Jika anda mahukan badan berotot mantap, membina otot dada mestilah menjadi salah satu matlamat utama anda. Tetapi tidak ramai yang mampu atau tidak ingin mengeluarkan duit yang banyak untuk ke gym.
Maskulin kongsikan kepada anda 5 senaman yang wajib anda lakukan jika ingin besarkan otot di dada.
1) Push Up
Push up akan menguatkan otot di dada. Caranya tolak badan ke bawah dan ke atas seperti biasa. Jika anda melebarkan sedikit tangan, ia akan mengurangkan tekanan terhadap tangan dan lengan.
2) Chest Fly
Ada memerlukan 1.5 liter atau 5.5 liter botol berisi air.
Caranya memerlukan anda baring, pegang botol dengan tangan yang lurus serta pastikan keadaan botol itu dipegang dalam keadaan stabil.
Ads
Kemudian bawa tangan ke kiri dan tengah badan dan repeat selama 15 kali. Otot atas dada akan bekerja dan membentuk.
3) Decline Push Up
Ambil kerusi atau bangku di rumah, letakkan kaki anda di atas kerusi dan tapak tangan di lantai dan bawa badan ke bawah selama beberapa ketika dan bawanya ke atas semula.
Ads
4) Reverse Grip Push Up
Gunakan dua kerusi, letakkan tapak tangan anda di kerusi tersebut dan kaki di lantai. Tekan badan ke bawah dan kemudian tolak badan ke atas sebanyak 20 kali.
Dengan lakukan senaman seperti ini, bahagian atas dada akan rasa terbakar dan akan menguatkan lagi bahagian tersebut.
Ads
5) Underhand Front Raise
Senaman ini bagus untuk ‘Upper Chest’ dan ‘Inner Chest’ anda. Caranya genggam botol air 1.5 atau 5.5 litter dan gerakan ke atas dan ke bawah. Pastikan upper chest dan inner chest anda bekerja dan otot anda tertarik saat anda membuatnya. Lakukan selama 10 kali ulangan.
Semoga beberapa tip senaman di atas dapat membantu anda mendapatkan otot ‘upper body’ terutamanya di bahagian dada dan abdomen dengan lebih mantap!
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pakai pelembap udara dan losyen. Ia membantu melembapkan kulit dengan cara mengikat air pada lapisan kulit. Cari pelembap sesuai.
2. Jauhi rokok
Rokok menyebabkan penuaan lebih awal. Rokok mengandungi bahan kimia yang dapat mengurangkan pengaliran oksigen pada kulit. Ia juga mengganggu penyerapan vitamin C yang diperlukan kulit.
3. Kurangkan terdedah panas cahaya matahari
Elakkan terdedah matahari mulai jam 10 pagi hingga 2 petang kerana waktu itu sangat kuat. Ia boleh menyebabkan garis halus, bintik coklat dan perubahan warna kulit semakin ketara.
Pakaikan topi, lengan baju dan seluar panjang serta cermin mata gelap jika berada di luar rumah.
4. Guna krim pelindung matahari.
Gunakan produk SPF30 atau lebih untuk melindungi gelombang ultraviolet pendek (UVB) dan Ultra Violet A (UVA). Ia membantu mengurangkan kedutan, warna kulit yang tidak sekata dan risiko kanser kulit.
5. Diet sihat, minum air
Pastikan ikuti diet sihat dan vitamin A, B, C, E dan K menerusi makanan seperti bayam, kekacang, biji-bijian, lemon, limau, jus anggur dan buah-buahan. Air mengurangkan hidrasi. Minum antara enam hingga lapan gelas air sehari untuk menghilangkan racun pada tubuh.
6. Produk antipenuaan
Bahan pentapeptida yang ada dalam kebanyakan produk yang baharu, membantu mempercepatkan pembentukan sel kulit, menghasilkan kolagen dan menegangkan kulit.
Krim retinoid yang mengandungi vitamin A efektif dalam mengurangkan kedutan, mencerahkan kulit dan pertumbuhan sel kulit.
