Lelaki teruna sikapnya lebih cenderung kepada suka mencuri pandang perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna kerana mereka ini lebih gemar untuk melihat hanya pada bentuk tubuh wanita.
Lelaki teruna ini akan segera mengalihkan pandangan apabila bertentangan mata dengan wanita yang cantik manakala lelaki yang tak teruna ini pula lebih bijak untuk mengekalkan pandangan ketika bertentangan mata.
Lelaki teruna ternyata akan lebih menunduk apabila dipandang oleh wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk menutup senyum) berbanding dengan lelaki yang tak teruna hanya menunjukkan reaksi bersahaja.
Lelaki teruna akan berasa malu untuk membuka mulut ketika makan atau bercakap di hadapan wanita yang cantik. Malahan lelaki teruna juga akan berlagak seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku.
Lelaki teruna pula jantungnya akan berdegup dengan kencang terutamanya apabila mendapati ada wanita cantik menyukainya berbanding lelaki yang tidak teruna kerana mereka akan lebih bersahaja tanpa sebarang reaksi.
Lelaki teruna juga kadangkala sangat membosankan apabila sedang bercinta. Ini kerana gayanya yang agak “polos” dan kaku ketika bersama pasangan. Tapi mereka juga akan sering berlagak untuk menarik hati pasangan.
Lelaki teruna juga sudah semestinya akan sanggup untuk menghabiskan banyak wang untuk membahagiakan pasangannya dengan tujuan untuk menambat hati pasangan secara berterusan.
Lelaki teruna juga kadangkala terlalu sensitif. Mereka akan sering bersusah payah untuk menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan berasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan.
Lelaki teruna juga sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan bahawa tiada yang secantik pasangannya. Mereka bukan sahaja bercerita dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan malah dengan keluarganya juga.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
PERASAAN GEMBIRA DAPAT SELAMATKAN NYAWA
Satu perasaan yang sangat menggembirakan apabila kita berjaya tolong para doktor selamatkan nyawa orang lain. Darah yang anda derma akan dibahagikan kepada pelbagai komponen berdasarkan kepada keperluan pesakit. Setiap komponen boleh digunakan oleh penerima yang berbeza untuk pelbagai tujuan. Setiap kali anda menderma darah, anda dapat membantu dari 3 ke 4 penerima setiap seorang.
MENDERMA DARAH BOLEH KURANGKAN RISIKO KANSER
Derma darah secara konsisten dikaitkan dengan dapat kurangkan risiko kancer termasuk kanser hati, paru-paru, colon, perut dan tekak. Siapa yang tak nak kurangkan risiko kanser kalau dah diberi peluang kan?
BAGUS UNTUK KESIHATAN
Ia dapat kurangkan jumlah iron (zat besi yang berlebihan) di dalam badan dan mengurangkan risiko sakit jantung. Berdasarkan kepada kajian yang telah dicetak dalam American Journal of Epidemiology, blood donors are 88% less likely to suffer a heart attack. Ini kerana setiap kali penderma menderma darah, zat besi akan dikeluarkan dari sistem, dan secara tidak langsung dapat menghindarkan dari risiko sakit jantung.
PEMERIKSAAN (CHECK-UP) KESIHATAN
Anda hanya boleh menderma jika anda sihat secara keseluruhan. Sebelum setiap proses menderma darah bermula, anda akan melalui beberapa pemeriksaan kesihatan dan ianya percuma untuk para penderma. Itulah kelebihan yang anda akan terima. Contohnya, anda akan mengetahui jika tekanan darah anda tidak normal dan ianya dapat membantu mereka mendiagnosis sebarang penyakit pada peringkat awal sebelum penyakit tersebut makin teru
Selepas darah didermakan, darah dan produk darah yang diperolehi akan diperiksa untuk mengetahui jika terdapat sebarang jangkitan. Anda boleh memilih untuk diberitahu jika mereka mendapati apa-apa yang tidak normal dalam ujian saringan tersebut. Derma darah yang kerap adalah bagus untuk kesihatan tambahan pula anda dapat percuma pemeriksaan yang akan membantu anda kekal sihat.
