5 Sebab Kenapa Lelaki Kuat Berpeluh Nampak Super Hot & Gagah!

Share

Anda yang kerap berpeluh pasti rimas, tidak selesa dan kurang berkeyakinan bila berhadapan dengan orang ramai. Kawasan leher, bawah lengan, belakang dan dada baju menjadi basah dan berbekas.

Mungkin anda merasakan ia sebagai satu kekurangan. Namun tahulah anda, lelaki kuat berpeluh dianggap super hot dan gagah.

Nak tahu kenapa? Ini 5 alasannya.

1. Mengurangkan risiko batu karang

Berpeluh adalah cara efektif untuk mengeluarkan benda asing seperti garam dan mengekalkan kalsium dalam tulang. Cara ini mengehadkan pengumpulan garam dan kalsium dalam buah pinggang dan air kencing yang membentuk batu karang.

2. Tidak mudah jatuh sakit

Ia dapat melawan kuman seperti tuberculosis dan banyak lagi pathogens merbahaya. Peluh mengandungi cas positif anti-mikrobi yang melawan virus, bakteria dan kulat. Jika anda kerap berpeluh, ini akan menjauhkan anda daripada sakit seperti demam, selsema dan sebagainya.

3. Mendetoks badan

Berpeluh juga salah satu cara efisien untuk mendetoks badan dengan membuang bahan alkohol, kolesterol dan garam, sebagaimana mengeluarkan toksin badan secara semulajadi. Kajian pada tahun 2011 dari jurnal Archives of Environmental and Contamination Toxicology menjumpai banyak elemen toksik dikeluarkan daripada peluh.

4. Antibiotik percuma

Tahukah anda, peluh mempunyai tinggi kandungan antibiotik sama seperti krim anti-bakteria. Jika kulit anda mempunyai sebarang luka atau gigitan serangga, ejen antibiotik dari peluh iaitu dermcidindapat akan mengubati dan melawan jangkitan kuman.

5. Nampak lebih super hot

Lelaki yang berpeluh akan menimbulkan rasa ghairah dalam diri wanita. Lebih-lebih lagi bila lelaki bersukan, peluh yang mengalir dalam tubuh lelaki akan membuatkan lelaki lebih super hot.

Namun tidak semua orang boleh menerima keadaan peluh yang membuatkan badan rasa melekit dan tidak selesa. Nak kurangkan peluh, ini 4 teknik yang anda perlu buat.

  1. Mandi dengan air sejuk. Kaedah ini dapat mengurangkan suhu dalaman badan yang secara tidak langsung memperlahankan pengeluaran peluh.
  2. Kurangkan makanan tinggi garam. Kalenjar peluh akan bekerja dengan lebih kerap jika terdapat lebihan benda asing didalam badan.
  3. Guna produk anti-peluh atau deodoran. Pakai deodoran juga semasa tidur dan selepas mandi.
  4. Buang bulu ketiak secara laser. Bulu ketiak yang lebat menyebabkan bahagian bawah lengan mengeluarkan peluh secara berlebihan. Dapatkan pembuangan bulu secara laser bagi mengurangkan peluh malah ia juga mengatasi masalah bau badan.
IKLAN