9 Tanda Produk Kecantikan Yang Anda Pakai Tidak Sesuai Dengan Kulit!

Share

Pasti ramai yang keliru sama ada produk kecantikan yang dipakai sesuai dengan kulit atau tidak. Jika tersalah memilih produk, bimbang ia boleh memberi kesan buruk pada kesihatan kulit anda.

Bila membaca testimoni penggunaan produk kecantikan anda naik ghairah untuk mencuba dan menggunakannya, padahal tidak tahu produk kecantikan itu selamat atau tidak.

Jika produk kecantikan yang anda pakai mempunyai 9 tanda ini, sahlah ia tidak sesuai dengan kulit anda. Jadi hati-hatilah dalam memilih produk yang selamat dan sesuai dengan kulit anda.

1. Naik jerawat

Ini tanda yang paling ketara muncul apabila produk kecantikan yang dipakai tidak sesuai dengan kulit. Wajah anda akan mula ditumbuhi jerawat yang bukan kebiasaan. Ada yang tumbuh selepas baru sekali anda memakai produk dan ada juga jerawat yang muncul hanya setelah beberapa kali anda memakai produk kecantikan tersebut.

2.  Kulit terasa panas

Lapisan kulit mula terasa panas dan mengalami pedih. Ini biasa terjadi apabila produk yang anda gunakan tidak ‘bekerja’ dengan baik pada muka. Rasa panas boleh menimbulkan iritasi sehingga menyebabkan timbulnya radang kemerah-merahan. Pastikan anda  berhenti memakai produk ini dan dapatkan nasihat doktor.

3. Kulit kemerahan

Tanda lain produk yang anda pakai tak sesuai apabila kulit berubah menjadi kemerah-merahan. Jika anda alami masalah ini ada kemungkinan bahan-bahan yang terkandung dalam produk tersebut menyebabkan berlakunya iritasi pada kulit anda.

4. Kulit lebih sensitif

Tidak sampai beberapa minit anda berada di luar, kulit sudah bertukar merah seperti warna kulit udang. Ia mungkin berpunca daripada produk penjagaan yang mengandungi retinoic acid (retinol, vitamin A). Hati-hati dengan produk yang mengandungi retinoic acid kerana ia akan menyebabkan kulit menjadi sensitif apabila anda terkena cahaya matahari.

5. Kering dan kusam

Ada beberapa produk kecantikan seperti losen badan dikatakan baik untuk melembap tapi hasilnya kulit menjadi semakin kering dan menggerutu. Sama juga dengan sabun mandi yang boleh menyebabkan kulit kering kesan daripada bahan sodium hidroikda yang banyak.

6. Menggelupas

Ramai yang kata, kulit menggelupas bagus kerana ia tanda tumbuhnya kulit baru atau bersalin kulit. Tahukah anda, lapisan kulit yang pertama (epidermis) amat penting bagi melindungi kulit daripada sebarang jangkitan kuman dan bakteria. Bayangkan jika kulit anda menggelupas, apa yang akan terjadi seterusnya?

7. Gatal-gatal

Jika produk kecantikan yang anda gunakan itu membuatkan kulit gatal dan rasa tak selesa, hati-hati kerana ia mungkin tidak sesuai dengan kulit anda. Jika diteruskan bimbang ia akan merosakkan kulit. Jadi segeralah berjumpa dengan pakar kulit.

8. Kulit jadi tegang dan tertarik

Produk kecantikan yang baik dan sesuai untuk kulit wajah tidak seharusnya membuatkan kulit wajah anda rasa tegang dan tertarik. Ini biasanya terjadi jika sabun yang anda pakai tidak sesuai. Ketika wajah rasa tegang dan tertarik, kulit akan rasa kering dan pori-pori lebih besar. Untuk mengatasinya, gantilah dengan sabun yang memiliki pH seimbang.

9. Kulit jadi berminyak dari kebiasaan

Bila wajah anda menjadi sangat berminyak dari kebiasaan setelah beberapa kali menggunakan produk kecantikan, itu tandanya produk tersebut kurang sesuai dengan kulit anda. Namun, bila anda menggunakan produk kecantikan yang tidak dapat menghasilkan kelembapan, secara alaminya kulit akan menghasilkan lebihan minyak untuk menjaga keadaannya agar tidak kering.

Follow Youtube MASKULIN

IKLAN