidupkan Kemeriahan F1 Di Sepang, Lebih 100,000 Peminat Raikan Bahrain Grand Prix 2026
Reruai STING menjadi salah satu tarikan paling popular sepanjang Formula 1 Bahrain in Malaysia

Ketua Pemasaran Malaysia dan Singapura PepsiCo, Jennifer Lee, pula melihat kempen itu sebagai cara memanjangkan keterujaan F1 di luar hari perlumbaan.

“Formula 1 sememangnya membawa tenaga yang luar biasa ke Malaysia, dan kami mahu STING menjadi sebahagian daripada debaran itu.

“Menerusi ‘F1 Sounds Like STING’, kami melancarkan kempen yang meraikan bunyi, kelajuan dan momen spontan yang menjadi sebahagian daripada keterujaan peminat sepanjang hujung minggu perlumbaan.

“Daripada cabaran ‘Longest STINGGGGGG’ hinggalah pengalaman yang direka untuk menaikkan semangat peminat sebelum mereka tiba di Sepang, kami mahu memastikan kemeriahan Formula 1 terus dirasai sepanjang musim, bukan hanya pada hari perlumbaan.”

STING Hidupkan Kemeriahan F1 Di Sepang, Lebih 100,000 Peminat Raikan Bahrain Grand Prix 2026

Ads

 

Lebih Daripada Sebuah Perlumbaan

Apa yang berlaku di Sepang hujung minggu itu terasa lebih besar daripada keputusan siapa menaiki podium.

Bagi rakyat Malaysia, ia menjadi peluang merasai kembali suasana yang sudah sembilan tahun hilang. Bagi peminat antarabangsa pula, perlumbaan ini seakan mengingatkan kembali mengapa Sepang pernah dianggap antara litar yang mempunyai karakter tersendiri dalam Formula 1.

Rekod 261,000 penonton sepanjang hujung minggu, termasuk 103,000 pada hari perlumbaan, cukup menggambarkan betapa besarnya kerinduan itu.

BACA: Lelaki Ini Lari Maraton Berlin Dengan Crocs, Catat Masa Sekitar 2 Jam 30 Minit

Adakah Formula 1 akan kembali lagi ke Sepang selepas ini?

Tiada siapa tahu.

Namun apa yang pasti, Bahrain Grand Prix 2026 di Malaysia telah meninggalkan satu memori luar biasa. Daripada hujan, sorakan puluhan ribu peminat, aksi Verstappen, Antonelli dan Hamilton hinggalah suasana di grandstand, ia menjadi satu hujung minggu yang sukar dilupakan.

Dan bagi MASKULIN yang berada di sana menyaksikannya sendiri, satu perkara terasa cukup jelas ketika meninggalkan Sepang:

Malaysia masih cintakan Formula 1.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads