Bukan satu keputusan yang mudah untuk seorang anak seni membuat keputusan seperti ini, namun setiap apa yang dilakukan pasti sudah difikirkan sebaiknya.
Pagi ini, Hairul Azreen telah mengejutkan ramai apabila dia mengumumkan pengunduran dirinya dari dunia lakonan. Pengumuman tersebut dibuat ketika dia dijemput menjadi tetamu Radio Era dalam segmen 3 Pagi Era bagi mempromosikan filem Malbatt Misi Bakara.
Hairul yang dilihat tenang berkongsi perkara itu kepada penyampai Linda Onn, Halim Othman, Azad Jasmin dan Radin. Dia berkata, “Saya nak mengumumkan yang saya berhenti berlakon sebab saya dah buat semua benda. Saya dah jadi seorang pelakon bermula daripada stunt, saya dah jadi seorang pelakon filem.
“Kemudian saya berdoa menjadi hero filem, dan Allah makbulkan saya sekarang saya menjadi hero filem aksi. Filem Malbatt inilah filem terakhir saya sebagai anggota tentera, sebagai pelakon.”
Ads
Bertapak dalam industri seni sebagai pelakon ekstra, stuntman dan memegang watak tambahan sejak usia remaja lagi. Hairul antara pelakon filem aksi yang prolitik di Malaysia dengan lakonan aksi yang memberi kesan mendalam. Selain bergelar pelakon dia juga merupakan seorang pelabur dan penerbit untuk filem.
Apabila ditanya oleh Linda Onn sama ada dia akan terus hilang dari dunia hiburan, Hairul menegaskan yang dia masih aktif di media sosial.
Ads
Setiap keputusan yang dibuat pasti ada sebabnya, bagi bapa kepada dua cahaya mata ini, masa yang diperlukan untuk melakonkan sesebuah naskhah menjadi sebab mengapa dia mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari dunia lakonan.
“Ada orang yang tak sempat tengok mak bapak sebab sibuk bekerja. Ada orang tak sempat tengok anak-anak. Saya alhamdulillah mak saya masih ada. Saya buat kajian untuk family dan diri saya.
Ads
“Bila saya buat filem saya perlukan enam bulan, buat badan enam kali seminggu, pagi petang malam. Tahu-tahu anak dah besar, tahu-tahu mereka pergi sekolah. Saya tak sempat nak buat perkara tu semua. Saya dah berasa puas dengan apa yang saya buat selama ini,” ujarnya panjang.
Filem Malbatt Misi Bakara menjadi sebuah filem aksi terakhir lakonannya, di samping sebuah lagi filem arahan Syamsul Yusoff yang dijangka bakal ditayangkan tahun hadapan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pada usia 16 tahun petarung muda nii mengharumkan nama negara di temasya Sukan SEA berlangsung di Thailand. Sekali lagi nama keluarga Ghazali menjadi sebutan rakyat Malaysia terutamanya di kalangan peminat muay thai selepas Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar atau mesra dipanggil Miki, menghadiahkan pingat emas buat Malaysia.
Mikail Ghazali membuktikan bahawa bakat luar biasa yang digilap dengan disiplin, strategi dan ketenangan mental mampu menewaskan tekanan besar di gelanggang lawan.
Beraksi di Stadium Tinju Lumpinee yang cukup ikonik, Mikail Ghazali berjaya menepati ramalan apabila menundukkan wakil tuan rumah, Suphakon Sirilun, dengan keputusan tipis 29-28 dalam aksi final kategori lelaki bawah 57 kilogram.
Walaupun sorakan penyokong Thailand bergema sepanjang perlawanan, atlet muda negara itu kekal fokus dan berani mengawal rentak perlawanan sejak awal.
Menurut abangnya yang juga bintang ONE Championship, Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo, kejayaan Mikail Ghazali bukan hadir secara kebetulan, sebaliknya hasil persiapan yang sangat rapi dan analisis mendalam terhadap lawan.
“Setiap pertandingan Sukan SEA sangat sengit kerana ia bukan tentang menentang seorang lawan sahaja,” jelas Johan yang bertindak sebagai jurulatih Mikail di Bangkok.
