
Image by Drazen Zigic on Freepik
MASKULIN yakin, dalam lingkaran sosial anda—baik keluarga mahupun teman rapat—pasti terselit seorang lelaki yang lebih selesa menyepi dan payah sekali meluahkan bicara. Namun, adakah ‘label’ pemalu itu benar-benar tepat untuk menggambarkan personalitinya, atau sebenarnya dia seorang introvert?
Persoalannya, sejauh mana kita memahami definisi introvert? Istilah ini sering meniti di bibir apabila menyentuh soal psikologi, tetapi adakah kita benar-benar menyelami maknanya?
Dari sudut etimologi, introvert berakar daripada istilah Latin moden, introverte; gabungan intro (ke dalam) dan vertere (memusing). Sejak awal abad ke-20, ia telah diangkat sebagai terminologi rasmi bagi menjelaskan keperibadian unik ini.
Dalam bahasa yang paling mudah, mereka adalah individu yang lebih mengutamakan dunia dalaman—menghargai setiap helaian pemikiran dan emosi sendiri jauh melebihi hiruk-pikuk gangguan luaran.
Malangnya, stereotaip sering kali tersasar dalam menilai lelaki berkarakter introvert ini. Bagi membetulkan persepsi yang terpesong, mari kita rungkai 10 mitos popular yang sering menghantui imej mereka di mata masyarakat.
Ini tidak benar sama sekali. Seseorang yang introvert hanya tidak suka bercakap melainkan mereka ada perkara yang dirasakan perlu sahaja. Mereka tak suka borak-borak kosong. Namun jika kena dengan subjek yang mereka suka mereka tak akan berhenti bercakap.
Sebenarnya sikap pemalu tidak ada kaitan langsung dengan seseorang yang introvert. Malah mereka bukannya takut untuk berkomunikasi dengan orang lain.
Apa yang mereka tekankan ialah sebab yang kukuh untuk berkomunikasi. Jika anda mahu berbual dengan seseorang introvert, apa yang penting harus teruskan berbual. Usah risau tentang rasa kekok dan menjadi sopan.
Salah satu mitos yang agak ekstrem. Jangan disebabkan mereka seorang yang agak reserve dan memilih untuk berbual perkara yang lebih penting tidak bermakna itu kurang ajar. Mereka hanya mahu semua orang lebih jujur, terbuka dan menjadi diri sendiri.
Ini tidak benar sama sekali. Individu introvert terutamanya sangat menghargai kawan-kawan baiknya. Mereka juga merupakan seorang yang sangat setia dan boleh diharap.
Another nonsense! Mereka hanya tidak suka berada di luar dalam tempoh yang lama kerana ia bukanlah satu keperluan dan menyenangkan.
Mereka cepat serap maklumat dan faham dengan apa yang berlaku di sekeliling. Disebabkan itulah mereka tak perlukan masa yang lama untuk faham akan situasi.
Percayalah rakan-rakan anda yang introvert sangat selesa dengan gaya hidup mereka. Mereka memang banyak berfikir dan berangan-angan. Namun itu tak menghalang mereka untuk menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi.
BACA: Kasut Larian Carbon Plate, Siapa Sebenarnya Yang Betul-Betul Perlukan?
Persepsi yang sering dikaitkan dengan seseorang yang dianggap pendiam. Mereka tak suka ikut trend semata-mata atau menjadi pengikut membuta-tuli. Mungkin disebabkan itulah mereka dianggap pelik. Walhal hakikatnya mereka lebih senang melakukan hal sendiri.
Adakah anda seorang introvert? Bagaimana dengan mitos yang MASKULIN kongsikan di atas. Adakah ia benar atau juga mitos sebaliknya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.