8 Gaya Lelaki Kurus Kena Amalkan Kalau Nak Elak Badan Nampak Sekeping!

Share

Ramai ingat lelaki kurus senang nak berfesyen berbanding lelaki berbadan besar. Sangkaan anda meleset kerana lelaki kurus juga berdepan dengan banyak cabaran dalam menggayakan fesyen.

Lelaki kurus jangan bimbang. Praktikkan 8 gaya fesyen ini supaya anda lebih stylo dan tak nampak sekeping lagi. Check this out!

1. BETULKAN CUTTING

Kalau susah nak jumpa cutting baju seluar yang sesuai, sebaiknya anda tempah baju pada tukang jahit. At least takdelah nampak macam anda pinjam baju ayah, abang atau kawan yang badan lagi besar daripada anda.

2. PAKAI LEBIH SELAPIS

Kerapkan memakai baju berlapis untuk menampakkan yang anda lebih besar. Misalnya anda pakai t-shirt kemudian sarungkan jaket ‘varsity’ atau kemeja yang lebih besar sedikit untuk lapisan luar. Pastikan pemakaian baju berlapis ini mengikut cuaca. Elakkan baju berlapis jika cuaca terik. Cara ni boleh memberi ilusi badan anda lebih berisi.

3. PAKAIAN ‘SLIM FIT’ TERBAIK

Untuk lelaki berbadan kurus, pakaian slim fit cutting sangat sesuai sebab ia boleh menampakkan susuk tubuh anda lebih keras dan bahu lebih lebar. Tapi ingat, elak memakai ‘skinny fit’ kerana ia boleh menampakkan tubuh anda yang kurus.

4. ELAK PAKAIAN LONGGAR

Pakaian longgar memang boleh buat anda rasa selesa. Namun elakkan memakai pakaian yang terlalu longgar kerana ia akan menampakkan lelaki kurus bertambah kurus. Mungkin persepsi ramai orang mengatakan pakaian longgar dapat menyorokkan susuk tubuh kurus. Tapi sebenarnya tanggapan anda itu salah.

5. ELAK AKSESORI BESAR

Aksesori seperti tali pinggang atau jam tangan yang besar sepatutnya anda elakkan kerana ia akan menampakkan yang anda serba tak kena. Misalnya anda memakai jam tangan besar, pasti orang lebih nampak jam tangan anda dahulu berbanding mereka melihat anda.

6. ELAK CORAK MENEGAK

Memakai baju bercorak menegak adalah teknik untuk menampakkan seseorang itu lebih kurus. Jadi bagi anda yang sememangnya sudah kurus, elakkan corak menegak. Seeloknya pakailah baju bercorak melintang untuk memberi ilusi badan anda lebih berisi.

7. PAKAI WARNA CERAH

Pakaian berwarna cerah menampakkan lelaki kurus lebih berisi. Kalau boleh, kurangkan berpakaian gelap seperti hitam atau coklat. Namun sekiranya anda memang minat dengan pakaian warna gelap, cubalah cari warna kelabu atau coklat terang.

8. TAHU JENAMA SESUAI

Sebenarnya ada beberapa jenama pakaian yang direka untuk saiz badan tertentu. Jenama A mungkin sesuai untuk lelaki kurus tapi jenama B lebih sesuai untuk lelaki berotot atau sado. Jadi pilihlah jenama dan pereka fesyen yang arif dalam mereka fesyen untuk lelaki kurus.

IKLAN