MENGETAHUI JENIS DARAH
Bersama-sama dengan pemeriksaan kesihatan, para penderma akan menerima analisis darah secara percuma dan bagi penderma yang pertama kali, anda akan mengetahui jenis darah anda. Kalau sendiri pergi ke klinik atau hospital untuk mengetahui jenis darah atau analisis darah, sudah tentu kena bayar. Walaubagaimanapun, sebagai penderma darah, anda akan dapat percuma.
Darah yang diderma akan diperiksa untuk beberapa faktor kesihatan bagi memastikan ia boleh digunakan untuk penerima. Antara faktor ianya perlu diperiksa termasuk HIV, syphilis dan hepatitis. Jika darah itu tadi mengandungi faktor kesihatan yang memudaratkan, maka penderma akan diberitahu dan sama sekali tidak boleh menderma.
Semasa proses menderma, anda akan terima snacks, juice, dan makanan lain secara percuma. Kadang-kadang, dorang akan beri free t-shirts, stickers dan jika anda bertuah, mungkin dapat sijil macam saya. Masa saya isi borang pendaftaran, ada seorang sister (nurse) minta kad pengenalan saya. Ingatkan nak tulis dalam buku rekod tapi rupanya masa saya tengah derma darah, dia bagi sijil. Rasa terharu juga, macam dah buat satu achievement. (penderma darah tegar mesti jealous)
BAKAR KALORI
Derma darah adalah jalan paling senang untuk kurangkan berat badan. Setiap kali anda menderma darah, sebanyak 640 Kcal akan hilang. Ini boleh membantu dalam proses untuk kurangkan berat badan. Bagaimanapun, darah selamat diderma pada setiap dua atau tiga bulan dan bukannya pada setiap bulan. Ini juga bergantung kepada tahap kesihatan anda, hemoglobin darah dan paras zat besi anda. Patut lah orang kata siapa derma darah akan naik berat badan, bila kalori terbakar mestilah kita rasa lapar.
PENAMBAHAN SEMULA DARAH BAIK UNTUK TUBUH
Replenishing darah adalah baik untuk tubuh kita. Derma darah membolehkan penderma untuk mengisi semula bekalan darah, membantu badan penderma kekal sihat, berfungsi dengan lebih cekap, dan dapat bekerja secara produktif.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kaum lelaki hari ini sudah boleh menerima kenyataan bahawa mereka juga memerlukan solekan untuk tampil lebih yakin dikhalayak ramai. Ia juga rahsia bagaimana kebanyakan personaliti kelihatan lebih yakin di depan khalayak dengan wajah yang sekata!
Walaupun kulit lelaki dan wanita berbeza, anda sebagai lelaki juga perlu menumpukan perhatian terhadap kulit wajah anda. Meskipun kulit lelaki lebih kasar dan tebal berbanding kulit wanita tetapi kemunculan jerawat, jeragat, warna kulit tidak sekata dan apa saja masalah kulit juga boleh menyerang wajah anda.
Begitu juga dengan penjagaan bibir anda. Mana mungkin wanita boleh jatuh hati pada anda yang sedang berdepan masalah bibir kering dan gelap! Bulu-bulu halus yang terdapat pada wajah anda akan menampakkan anda sebagai seorang yang tidak menitikberatkan penampilan. Bulu kening dan bulu hidung yang panjang dan berselerak perlu di ‘cantas’ agar nampak lebih kemas.
Untuk membantu anda, kami berikan beberapa langkah mudah bagaimana seorang lelaki juga boleh mengenakan solekan agar kulit tampil lebih bersih dan bebas cela. Oh… Solekan yang kami maksudkan bukan solekan yang keterlaluan.
