Ads

Acara Garmin Run Asia Series 2023 Kini Kembali Dengan Tema ‘Zero To Hero’

Buat penggemar acara larian di negara kita penganjuran Garmin Run Asia Series semestinya menjadi salah satu kemuncak kalendar tahunan anda. Kini ia bakal kembali sekali lagi selepas tahun lalu dianjurkan dengan cukup jayanya.

Baru-baru ini, Garmin Malaysia mengumumkan penganjuran cara lariannya yang cukup dinantikan iaitu Garmin Run Asia Series 2023 (GRAS2023). Acara larian yang bakal menarik penyertaan peserta dari seluruh negara ini akan diadakan pada 22 Oktober 2023.

Acara Garmin Run Asia Series 2023 Kini Kembali Dengan Tema ‘Zero To Hero’
Penganjuran tahun lalu

Kali ini, penganjuran GRAS2023 ditampilkan dengan tema ‘Zero to Hero’ bagi mengajak peserta-peserta melakukan larian terbaik sepanjang hidup mereka.

Larian kali ini juga ingin mengajak peserta sama-sama memberikan inspirasi kepada satu sama lain bagi mencabar untuk melakukan yang terbaik.

Sebanyak tiga kategori berbeza akan ditawarkan iaitu 5KM, 10KM dan juga 21KM. Dan larian dengan jarak paling jauh akan memulakan larian pada jam 4 pagi.

Ads

Acara Garmin Run Asia Series 2023 Kini Kembali Dengan Tema ‘Zero To Hero’

“Kami teruja untuk memulakan satu lagi Siri Garmin Run Asia di Malaysia kerana kami percaya itu keghairahan yang semakin meningkat terhadap sukan ini di kalangan rakyat Malaysia.

“Ia adalah matlamat kami untuk menggalakkan lebih ramai individu untuk menjaga kesihatan mereka dan menunjukkan prestasi yang lebih baik dengan setiap larian, oleh itu kami berharap dapat lihat lebih ramai pelari mencabar diri mereka ke tahap lebih tinggu sepanjang larian,” jelas Penolong Pengurus Besar Garmin Asia, Scoppen Lin.

Ads

Penyertaan untuk GRAS2023 kini telah dibuka dengan tawaran Early Bird dari 13 Mei – 11 Jun dan tawaran harga standard bermula 12 Jun – 15 Ogos. Bagi kategori 5km, penyertaan paling muda dibenarkan ialah 5 tahun manakala 13 tahun untuk 10km dan 18 tahun ke atas untuk kategori 21km.

Acara Garmin Run Asia Series 2023 Kini Kembali Dengan Tema ‘Zero To Hero’

Ads

Setiap peserta berusia 17 tahun ke bawah hendaklah ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang berusia 18 tahun ke atas. Jadi apa tunggu lagi!

Buat anda yang ingin menyertai GRAS2023 bolehlah layari https://www.garmin.com.my/event/2023/garmin-run/ sekarang.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
treadmill

5 Kesalahan Lazim Larian Treadmill Ramai Tidak Sedar, Boleh Elak Kecederaan...

Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.