adidas adizero Pro, Kasut Pemecah Rekod Larian Jarak Jauh

Share

Persaingan menghasilkan kasut larian yang mampu membantu pelari mencatatkan masa terpantas di antara jenama sukan kini menjadi agenda utama mereka. Di antara jenama yang sentiasa pro-aktif serta sentiasa mengetengahkan inovasi teknologi terkini ialah adidas.

Pada minggu ini adidas memperkenalkan kasut larian terbaru mereka, adizero Pro. Menariknya adidas meletakkan satu indikasi cukup tinggi kepada rekaan terbaru mereka dengan mengangkat adizero Pro sebagai kasut larian jarak jauh terpantas jenamanya.

Dengan 70 tahun pengalaman menghasilkan pelbagai teknologi dalam penghasilan kasut larian, kasut model terbaru adidas merupakan satu kejayaan terbaru sepanjang adizero diperkenalkan dari tahun 2008 sehingga 2018.

Menggunakan rekaan kejuruteraan yang melengkapi keperluan pelari marathon profesional ia mampu membantu mendapatkan masa catatan terbaik. Legenda adizero bermuka pada 28 September 2008 di Berlin selepas Haile Gabreselassie memecahkan rekod dunia yangh dipegangnya sendiri dan menjadi manusia pertama melepasi masa 2:04 jam.

Mary Keitany

Detik itulah memperkenalkan adisero Adios 1 di persada dunia. Kini dengan menggunakan matlamat inovasi sama, adizero Pro dihasilkan dengan kerjasama daripada penegang rekod dunia marathon wanita, Mary Keltany.

Selain itu input daripada beberapa pelari elit lain seperti Joyciline Jepkosgei,
Amos Kipruto, and Albert Korir turut dijadikan sebagai landasan rekaan untuk kasut larian hebat daripada adidas ini.

Selain itu, adidas turut melakukan kerjasama bersama pereka kasut terkenal dari Jepun, Mr Omori yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun.

Mr. Omori

adidas adizero Pro dilengkapi dengan teknololgi seperti CARBITEX carbon plate, LIGHTSTRIKE dan BOOST untuk bahagian tapak serta menggunakan getah CONTINENTAL.

Buat anda yang ingin mendaparkan kasut larian terhebat dari adidas, ia kini boleh didapati di beberapa outlet adidas Sports Performance di seluruh negara dan juga di laman sesawang rasminya.

IKLAN