Ads

“Adakah Muka Saya Seperti Ibu Shamir”? Dialog Viral Lucu Lelaki Ini Cetus Gelak Tawa Netizen

Gara-gara tidak menyemak atau mengenal pasti semula pemilik nombor telefon, nombor milik seorang pemuda dari Ayer Hitam, Batu Pahat telah dimasukkan ke dalam sebuah grup Whatsapp sekolah.

Menyedari pihak sekolah mungkin tersilap memasukkan nombornya, Hishamuddin, 28, atau lebih mesra disapa dengan panggilan Sam mengambil keputusan untuk meninggalkan grup Whatsapp tersebut.

Tangkapan layar perbualan itu telah tersebar di media sosial dan mendapat banyak respon serta gelak tawa nakal daripada netizen.

Tinggal grup, ustazah PM Tepi

Sejurus meninggalkan grup Whatsapp berkenaan, seorang ustazah yang merupakan guru kelas kepada seorang pelajar bernama Hariz Syamil terus ‘PM tepi’ Sam untuk bertanyakan hal sebenar kenapa Sam bertindak demikian.

“Adakah Muka Saya Seperti Ibu Shamir”? Dialog Viral Lucu Lelaki Ini Cetus Gelak Tawa Netizen

Ads

Namun begitu, Sam memaklumkan bahawa pihak sekolah mungkin telah tersalah orang dan itu antara sebab mengapa dia bertindak keluar dari grup Whatsapp itu.

Ustazah repeat buat pengesahan

Pada mulanya, ustazah berkenaan memohon maaf namun keesokan harinya, mungkin kerana tidak berpuas hati, ustazah tersebut menghubungi Sam sekali lagi.

Ads

Kata ustazah tersebut, nombor yang diambil adalah dari borang maklumat murid dan bagi penulis, mungkin ibu kepada Hariz Syamil tersilap menulis nombornya.

Lebih melucukan, Sam membalas soalan pengesahan ustazah itu dengan sekeping gambarnya yang berambut panjang dan berkaca mata hitam di dalam sebuah kenderaan.

“Adakah Muka Saya Seperti Ibu Shamir”? Dialog Viral Lucu Lelaki Ini Cetus Gelak Tawa Netizen

Ads

Balas Sam, “Adakah muka saya seperti seorang ibu kepada Shamir (Hariz Syamil?”

Perbualan cetus gelak tawa netizen

Perbualan itu telah mencetuskan pelbagai gelak tawa serta komen nakal netizen kerana ramai yang beranggapan jika wajah lelaki itu adalah seperti seorang ibu, bagaimana pula rupa anaknya.

Adakah anda pernah mengalami perkara sama? Kongsikan bersama Maskulin . 🙂

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
treadmill

5 Kesalahan Lazim Larian Treadmill Ramai Tidak Sedar, Boleh Elak Kecederaan...

Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.