6 Beg Gym Pilihan Ramai. Mungkin Anda Dah Boleh Tukar Beg Anda Yang Masam Tu Kot

Share

 

Jika anda seorang yang rajin ke gym, kelengkapan seperti air masak, kasut, seluar dan baju yang bersesuaian menjadi perkara utama kepada seseorang. Dimana anda menyimpan semua barang-barang ini? Pasti di dalam beg galas kan? Cuba anda perhatikan beg galas anda tu, mesti berbau dan lusuh kan? Lepas tu, kembung sana, kembung sini. Ini antara beg galas yang sesuai untuk anda bawa ke gym.

 

The All-purpose Duffle 

Duffel ini dari Hurley sesuai untuk sesi latihan gym. Ia mempunyai ruang yang cukup untuk peralatan anda dan bahagian bawah disalut dengan PU 600D akan memastikan barangan anda dilindungi sepanjang masa.

 

The Classic Duffle

Beg Duffle kalis air ini mempunyai tali  pendek dan tali panjang untuk perjalanan tanpa perlu rasa risau. Jadi jika anda penat menggalas bag dengan tangan, anda boleh gantungkan di bahagian bahu.

Ia juga dilengkapi dengan beg drawstring untuk memisahkan pakaian kotor anda. Jadi tak perlu campurkan baju masam anda tu dengan pakaian bersih.

The Upgraded Drawstring

Sekiranya anda gemar pada beg yang boleh disangkutkan ke bahu dan selesa dalam masa yang sama, maka beg Adidas ini yang anda cari. Bag ini kalis air dan ia mempunyai satu zipper dan dua ruang di luar poket untuk penyimpanan tambahan.

The Waterproof Backpack

 

Bag ini sebenarnya bukan saja boleh dibawa untuk ke gym, malah ia boleh di bawa ke mana-mana sahaja. Jika anda tidak tahu apa yang akan terjadi sepanjang anda bersenam seperti cuaca atau kekotoran, maka beg galas under Armor ini menjadi pilihan. Mempunyai poket tricot-lined bermakna barang anda akan tetap kering semasa anda bersenam.

 

The Professional Pack

 

Mungkin ada antara anda yang gemar kepada beg bimbit, bagi mereka, kelengkapan paling penting dan penggunaan ruang dalam kereta anda sangat diutamankan. Maka mungkin anda mahu membeli beg Nike Sport III ini.

 

The Alternative Pouch

Tak nak bawak beg besar ke gym? Malas nak masuk dalam loker, maka mungkin anda memerlukan pouch ini. Ia sangat sesuai untuk anda yang hanya ingin mengisi telefon bimbit, pengecas phone, protein bar dan dompet anda.

IKLAN