1. Mulakan dengan membasuh wajah. Lakukan tiga langkah asas seperti membersih, melembap dan menyegar. Basuh wajah mengikut urutan bulatan untuk mengeluarkan sel kulit mati. Elak menggosok dan lap dengan tuala yang bersih. Untuk melembap, cari pelembap yang mengandungi SPF 15 ke atas di sekitar wajah sehingga leher.
2. Bagi lelaki metroseksual, foundation adalah cecair wajah yang wajib dipakai pada muka. Namun, ia tidaklah penting kerana ia sekadar mahu menutup keseluruhan wajah anda. Jika anda benar-benar mahu menutup keseluruhan wajah anda, pastikan anda cukur wajah terlebih dahulu.
3. Gunakan concealer untuk menutup cela pada wajah anda. Apabila memilih concealer, pastikan anda uji pada pergelangan tangan untuk mencari warna yang serasi dengan kulit wajah. Concealer bertindak sebagai penutup kesan jerawat, bulatan gelap bawah mata dan bintik merah pada kulit. Cara mudah untuk menyapu concealer adalah dengan menggunakan jari.
4. Untuk meratakan concealor supaya tidak kelihatan bertompok dan bertindih dengan warna kulit asal, gunakan berus untuk menyapu bedak tabur pada wajah supaya sekata dengan wajah anda. Sapukan bedak pada kawasan yang anda sapukan concealor.
5. Lip balm atau salap bibir amat berguna untuk melindungi bibir dari kering akibat cuaca seperti penghawa dingin. Semestinya pilih lip balm tanpa warna. Memakai lip balm setiap hari membantu bibir anda lebih lembut dan mengelak bibir menggelupas.
6. Elak tidur dengan wajah ada makeup. Pastikan anda membersih wajah setiap hari sebelum masuk tidur kerana kulit juga perlu bernafas. Membiarkan kulit tanpa menanggalkan solekan boleh merosakkan kulit anda. Jika anda mempunyai kulit yang kering, jangan lupa sapukan pelembap khas untuk malam.
Mungkin anda merasakan langkah ini menyusahkan dan tidak sesuai dilakukan oleh kaum lelaki. Sekurang-kurangnya, wajah yang bersih dan bebas cela mampu memberi anda keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai tanpa perlu mengenakan kaca mata hitam atau topi untuk melindungi wajah kusam. Tepuk dada tanya selera!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mata merupakan pancaindera yang penting dalam hidup kita. Cuba kita berfikir sejenak betapa kerapnya kita menggunakan mata dalam kehidupan seharian. Melalui deria penglihatanlah kita mampu menikmati keindahan alam sekitar, membaca buku yang bagus dan menatap wajah mereka yang tersayang dalam hidup kita. Penjagaan mata bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil ringan. Menjaga mata adalah perkara yang paling penting demi mengekalkan kualiti hidup kita. Penglihatan semakin merosot dengan meningkatnya usia. Masalah penglihatan mata sering dialami satu daripada nisbah enam golongan dewasa berumur 45 tahun dan ke atas. Menurut sebuah kajian yang telah dilakukan oleh American Academy of Ophthalmology (AAO) telah mendapati bahawa lebih daripad 43 juta penduduk Amerika cenderung untuk alami penyakit mata atas faktor peningkatan umur menjelang tahun 2020.
Punca utama buta dan penglihatan rabun sering dikaitkan dengan penyakit usia seperti degenerasi makula, katarak, retinopati diabetis dan glaukoma. Maka melindungi serta menjaga penglihatan anda adalah penting sepanjang umur anda meningkat. Beberapa tips penjagaan mata yang boleh dikongsi oleh pihak Nbnews, adalah:
Pengamalan diet seimbang bukan sahaja baik untuk mata, malah kepada kesihatan tubuh badan secara menyeluruh. Seperti yang kita tahu lobak merah merupakan makanan sinonim untuk penjagaan mata, hal ini kerana ia kaya dengan vitamin A dan B yang membantu menajamkan penglihatan. Umumnya memakan buah-buahan serta sayur –sayuran terutama sayur yang berwarna hijau gelap seperti bayam dan kangkung membantu menjaga mata kerana ia kaya dengan antioksidan yang mampu mengurangkan risiko katarak. Selain itu, kajian mendapati makanan yang kaya dengan dua jenis asid lemak Omega 3 (EPA dan DHA) yang boleh didapati dalam ikan seperti salmon, tuna putih, ikan kembung,sardin dan lain-lain membantu dalam menjaga kesihatan mata.