7. Tidur mencukupi
Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi, iaitu antara tujuh hingga lapan jam. Ini untuk mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata, kulit pucat dan mata bengkak serta masalah lain.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Anda beruntung! Kajian buktikan lelaki mudah hilang berat badan berbanding wanita. Ramai wanita yang merungut gagal dan susah nak turunkan berat badan walaupun mereka dah buat macam-macam. Kalau berat mereka turun pun agak perlahan dan lambat.
Sebenarnya memang ada perbezaan yang ketara antara lelaki dan wanita, malah lelaki lebih mudah mencapai sasaran menurunkan berat berbanding wanita. Perkara ini diperakui oleh pakar selepas pelbagai kajian dan penyelidikan tentang perbandingan jantina dilakukan.
Jurnal Diabetes, Obesiti dan Metabolisme yang dikaji oleh sekumpulan saintis telah menghimpunkan lebih daripada 2,000 orang dewasa yang berdepan dengan masalah pra-diabetes dan obesiti dari Eropah, Australia dan New Zealand.
Kesemua individu ini menjalani diet 800 kalori sehari yang terdiri daripada sup dan bijirin selama lapan minggu dan makan 375 gram sayur-sayuran rendah kalori yang terdiri daripada tomato, timun dan salad.
Selepas tempoh lapan minggu, saintis mendapati golongan lelaki turun berat badan paling banyak iaitu purata 11.8 kg berbanding wanita hanya sekitar 10.2 kg. Selain berat badan, kajian juga mendapati kadar lemak dalam badan turun.
Bukan itu sahaja, 35% lelaki dan wanita melaporkan tahap glukosa darah cenderung normal dan tidak lagi pra-diabetes. Pra-diabetes merupakan keadaan kadar gula darah bermula di atas normal, tetapi tidak sehingga diabetes.
Secara umumnya, ini membuktikan lelaki mempunyai metabolisme lebih tinggi dan lebih lemak viscera. Malah disebabkan lelaki mengambil lebih banyak kalori setiap hari daripada wanita, maka kesan pengurangan kalori lelaki akan lebih cepat.
Ini 5 sebab lelaki lebih mudah hilang berat badan seperti yang dilaporkan dalam beberapa laman portal kesihatan menurut kajian oleh penyelidik.
Portal Verywell menerusi sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Applied Physiology mendapati lelaki mempunyai 10 hingga 15% lebih banyak otot daripada wanita. Semakin banyak otot yang lelaki miliki, maka lebih banyak kalori yang akan dibakar, walaupun anda dalam keadaan rehat. Ini kerana otot adalah bahagian tubuh yang aktif metabolik, maka ia cenderung untuk membakar lebih mudah apata lagi jika ditambah dengan senaman yang konsisten.
Bagi wanita pula, lemak subkutan yang meraka miliki melekat pada permukaan kulit. Biasanya, lemak ini tersebar di sekitar paha, punggung dan pinggul kerana ia akan digunakan untuk melahirkan anak. Ia tidak aktif secara metabolik maka sukar untuk dibakar dengan aktiviti atau senaman.
Hormon estrogen dalam tubuh wanita berperanan penting untuk penyediaan mereka semasa bersalin anak dan meningkatkan libido hubungan intim. Malah hormon ini juga menyebabkan wanita sukar menurunkan berat badan.
Menurut penyelidik dari Universiti New South Wales, estrogen membakar kalori lebih banyak selepas makan kerana ia memulihkan jumlah lemak yang terkumpul di dalam badan. Lemak ini kemudiannya digunakan sebagai persediaan untuk melahirkan anak, terutamanya di bahagian pelvis wanita.
Disebabkan kadar metabolisme yang tinggi dan hormon, tubuh lelaki memberi reaksi segera apabila anda dalam usaha menurunkan berat badan. Menurut Jurnal Nutrisi British, lelaki dua kali lebih banyak kehilangan berat badan dalam tempoh dua bulan pertama selepas menyertai program diet seperti Atkins, Slim-Fast dan Weight Watchers berbanding wanita. Namun selepas bulan ke-6, kadar penurunan agak statik manakala wanita kekal menurun walaupun pada tahap perlahan.
