6 Campuran Makanan Pencegah Kanser & Penyakit Berbahaya

Share

Mengamalkan pola makan dan makanan yang sihat dan seimbang adalah salah satu langkah pertama untuk memastikan anda mengekalkan kesihatan yang baik. Makan makanan secara sihat dan seimbang dapat membantu mencegah dan mengawal risiko daripada penyakit tertentu.

Kanser merupakan antara pembunuh dalam diam golongan lelaki disebabkan oleh banyak faktor. Walau bagaimanapun, penyelidikan telah menunjukkan bahawa pemakanan anda secara teratur dalam diet boleh mencegah kenser daripada berkembang. Bahan kimia yang alami, antioksidan, vitamin, mineral dan serat dalam pelbagai makanan boleh membantu tubuh anda melawan pertumbuhan sel-sel kanser. Berikut adalah 6 campuran makanan yang patut dicuba:

 

Tomato & Avokado

Tomato dan avocado kaya dengan  lycopene, antioksidan yang kaya dengan pigmen yang dikenali sebagai karotenoid , yang mengurangkan risiko kanser dan penyakit kardiovaskular.

 

Oat & Oren

Pengambilan dua sumber ini sewaktu sarapan mampu mengelakkan serangan jantung dan dapat membersihkan arteri. Tetapi harus ingat hanya ambil oat yang tidak diproses sahaja.

 

Brokoli & Tomato

Dua bahan ini dikaji dan kesannya mampu merendahkan serangan kanser prostat. Keduanya berfungsi melambatkan pertumbuhan kanser.

 

Blueberry & Anggur

Tahukah anda bahawa pengambilan dua sumber ini dalam masa yang sama sebenarnya lebih banyak merembeskan bahan anti oksida berbanding dimakan secara asing. Ternyata buahan ajaib ini mampu mengelakkan penyakit berbahaya terutamanya kanser.

 

Apple & Coklat

Rangkumkannya dan ia  mampu merembeskan flavonoid catechin yang boleh mengurangkan risiko mengidap  atherosclerosis dan kanser.

Kunyit & Lada Hitam

Penggunaan kunyit dan lada hitam secara serentak dalam masakan dari dahulu terbukti sebagai bahan anti kanser juga radang. Kerana itu kari juga dikira sebagai makanan yang bagus untuk kesihatan tetapi dengan penggunaan santan yang rendah.

 

 

 

 

 

 

IKLAN