“Kami perlu mengkaji semua lawan yang berpotensi. Di Sukan SEA, setiap perlawanan memerlukan fokus maksimum kerana anda bertanding hampir setiap hari dan perlu mengekalkan berat badan. Setiap lawan pula mempunyai gaya bertarung yang berbeza.”
Johan turut menegaskan bahawa cabaran di kejohanan pelbagai hari seperti Sukan SEA jauh berbeza berbanding kejohanan biasa. Menurutnya, aspek fizikal dan mental perlu berada pada tahap tertinggi sepanjang kejohanan.
“Di perlawanan akhir menentang petarung Thailand, kami sudah lama mengkaji pergerakan dan corak pertarungannya. Alhamdulillah, strategi yang digunakan tepat dan membantu Mikail Ghazali memenangi perlawanan,” tambah Johan.
Dalam perlawanan akhir tersebut, Mikail Ghazali mempamerkan kematangan luar biasa dengan menguasai dua pusingan pertama melalui kawalan jarak, serangan balas yang kemas dan pertahanan yang disiplin.
Walaupun Suphakon cuba bangkit pada pusingan ketiga, Mikail kekal konsisten sehingga tamat perlawanan untuk memastikan kemenangan berpihak kepadanya.
Kejayaan Mikail Ghazali menjadi antara detik paling manis buat kem muay thai negara di Sukan SEA kali ini. Selain pingat emas Mikail, skuad negara turut mencatat kejayaan cemerlang menerusi Wassof Rujiman dalam kategori lelaki 54 kilogram serta Yan Jia Chi bagi acara wanita Wai Kru.
Secara keseluruhan, pasukan muay thai Malaysia membawa pulang tiga pingat emas, tiga perak dan empat gangsa, satu peningkatan ketara berbanding pencapaian di edisi Hanoi 2022 yang hanya menyaksikan satu emas dan satu perak. Pencapaian ini lebih bermakna memandangkan sukan muay thai tidak dipertandingkan pada edisi Phnom Penh 2023.
Kehadiran Johan di sudut gelanggang sebagai jurulatih juga memberi dimensi emosi yang istimewa buat kemenangan Mikail Ghazali.
Ikatan adik beradik itu jelas memberi kekuatan tambahan, dengan Johan bukan sahaja berperanan sebagai abang, tetapi juga mentor dan sumber motivasi di saat genting.
Kejayaan Mikail Ghazali bukan sekadar satu pingat emas, tetapi simbol kebangkitan generasi baharu muay thai Malaysia.
Dengan usia yang masih muda, disiplin latihan yang tinggi serta sokongan keluarga dan pasukan kejurulatihan, Mikail dilihat memiliki potensi besar untuk mengharumkan nama negara di peringkat lebih tinggi pada masa hadapan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mendengar sahaja penyakit kanser prostat pasti cukup menggerunkan untuk kaum lelaki kerana ia merupakan penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kematian.
Apatah lagi ia berkait rapat dengan organ pembiakan, maka tidak semua lelaki yang selesa untuk berkongsi pengalaman tentang penyakit ini.
Walau bagaimanapun, peluang untuk sembuh juga tinggi jika penyakit ini dapat dikesan lebih awal sebagaimana Dato’ Sri Nazir Tun Razak, seorang kanser survivor yang kini bebas daripada kanser prostat.
Kehadiran penyakit yang tidak diduga ini nyata telah mengubah gaya hidup Dato’ Sri Nazir Tun Razak untuk lebih peka tentang kesihatan diri.
Semuanya bermula ketika beliau menjalani pemeriksaan kesihatan sebagai syarat awal pembelian insurans.
“Saya pun pergilah jumpa doktor. Lepas buat medical test itu, dapat result, doktor kata dari segi PSA Test iaitu test cancer marker, tinggi sangat. Jadi, kena buat test lagi.
“Selepas itu saya buat MRI, confirm ada tumor, ada pembesaran dalam prostat saya. Lepas tu saya kena buat test biopsy untuk pastikan ini kanser atau tidak.
