
Menjelang demam FIFA World Cup 2026, adidas Malaysia memulakan sambutan penuh bergaya menerusi satu acara cukup spektakular yang berjaya mencuri perhatian ramai di ibu kota.
Bukan sekadar pelancaran kempen biasa, jenama sukan global itu menghidupkan langit Kuala Lumpur dengan pertunjukan drone gergasi yang menampilkan elemen bola sepak, budaya streetwear dan semangat komuniti peminat sukan paling popular dunia itu.
Berlatarbelakangkan ikon bandar seperti Merdeka 118 dan Stadium Merdeka, pertunjukan udara tersebut menyaksikan ratusan drone bergerak secara tersusun membentuk visual bertemakan FIFA World Cup 2026.
Antara visual yang dipaparkan termasuk logo ikonik Three Stripes adidas, Trionda Official Match Ball FIFA World Cup 2026, siluet pemain bola sepak serta pelbagai elemen yang menggambarkan keterujaan menuju kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.
Menurut Pengurus Negara adidas Malaysia, Preston Page, bola sepak sentiasa menjadi sebahagian besar identiti jenama tersebut sejak sekian lama.
“Bola sepak sentiasa lebih daripada sekadar permainan buat adidas. Ia adalah budaya, identiti dan komuniti,” katanya.
Tambah beliau lagi, sempena FIFA World Cup 2026, adidas mahu membawa pengalaman lebih immersif dan emosional kepada peminat bola sepak di Malaysia.
“Dengan Piala Dunia 2026, kami mahu mencipta pengalaman yang membawa peminat lebih dekat dengan kemeriahan kejohanan ini menerusi cara yang lebih immersive, emosional dan cukup sinonim dengan adidas,” katanya lagi.
Menurut Preston, musim kali ini juga cukup istimewa kerana menyaksikan kembalinya logo Trefoil ke pentas terbesar bola sepak dunia selain pelancaran Trionda sebagai official match ball kejohanan.
Selepas pertunjukan drone tersebut, sambutan diteruskan menerusi aktiviti “Home Of World Cup”, sebuah ruang interaktif bertemakan bola sepak dan street culture yang bakal berlangsung di dua lokasi utama Kuala Lumpur.
Konsep ini dilihat cuba membawa pengalaman bola sepak moden lebih dekat dengan generasi baharu peminat sukan.
Antara tarikan utama yang bakal disediakan termasuk:
Menariknya, jersi yang dipamerkan turut melibatkan beberapa kuasa besar bola sepak dunia seperti Argentina, Germany, Japan, Mexico dan Spain.
Bagi peminat bola sepak dan sneaker culture, acara ini dilihat bakal menjadi antara hotspot utama sepanjang sambutan FIFA World Cup 2026 berlangsung.
BACA: Syed Saddiq & Bella Astillah Sertai International Sunrise TriFest @ Desaru 2026
Selain pengalaman fizikal dan budaya bola sepak, adidas turut membawa elemen esports menerusi “The Champions Stage”, sebuah kejohanan gaming yang diinspirasikan daripada intensiti FIFA World Cup 2026.
Pertandingan 1v1 itu bakal menyaksikan peserta mewakili negara-negara tajaan adidas bertarung menerusi format:
Pemenang utama bakal membawa pulang hadiah berupa:
Manakala naib juara pula menerima:
Gabungan budaya gaming dan bola sepak ini jelas menunjukkan bagaimana generasi muda kini menikmati sukan bukan hanya di atas padang, tetapi juga secara digital dan komuniti.
Bagi mereka yang mahu merasai sendiri pengalaman “Home Of World Cup”, adidas Malaysia akan mengadakan roadshow di dua lokasi utama iaitu:
Pavilion Kuala Lumpur
26 Mei hingga 3 Jun 2026
10 pagi hingga 10 malam
Level 2, Centre Court, Pavilion KL
The Exchange TRX
8 Jun hingga 14 Jun 2026
10 pagi hingga 10 malam
Central Exchange, The Exchange TRX
Dengan gabungan elemen bola sepak, fesyen, budaya jalanan, gaming dan komuniti, adidas dilihat cuba membawa sambutan FIFA World Cup 2026 ke tahap lebih besar dan lebih immersive buat peminat di Malaysia.
Dan berdasarkan sambutan awal menerusi drone show yang menghiasi langit Kuala Lumpur, jelas keterujaan menuju FIFA World Cup 2026 sudah mula dirasai.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.