Ads

Syed Saddiq & Bella Astillah Sertai International Sunrise TriFest @ Desaru 2026

Syed Saddiq

Apa yang bermula sekadar cabaran peribadi buat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini bertukar menjadi satu pengalaman sukan keluarga yang cukup bermakna apabila Bella Astillah akhirnya turut sama menyertai International Sunrise TriFest @ Desaru 2026.

Acara multisukan yang berlangsung di Sand & Sandals Desaru Beach Resort itu berjaya menghimpunkan kira-kira 1,000 peserta dari hampir 30 negara, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara festival triathlon dan aquathlon paling berkembang di Malaysia.

Namun di sebalik kemeriahan acara tersebut, perhatian ramai nyata tertumpu kepada kemunculan “keluarga BASS” yang semakin menjadi perhatian dalam dunia gaya hidup aktif dan sukan endurance.

Dari Penyokong Kini Jadi Peserta

Jika sebelum ini Bella hanya hadir memberikan sokongan kepada Syed Saddiq dari tepi laluan perlumbaan, tahun ini penyanyi dan pelakon popular itu akhirnya membuat debut rasmi sebagai peserta.

Bella menyertai kategori Olympic Distance Female Relay menerusi pasukan “BAM” bersama rakan baiknya Datin Indera Dr. Sharifah Nur ‘Insyirah atau lebih dikenali sebagai Dr. Affa serta atlet junior elit Australia, Michaella Widjaya.

Syed Saddiq & Bella Astillah Sertai International Sunrise TriFest @ Desaru 2026

Pasukan mereka berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga keseluruhan dengan catatan masa 3 jam 20 minit 59 saat.

Bella sendiri mengendalikan segmen berbasikal dan mencatat masa 1:50:06, manakala Michaella melakukan acara renang sementara Dr. Affa menggalas cabaran larian.

Menurut Bella, pengalaman pertama menyertai acara multisukan itu membuka perspektif baharu tentang dunia endurance sports yang selama ini hanya dilihat dari luar.

Syed Saddiq & Bella Astillah Sertai International Sunrise TriFest @ Desaru 2026

“Ini pengalaman yang sangat baru dan menyeronokkan untuk saya. Sebelum ini saya hanya datang untuk menyokong Saddiq dari tepi sahaja, tetapi kali ini saya sendiri dapat menyertainya,” katanya.

Tambah Bella lagi, selepas merasai sendiri cabaran acara tersebut, dia kini lebih menghargai disiplin, usaha dan semangat yang diperlukan untuk menyertai sukan multisport.

Ads

“Apa yang membuatkan ia lebih bermakna ialah dapat melaluinya bersama keluarga dan rakan-rakan sambil melihat Ayden dan Ara turut menikmati pengalaman ini,” katanya lagi.

Syed Saddiq Terus Cabar Diri

Dalam masa sama, Syed Saddiq turut kembali menyertai kategori paling mencabar iaitu 113 Triathlon buat tahun ketiga berturut-turut.

Acara tersebut melibatkan:

  • 2.25km renang
  • 90km berbasikal
  • 21km larian
Syed Saddiq & Bella Astillah Sertai International Sunrise TriFest @ Desaru 2026
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Beliau berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa cukup baik iaitu 5 jam 30 minit 13 saat sekaligus menduduki tempat kelima kategori lelaki 30 hingga 39 tahun.

Menurut Syed Saddiq, edisi kali ini membawa makna lebih besar kerana insan tersayang kini turut sama melalui perjalanan tersebut bersamanya.

Syed Saddiq & Bella Astillah Sertai International Sunrise TriFest @ Desaru 2026

“Saya sangat gembira dapat kembali ke sini untuk tahun ketiga berturut-turut. Apa yang bermula sebagai cabaran peribadi kini menjadi sesuatu yang jauh lebih bermakna kerana orang yang saya sayang turut melalui perjalanan ini bersama saya,” katanya.

Beliau turut meluahkan rasa bangga melihat Ayden kembali berlumba dan Ara membuat debut pertama dalam acara multisukan.

Ads

Ayden Kembali Berlumba, Ara Buat Debut

Anak Bella, Ayden Adrean, 9 tahun, turut kembali menyertai perlumbaan selepas membuat debut tahun lalu.

Ayden berjaya menamatkan kategori Super Sprint Triathlon Boys 10-12 di kedudukan kelapan dengan catatan masa 1:08:59.

Syed Saddiq & Bella Astillah Sertai International Sunrise TriFest @ Desaru 2026
Ayden

Sementara itu, Ara Adreanna yang baru berusia enam tahun pula berjaya mencuri perhatian apabila meraih tempat ketiga kategori KiTS Aquathlon Under-7 selepas menamatkan cabaran 50 meter renang dan 500 meter larian dalam masa 20 minit 19 saat.

Syed Saddiq & Bella Astillah Sertai International Sunrise TriFest @ Desaru 2026
Ara

Momen tersebut sekali gus menjadikan penyertaan keluarga ini antara kisah paling menarik sepanjang festival berlangsung.

Sukan Yang Satukan Keluarga

Pengarah perlumbaan, Andy Foo menyifatkan perjalanan keluarga tersebut menggambarkan semangat sebenar International Sunrise TriFest.

Menurutnya, acara seperti ini bukan sekadar mengenai persaingan atau siapa paling pantas menamatkan perlumbaan.

Sebaliknya, ia tentang bagaimana sukan mampu menyatukan keluarga, membina gaya hidup sihat dan mencipta memori bersama.

Syed Saddiq & Bella Astillah Sertai International Sunrise TriFest @ Desaru 2026

Ads

“Anda dapat lihat bagaimana minat seseorang terhadap sukan akhirnya memberi inspirasi kepada orang sekeliling untuk turut sama menyertainya,” katanya.

BACA: Demi Watak ‘The Furious’, Zul Ariffin Turun Hampir 24KG Sampai Pitam & Hidung Berdarah

Beliau turut menyifatkan perkembangan daripada Syed Saddiq yang mula datang bersendirian, kemudian Bella hadir sebagai penyokong, Ayden mula berlumba dan kini Bella serta Ara sendiri turut menyertai acara sebagai sesuatu yang cukup bermakna buat komuniti multisport.

Syed Saddiq & Bella Astillah Sertai International Sunrise TriFest @ Desaru 2026

Festival Multisukan Semakin Berkembang

Selain kisah keluarga Bella dan Syed Saddiq, International Sunrise TriFest @ Desaru 2026 turut menyaksikan penyertaan atlet dari pelbagai negara.

Acara triathlon yang dipertandingkan termasuk:

  • 113 distance
  • Olympic Distance
  • Sprint
  • Super Sprint
  • Relay categories

Manakala program aquathlon pula melibatkan:

  • Ultra Aquathlon
  • Standard
  • Sprint
  • Super Sprint
  • KiTS categories

Tahun ini juga menyaksikan pengenalan beberapa kategori baharu aquathlon bagi menggalakkan lebih ramai beginner mencuba dunia multisport.

Dengan penyertaan antarabangsa yang semakin meningkat serta sokongan komuniti tempatan yang semakin kuat, International Sunrise TriFest kini dilihat terus berkembang sebagai antara festival endurance sports paling menarik di Malaysia.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
ZUL ARIFFIN

Demi Watak ‘The Furious’, Zul Ariffin Turun Hampir 24KG Sampai Pitam...

Demi watak dalam The Furious, Zul Ariffin sanggup turun hampir 24KG sampai pitam dan hidung berdarah. Transformasi paling ekstrem pernah dilakukannya.