“Bila buat biopsy tu, confirm saya ada kanser prostat dan ia sangat agresif. Kalau saya tak buat rawatan dengan segera, kanser ini boleh merebak ke seluruh badan.
Akui Dato’ Sri Nazir Tun Razak, dia sendiri terkejut apabila doktor mengesahkannya menghidap kanser prostat sedangkan beliau langsung tiada sebarang tanda.
Rasa takut terus menerjah dirinya saat mendengar perkataan kanser keluar dari mulut doktor.
“Alhamdulillah, saya sangat bertuah kerana penyakit ini dikesan lebih awal iaitu di stage 2 dan boleh buat pembedahan kerana kanser ini belum merebak.
“Saya menjalankan ujian di London dan memberitahu doktor saya ketika itu untuk menjadualkan pembedahan saya selepas saya pulang dari bercuti.
“Betapa sihatlah saya rasa pada masa itu sehingga boleh bercuti dengan keluarga!”
Bukan mudah untuk menerima hakikat bergelar pesakit kanser, apatah lagi penyakit ini boleh meragut nyawa. Selain melakukan pemeriksaan dan menjalankan rawatan, sokongan ahli keluarga sangat penting dalam memberi semangat untuk pesakit melawan kanser prostat ini.
“Apabila saya mendapat tahu yang saya menghidap kanser prostat, saya serta keluarga saya risau kerana ia diketahui bahawa kanser mampu meragut nyawa pada bila-bila masa, dan saya juga khuatir jika sesuatu tidak baik berlaku semasa prosedur pembedahan.
“Tetapi keluarga saya memberi semangat terutamanya isteri dan anak-anak saya yang meyakinkan saya bahawa prosedur tersebut akan berjalan lancar dan saya akan cepat sembuh.
“Abang-abang saya Nizam dan Johari serta keluarga mereka melawat saya di London. Tidak lupa juga rakan-rakan saya seperti Tan Sri Tony Fernandes, Datuk David Chua, Datuk Haris Onn dan Datuk Kamaluddin Badawi.”
Disebabkan kanser prostat ini, Dato’ Sri Nazir Tun Razak berhenti merokok dan lebih kerap bersenam selepas pulih.
Jika sebelum ini beliau terlalu fokus pada kerjayanya di CIMB sehingga mengabaikan kesihatan, tetapi kini beliau lebih memandang serius tentang kesihatan diri.
Untuk rutin pemakanan, beliau cuba untuk mengambil makanan yang lebih berkhasiat dan mengurangkan makanan yang berlemak tinggi. Tidak dilupakan, aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu tidak kira di rumah ataupun di luar apabila bermain golf.
1. Jangan melengahkan masa lagi. Jika anda mempunyai gejala seperti kerap membuang air kecil, sukar untuk membuang air kecil ataupun mempunyai nafsu berahi (libido) yang rendah, anda harus berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
2. Walaupun anda tidak mengalami apa-apa gejala, anda harus menjalani pemeriksaan prostat yang berkala selepas umur 50 tahun dan ke atas.
3. Jika anda mempunyai sejarah kanser prostat dalam keluarga terdekat, anda juga dalam golongan yang berisiko tinggi dan wajar menjalani pemeriksaan prostat yang berkala dengan doktor.
“Amerika Syarikat di mana ujian prostat kerap dilakukan, kemungkinan golongan lelaki mendapat kanser prostat adalah 10%. Ingat, hanya lelaki berisiko mendapat kanser prostat, dan mampu diselamatkan jika dikesan dan dirawat dengan awal.”
“Penting untuk pesakit mendapatkan nasihat doktor jika mengalami gejala kanser prostat. Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh termasuk digital rectal examination (DRE) dan ujian darah Prostate Specific Antigen (PSA) sebagai penyiasatan awal Kanser Prostat.
“Jika keputusan ujian-ujian tersebut adalah ‘luar biasa’, pesakit akan dirujuk kepada pakar Urologi untuk pemeriksaan lanjut termasuk ujian biopsi kelenjar prostat.”
