Ads

Sekali Lafaz, Bella Astillah & Syed Saddiq Sah Bergelar Suami Isteri Di Merdeka 118

syed saddiq

Selepas enam bulan mengikat tali pertunangan, Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung pada pagi 10 Oktober 2026.

Dengan sekali lafaz, Ahli Parlimen Muar itu selamat dinikahkan dengan Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah dalam majlis yang berlangsung di Presint Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Majlis bermula pada jam 9 pagi semalam dan turut mencatat sejarah tersendiri apabila pasangan itu menjadi pasangan pertama yang diijabkabulkan di Presint Merdeka 118, salah satu mercu tanda ikonik negara.

Sekali Lafaz, Bella Astillah & Syed Saddiq Sah Bergelar Suami Isteri Di Merdeka 118

Berlangsung di aras 118 dengan panorama Kuala Lumpur sebagai latar, detik istimewa itu bukan sahaja disaksikan ahli keluarga dan tetamu jemputan, malah turut disiarkan secara langsung menerusi beberapa platform Astro.

Sekali Lafaz, Bella Astillah & Syed Saddiq Sah Bergelar Suami Isteri Di Merdeka 118

Majlis Serba Putih Berkonsepkan Islamic Arabic

Majlis pernikahan berlangsung dalam suasana serba putih dengan konsep Islamic Arabic, dihadiri seramai 255 tetamu jemputan terdiri daripada keluarga, sahabat, rakan industri serta beberapa tetamu kehormat.

Antara yang hadir ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Seri Nancy Shukri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, Tun Musa Hitam, Hannah Yeoh, Khairy Jamaluddin serta beberapa lagi tetamu dari dalam dan luar negara.

Sekali Lafaz, Bella Astillah & Syed Saddiq Sah Bergelar Suami Isteri Di Merdeka 118

Ads

Bella dan Syed Saddiq pula tampil dalam busana pernikahan rekaan Zaimi Zulkafli, melengkapkan tema majlis yang elegan dan minimalis.

Mas Kahwin RM500, Hantaran Penuh Makna

Pasangan itu dinikahkan oleh Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dengan Awang Astillah Abdullah @ Dullah, bapa kepada Bella, bertindak sebagai wali.

Syed Saddiq menyerahkan mas kahwin sebanyak RM500, selain tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki yang dibalas sembilan dulang daripada pihak Bella.

Menariknya, hantaran pasangan itu bukan hanya terdiri daripada barangan tradisional.

Sekali Lafaz, Bella Astillah & Syed Saddiq Sah Bergelar Suami Isteri Di Merdeka 118

Ads

Daripada pihak Syed Saddiq, antara hantaran yang disediakan ialah perlindungan insurans, biasiswa pengajian Sarjana, set gimnasium rumah dan kerusi urut, sebuah basikal, simpanan KWSP i-Simpan serta beg tangan, kasut dan pakej Umrah.

Turut disenaraikan ialah mas kahwin, cincin dan emas hantaran Gunung Kinabalu.

Bella pula membalas dengan sembilan dulang termasuk cincin, kasut, al-Quran dan sejadah, minyak wangi, buku elektronik serta cermin mata, manisan coklat, emas hantaran triatlon dan beg komputer riba.

Antara yang paling mencuri perhatian ialah tiket pertandingan larian ULTRAMAN Australia 2027, satu hantaran yang cukup dekat dengan minat Syed Saddiq terhadap sukan ketahanan.

Detik Bahagia Disiarkan Secara Langsung

Majlis pernikahan pasangan itu turut diberikan liputan secara langsung menerusi Astro Ria, Astro Prima, Astro Awani, Astro 30, Sooka dan Astro GO, selain platform media sosial Astro Gempak, Astro AWANI dan Radio ERA.

Ads

Perjalanan mereka menuju hari pernikahan serta momen di sebalik majlis pula bakal dipaparkan dalam program khas ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, yang disiarkan setiap Selasa pada jam 11 malam di Astro Ria serta boleh distrim menerusi Astro GO dan Sooka.

Sekali Lafaz, Bella Astillah & Syed Saddiq Sah Bergelar Suami Isteri Di Merdeka 118

BACA: 5 Sebab Peminat F1 Sangat Suka Terhadap Litar Antarabangsa Sepang

Selepas menjadi perhatian ramai sepanjang perjalanan hubungan mereka, 10 Oktober 2026 kini menjadi tarikh baharu buat Bella dan Syed Saddiq.

Bukan sekadar kerana mereka akhirnya bergelar suami isteri, tetapi kerana pasangan itu turut mencipta satu kenangan tersendiri sebagai pasangan pertama yang melangsungkan akad nikah di aras tertinggi Presint Merdeka 118.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads