5 Step Pembakar Lemak Pantas

Share

Dapatkan tubuh yang menarik dengan senaman  bakar lemak gaya tabata yang terbukti efektif dan mudah untuk dilaksanakan dirumah tanpa menggunakan sebarang peralatan khusus. Senaman ini dapat mempertingkatkan kadar metabolisme tubuh badan agar tubuh dapat membakar lemak dengan lebih pantas.

  1. CLAP PRESS-UP

– Mulakan dengan posisi tekan tubi

– Dengan perlahan, rendahkan tubuh dengan lengan dibengkokkan sehingga 90 darjah

– Tolakkan badan ke atas dengan kuat sehingga terangkat dan tepukkan tangan

– Sediakan tangan untuk bersedia menahan badan ketika badan jatuh ke posisi asal.

– Ulang semula

  1. PRONE SWIMMER

-Mulakan dengan posisi meniarap dan pastikan hujung hidung mencecah lantai

-Tangan diletakkan di posisi 90 darjah di sisi badan dan tahan

-Pastikan bahagian belakang badan tidak melentur

-Tolak kedua-dua tangan kehadapan dan tahan

-Tarik semula tangan ke posisi 90 darjah di sisi badan

  1. SPEED SKATER

-Mulakan dengan posisi berdiri dan kaki kiri dan tangan kanan di tarik ke belakang selari

-Lompat ke arah bertentangan dan kaki kanan dan tangan kiri pula di tarik kebelakang selari

-Ulang semula

  1. PRISONER JUMP SQUAT

-Mulakan dengan posisi kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepala dan buka luas bahagian bawah lengan.

-Pastikan lengan dan kaki dibuka luas dalam keadaan selari dan rendahkan sedikit badan sehingga lutut membengkok

-Lompat kehadapan dan jatuh semula dalam keadaan tubuh direndahkan sehingga lutut membengkok

  1. ALTERNATING REACH PRESS-UP

-Mulakan dengan posisi tekan tubi

-Sebelum merendahkan tubuh, pastikan tangan kanan di tolak keluar dari sisi badan dan tangan kiri rapat ke sisi badan seperti tekan tubi

-Rendahkan badan seperti senaman tekan tubi

-Ulang semula dengan tangan kiri pula di tolak keluar ke sisi badan

 

IKLAN