Obesiti atau berlebihan berat badan akan meningkatkan risiko diabetes dan lain-lain penyakit kronik yang kemudiannya menjurus ke arah kehilangan daya penglihatan, penyakit diabetes mata, glaucoma. Maka memastikan berat badan yang normal dan seimbang adala penting untuk mengelakkan risiko menghadapi penyakit mata.
Pakai pelindung mata seperti goggles, eye guards, cermin mata dan kanta lengkap walaupun semasa menjalankan aktiviti di rumah. Pelindung mata mampu memberi perlindungan kepada mata dalam masa yang sama memperbaik daya penglihatan. Kaca mata perlindungan UV juga memainkan peranan dalam melindungi matadari pancaran matahari yang terik. Carilah kaca mata yang menghalang 99 hingga 100% radiasi UV-A dan UV-B. Selain itu, gunakanlah kanta lengkap yang diperbuat daripada polycarbonate di mana ia 10 kali ganda lebih tahan daripada kanta plastik yang biasa.
Banyak kajian yang telah dijlankan bahawa merokok itu membahayakan kesihatan. Jika ia merosakkan kesihatan secara menyeluruh apata lagi kepada mata. Merokok mempunyai banyak bahan kimia yang merbahaya seperti nikotin, arsenik, karbon monoksida, metanol, amonia dan babyak lagi demikian akan mendedahkan penggunanya kepada penyakit-penyakit kronik seperti kanser dan serangan jantung. Malah dari segi mata ia mengundang kepada kerosakan saraf optik, katarak dan penuaan makula di mana penyakit-penyakit tersebut akan menyebabkan buta.
Sebagai pelajar kita memang kerap menatap komputer untuk menyiapkan tugasan, projek dan tesis. Suatu kajian menyatakan bahawa sekiranya kita meluangkan banyak masa menatap komputer dan hanya memfokus kepada satu benda akan menyebabkan mata kurang berkedip, malah kita akan lupa untuk berkedip. Hal ini sememangnya menyebabkan mata mudah penat serta ia merupakan rutin yang tidak baik untuk kesihatan mata . Cuba peraturan 20-20-20: Setiap 20 minit, melihat jauh kira-kira 20 kaki di hadapan anda selama 20 saat. Ini boleh membantu mengurangkan keletihan mata
Kepada pengguna kanta lengkap, adalah wajar bagi anda mencuci kanta engkap anda sebaiknya. Dalam masa yang sama memastikan tangan anda cuci untuk memakai kanta lengkap tersebut. Hal ini adalah untuk mengelakkan jangkitan kuman. Sediakan bekas untuk kanta lengkap tersebut dan sentiasa cuci dengan air ubat yang disediakan untuk kanta lengkap bagi menyahkuman yang ada di kanta lengkap sepanjang hari anda memakainya.
Jika anda mula perasan perubahan dalam penglihatan anda, anda patut mendapatkan khidmat doktor mata dengan segera. Beberapa tanda-tanda masalah penglihatan yang dikatakan adalah, apabila anda mendapat penglihatan berganda, penglihatan kabur dan kesulitan melihat dalam keadaan cahaya yang rendah. Tanda-tanda dan gejala masalah mata tersebut adalah serius. Petanda lain yang memerlukan rawatan segera termasuk mata merah, mata kerap berkelip apabila terkena cahaya, dan sakit mata dan bengkak.
sumber: ukm.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.