Tidak seperti lelaki, wanita tergolong dalam kategori “emotional eater” atau pemakan emosi. Menurut penyelidik dari Makmal Kebangsaan Brookhaven, apabila wanita terdedah kepada bau atau melihat makanan tertentu, niat makan mereka lebih tinggi berbanding lelaki.
Apabila wanita stres, panik atau depresi, mereka mudah memberikan respons terhadap makan. Kalau lelaki pula lebih memilih rokok, minum alkohol atau terlibat dalam aktiviti lain untuk menghilangkan stres, panik atau depresi.
Apabila bersenam wanita cenderung untuk rasa cepat panas, mudah letih dan lemah kerana kapasiti paru-paru wanita lebih kecil berbanding lelaki. Ini menyebabkan sistem pernafasan wanita terpaksa bekerja keras untuk memproses oksigen ke dalam badan ketika mereka bersenam, selain menyebabkan lemak subkutan dalam tubuh wanita tidak terbakar dengan cepat seperti otot lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kolesterol adalah sejenis lemak yang diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan anda boleh menghasilkan kolesterol dan juga mendapatkannya daripada sumber makanan.
Di dalam darah, kolesterol dibawa oleh protein. Gabungan keduanya disebut dengan lipoprotein. Dua jenis utama lipoprotein adalah lipoprotein dengan kepadatan rendah (LDL) yang biasa disebut dengan kolesterol jahat dan lipoprotein dengan kepadatan tinggi (HDL) yang biasa disebut dengan kolesterol baik.
Namun masih ramai yang salah anggap lemak dalam pemakanan punca berlakunya peningkatan kolesterol dalam darah. Rupa-rupanya tanggapan tersebut salah sebagaimana yang dikongsikan Dr Zubaidi Hj Ahmad dalam Facebooknya.
Kalau nak tahu apa penyebab kolesterol dalam darah boleh menjadi tinggi, jom sama-sama kita baca perkongsian bermanfaat beliau ini.
Semalam saya sempat berkongsi dengan jemaah di Masjid Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya mengenai pemakanan sihat.
Oleh kerana ramai jemaah yang hadir dan bertanya, saya sendiri sgt teruja. Saya tak rasa penat walaupun pagi semalam berdiri lebih 3 jam berkongsi pengalaman dan pengetahuan di UKM.
Ramai yang masih keliru. Masih menganggap jika ambil lemak dalam pemakanan, ia berbahaya kerana meningkatkan kolesterol dalam darah.
Saya betulkan tanggapan salah ini. Lemak ada tiga jenis.
1. Lemak yg ‘confirm’ berbahaya adalah transfat. Ia banyak terdapat dalam makanan berproses yang disediakan di rak pasaraya. Semua jenis cookies, chips dan marjerine.
2. Satu lagi jenis minyak, ialah lemak tepu. Ia masih boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang tidak berlebihan, kecuali jika kita benar-benar lakukan diet ketogenik dengan panduan dari doktor yang faham.
3. Dan jenis minyak yg terakhir ialah minyak atau lemak dari tumbuh-tumbuhan yg tidak berbahaya langsung. Malah bermanfaat sebab mengandungi lemak tak tepu (unsaturated fatty acid). Terutama minyak zaitun yg mengandungi monounsaturated fatty acid dan banyak antioksia polyphenol. Sebab itu ia menjadi sebahagian dari diet sihat penduduk Mediterranean. Jadi minyak monounsaturated fatty asid, terutamanya minyak zaitun, bukan saja tidak meningkatkan kolestrole, malah menurunkan tahap kolestrole dalam darah.
Terlopong para jemaah sebab ini pengetahuan baru. Ada yang mengangguk-angguk tanda mulai faham.
“Jadi apa yang menyebabkan kolestrol jahat kami tak turun, walaupun kami ambil ubat statin?”