Menurut beliau lagi, kanser prostat adalah antara kanser yang mempunyai peluang sembuh yang paling tinggi jika dikesan dan dirawat awal.
“Data dari kajian-kajian kanser prostat menunjukkan bahawa lebih 90% pesakit kanser prostat pada peringkat awal dapat hidup sekurang-kurangnya 10 tahun selepas menerima rawatan.
“Sebaliknya, jika kanser ini dikesan pada peringkat yang lewat, hanya sekadar 30% pesakit yang akan hidup lebih daripada lima tahun.
“Berdasarkan pengalaman saya, selepas prosedur biopsi tersebut mengesahkan bahawa ketumbuhan saya sudah menjadi barah, doktor cadangkan saya untuk menjalankan pembedahan secepat mungkin.
“Selepas pembedahan tersebut, alhamdulillah saya pulih dengan sepenuhnya dalam beberapa bulan.
“Saya rasa memiliki kesedaran mengenai kanser prostat adalah sangat penting. Kanser prostat adalah salah satu kanser yang lebih mudah dirawat dan kadar pulih pesakit kanser prostat yang dirawat awal juga adalah tinggi, hanya jika dikesan awal.”
Saksikan “Power Talk NI Fight Againts Cancer Campaign” pada 18 November 2020 secara live di FB Mingguan Wanita.
Sebut sahaja tentang putera raja pastinya banyak anak mata terutamanya para wanita akan sedikit peka. Sejak kecil kita sudah dihidangkan pelbagai cerita doengeng melibatkan putera raja.
Sebut sahaja cerita klasik pasti ada kisah putera raja. Jadi tidak hairanlah sehingga kini kelbiat putera raja akan setiasa mencuri perhatian ramai. Ke mana sahaja mereka pergi pastinya akan menjadi tumpuan terutamanya daripada rakyat jelata negara mereka.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan tentang 5 putera raja yang menjadi pujaan ramai terutamanya wanita.
Pernah tular di kalangan pengguna laman media sosial tempatan, Pengiran Muda Abdul Mateen atau Prince Mateen merupakan anak ke-10 Sultan Hassanal Bolkiah (Sultan Brunei). Mempunyai rupa yang kacak serta berbadan tegap, Prince Mateen merupakan lulusan Royal Military Academy Sandhurst di Britain dan King’s College dalam jurusan politik antarabangsa.
Nikolai William Alexander Frederik merupakan anak sulung kepada Prince Joachim dan Alexandra Christina. Dia merupakan penawaris dalam kedudukan ketujuh taktha negara DenmarK dan kini berusia 20 tahun. Menariknya dia juga bergelar sebagai seorang model pentas peragaan dan pernah menggayakan untuk Burbbery di London Fashion Week.
Juga dikenali dengan nama panggilan Fazza, Putera Mahkota Dubai ini merupakan anak kedua Sheikh Mohammed bin Rashid Al Makhtoum yang meruakan Perdana Menteri dan Timbalan President Emeriah Arab Bersatu dan pemerintah Emirate of Dubai. Seorang yang sangat menyayangi haiwan dan popular di Instagram.
Putera sulung kepada Crown Mahkota Pavlos dan Croen Princess Marie-Chantal ini jutga dikenali dengan nama panggilan Tino. Dilahirkan di New York dan membesar di Britain. Ketika berusia 19 tahuhn beliau kembali ke Amerika Syarikat dan belajar di Georgetown University di Washington. Beliau mempunyai minat mendalam dalam bidang lukisan.
Kini berusia 24 tahun putera mahkota kesayangan rakyat Jordan ini mempunyai pengaruh sangat besar di negaranya. Malah beliau sentiasa memperjuangkan inovasi serta inginmemperbaiki mutu pendidikan. Malah Putera Mahkota Hussein yang merupakan anak kepada Raja Abdullah II turut memiliki latar belakang dalam bidang ketenteraan.
CABBEEN pop up The Starhill memperkenalkan pengalaman fesyen futuristik bersama 2AM dengan sneaker cetakan 3D, tailoring moden dan instalasi pop up eksklusif di Kuala Lumpur.