5 Trik Pakai Baju Kemeja Yang Ramai Orang Tak Tahu, Barulah Kemas!

Share

Baju kemeja bukan hanya dipakai ke pejabat atau majlis formal. Kini ramai yang minat memakai baju kemeja untuk acara santai. Namun ramai yang hanya menyarungkannya saja tanpa mengetahui trik sebenar untuk memakai baju kemeja agar tampak kemas dan berkeyakinan.

Bagi memastikan anda tidak tersilap, jom kami kongsikan 5 trik bagaimana anda boleh kelihatan lebih kemas saat memakai baju kemeja.

1. Pakai singlet warna kelabu di bahagian dalam jika anda ingin memakai baju kemeja putih

Ini kerana, singlet kelabu akan nampak lebih ‘matching’ dengan tona kulit. Berbanding jika anda memakai singlet warna putih di bahagian dalam, bayangan singlet itu nampak lebih jelas dari luar dan ini mencacatkan penampilan.

2. Lipat separuh sebelum melipatnya secara penuh

Agar lipatan pada lengan nampak sempurna dan lebih kemas, pastikan anda lipat dahulu menjadi separuh sebelum melipatnya secara penuh.

3. Tarik lebihan baju di bahagian sisi belakang sebelum ‘tuck ni’ baju kemeja

jika anda ingin masukkan baju ke dalam seluar, pastikan anda tarik lebihan baju di bahagian sisi belakang. Ini penting agar baju lebih kemas, selain mengelakkan baju kemeja anda berkedut dan nampak menggelebeh.

Masih tercari-cari kemeja yang sesuai? Tahu tak selain kasut yang bergaya, Tomaz pun ada pelbagai pilihan kemeja. Boleh check di sini:

4. Baju kemeja panjang untuk ‘tuck in’, baju kemeja pendek untuk ‘tuck out’

Baju kemeja yang bahagian bawahnya panjang direka untuk anda masukkan ia ke dalam seluar, manakala baju kemeja yang bahagian bawahnya pendek direka untuk diletakkan di luar. Pastikan anda tidak tersilap memakainya.

Jika bahagian bawahnya panjang sebegini, pastikan anda masukkan ke dalam seluar
Jika bahagian bawahnya pendek, biarkan sahaja ia di luar seluar

5. Guna ‘collar stays’ untuk kolar yang lebih segak

Ruang kecil di bahagian kolar baju dibuat bertujuan untuk ‘collar stays’ (ruang untuk meletakkan plastik di bahagian kolar). Pastikan anda tidak membuangnya agar bahagian kolar baju kemeja anda kelihatan tegap dan tidak lembik.

Sumber: buzzfeed.com

IKLAN