Saya beritahu antara yang menyebabkan “kolestrole jahat” meningkat atau tak turun walaupun ambil ubat statin adalah kerana kita masih mengambil gula.
Lagilah para jemaah terlopong sebab sebelum ini mereka hanya diberitahu gula hanya menyebabkan diabetes. Makan yang masin menyebabkan darah tinggi. Makanan berlemak akan menyebabkan kolestrole tinggi.
Belum pernah dengar bahawa bila ambil gula yang banyak boleh menyebabkan kolestrole jahat menjadi tinggi dan akhirnya boleh menyebabkan saluran darah tersumbat.
Gula pasir adalah gabungan gula glukosa dan fruktosa. Pengambilan gula yang berterusan dan berlebihan juga menyebabkan hati berlemak (fatty liver).
Seterusnya menyebabkan enzim dalam hati (iaitu enzim hati HMG-Coa reductase) tidak berfungsi dengan baik, akhirnya menyebabkan kolestrole meningkat.
Fruktos juga akan mengaktifkan enzim xanthine oxidase yang akhirnya menyebabkan peningkatan asid urik dalam darah. Urik asid yang tinggi boleh menyebabkan gout dan batu dalam ginjal.
Jadi pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan masalah hati berlemak (fatty liver), meningkatkan kolestrole jahat dan meningkatkan uric acid dalam darah.
Sementara pengambilan minyak zaitun, terutama OLIVIE yg mengandungi antioksida yang 30 kali dari minyak zaitun biasa, akan menurunkan kolestrole yang jahat dan meningkat kolestrole yang baik.
Alhamdulillah, di akhir perkongsian itu, ramai yang mula faham. Ramai pula yang bertanya, di mana mahu cari minyak zaitun ?
#oliviedrzubaidi
-Dr Zubaidi Hj Ahmad
14 Oktober 2018
019 7712391
Dr Zubaidi Hj Ahmad juga pernah berkongsi dalam artikelnya yang lain kaedah untuk mengawal kolesterol secara semula jadi tanpa ubat.
Penyakit serangan jantung dan strok adalah dua masalah kesihatan serius yang berpunca daripada tahap kolesterol tinggi. Ia berkait rapat dengan faktor keturunan, diet pemakanan dan gaya hidup seseorang.
Biasanya doctor akan memberikan ubat anti-kolestrole bagi menurunkan kandungan kolestrole dalam darah. Walau bagaimana pun kesan sampingannya harus diseimbangkan dengan manfaat yang diperolehi.
Kajian terbaru membuktikan terdapat empat produk sumber semula jadi juga dapat membantu merendahkan tahap kolesterol secara berkesan.
Empat bahan itu adalah Phytosterols, bijirin oat, serbuk minyak ikan Omega 3 dan Psyllium Husk.
1. Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Ia terdapat pada minyak sayur-sayuran dan kekacang nut. Pengambilan produk itu akan menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus.
2. Oat pula bijirin yang mengandungi serat larut dikenali ‘beta glucan’ yang terbukti merendahkan tahap kolesterol mereka yang mengamalkan pemakanannya.
3. Minyak ikan Omega 3 pula adalah asid lemak yang penting bagi metabolisme normal kerana ia mengandungi Asid Lemak Tak Tepu (EPA) bagi mengurangkan inflamasi seluruh badan. Produk ini juga sesuai untuk penghidap masalah kesihatan hipertrigliseridemia, kardiovaskular sekunder dan tekanan darah tinggi. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan kepada pesakit jantung koronari supaya mengambil 1 gram minyak ikan seperti produk ini setiap hari.
4. Psyllium Husk pula adalah biji benih pokok “Plantago ovate” secara lazimnya digunakan untuk menangani sembelit. Ia boleh digunakan untuk menurunkan tahap kolesterol.
Saya mencangkan kepada pesakit yang mengalami tahap kolestrole yang tinggi dalam darah, boleh gunakan bahan-bahan di atas selain dari ubat statin yang diberikan doktor.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.