Nama anak seni ini bukanlah asing dalam industri seni tanah air. Kemunculan pemilik nama Syafie Naswip dalam dunia lakonan bermula pada sekitar tahun 2005 menerusi satu uji bakat filem.
Nama baiknya pernah menjadi sebutan ramai kerana bakatnya yang boleh dianggap ‘luar biasa’ apabila Syafie diberi kepercayaan membawa watak utama menerusi karya terkenal arahan Allahyarham Yasmin Ahmad berjudul Mukhsin.
‘Jatuh Cinta’ Aktiviti Bercucuk Tanam
Tapi siapa sangka, pemuda yang sering menghiasi kaca tv anda ini mempunyai hobi bercucuk tanam. Itulah pengalaman dan ‘cinta’ baru yang dirasai oleh Pelakon serba boleh Syafie Naswip, 31 sendiri.
Sebelum ini ketika musim (PKP) dahulu, pelakon filem Mukhsin itu berkata dia sudah semakin ‘jatuh cinta’ pada aktiviti bercucuk tanam sayur-sayuran dan gembira apabila sudah mula menuai hasilnya.
Ujarnya, selepas minat pada memasak, sekarang ‘berbudi pada tanah’ adalah cinta baharunya yang menjadi terapi diri sepanjang melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malah menggunakan #KebunBujangNilai di Instagram bagi berkongsi segala aktiviti bercucuk tanam yang dilakukan.
Ads
“Sejak PKP bermula pada 13 Januari lalu, saya terus berfikir aktiviti yang boleh dimanfaatkan dalam masa banyak terluang ini. Saya tengok di kawasan rumah, ada pula tanah dan terus rasa mula nak berkebun.
“Saya buat kaedah tanaman dalam pasu kerana boleh tanam banyak sayur, termasuk pokok herba yang saya nak. Alhamdulillah, dalam tempoh sebulan ini dah merasa juga hasilnya seperti cili api, bendi, kucai dan kangkung,” katanya.
Petani Moden
Menurut Syafie, mana tahu dengan aktiviti bercucuk tanam ini akan membawanya bergelar petani moden suatu hari nanti. Ujarnya, yang pasti jiwanya tenang, positif dan sentiasa bersamangat meneruskan kehidupan.
“Untuk kerjaya seni, saya tetap teruskan kerana tawaran pun masih ada dan ia punca rezeki utama. Namun, sekaramg masih PKP dan saya pun tak tahu bila aktiviti penggambaran di luar akan dimulakan.
Ads
“Setakat bercuti seketika ini, alhamdulillah, saya masih mampu menanggung ibu bapa dan menyara keluarga dengan wang simpanan yang ada. Syukur, masih boleh bertahan,” katanya.
Syafie yang pernah memenangi anugerah Pelakon Kanak- Kanak Terbaik pada 2007, berkata hingga kini dia juga tidak terlalu bersikap memilih watak. Katanya, asalkan ia sesuai dan membawa impak dalam lakonan, dia sedia menerima.
Sepanjang menceburi kerjaya seni terutama lakonan ketika berusia 12 tahun, Syafie hingga kini sudah menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan juga beberapa trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Ads
Sentiasa ‘tunduk’ ke bumi, walau sudah sedekad lebih berada dalam arena ini, Syafie tetap ‘humble’ dengan para pelakon lain terutama dengan bakat-bakat baharu.
Wah, bagusnya Syafie Naswip ni, jarang anak muda yang suka bercucuk tanam ni. Tapi sekarang agak-agak Syafie ada masa tak bercucuk tanam lagi.hehehe
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Inilah Malaysia yang sebenar. Malaysia yang kita semua banggakan. Malaysia yang cukup dicemburui oleh banyak negara lain.
Bukan sekali. Tetapi ini seakan sudah sebati di dalam jiwa warga kita. Tatkala negara ditimpa musibah dan bencana bantuan daripada pelbagai pihak sama ada kecil atau besar datang mencurah.
Di antara pihak yang paling terkesan sepanjang tempoh penularan wabak COVID-19 ini ialah barisan hadapan kita terutamanya petugas dan pasukan perubatan. Doktor dan jururawat terutamanya terdedah dengan risiko yang sangat tinggi.
Namun mereka sekali pun tidak pernah mengeluh dan berputus asa memberikan yang terbaik untuk negara.
Di antara peralatan yang cukup kritikal diperlukan ialah personal protective equipment (PPE) yang boleh melindungi serta melancarkan tugasan harian mereka. Dan di antara PPE yang penting ialah gaun hospital.
Di sinilah munculnya peranan pereka-pereka fesyen tempatan yang mencurahkan kepakaran, kemahiran serta pengalaman mereka dalam usaha membantu pasukan perubatan di barisan hadapan.
Salah seroang yang telah memberikan sumbangan rekaan gaun hospital ialah pereka fesyen tersohor negara, Jovian Mandagie.
Menerusi perkongsiannya di laman Instagram kendaliannya, beliau menggunakan kepakarannya menhasilkan PPE tudung dan PPE sut serta gaun. Selain itu pihaknya juga menyediakan Jovian Hygiene Kit untuk diedarkan kepada pasukan perubatan dan mana-mana pihak yang memerlukan.
“Kami buat keputusan untuk hasilkan gaun PPE berwarna putih kerana ia merupakan simbol kemuliaan dan kebersihan hati para pejuang di barisan hadapan.
“Semasa kita semua selamat berada di rumah, mereka di luar sana bertarung melawan pandemik ini dengan sekuat hati. Inilah apa yang termampu kami lakukan buat pejuang-pejuang negara sebagai tanda penghargaan kami terhadap pengorbanan mereka.” jelasnya menerusi satu posting di Instagram.
Pihaknya juga turut mempelawa orang ramai untuk memberi sumbangan hygience kit yang disediakan jenamanya untuk diberikan kepada mana-mana frontliners.
MASKULIN juga tertarik dengan hantaran terbaru di Instagram beliau selepas salah sebuah jenama piza terkenal belanja makan untuk 26 orang kakitangannya Ini selepas beliau memberikan ‘abang delivery’ satu set hygience kit.
Rata-rata warganet teritamanya pengikut Jovian Mandagie melahirkan rasa kagum dan berterima kasih kerana sumbangan yang telah beliau curahkan khususnya buat barisan hadapan negara.
Nak pastikan coverage telco mana yang paling laju di kawasan rumah memang agak mencabar. Apatah lagi jika anda berpindah ke kawasan baharu, tidak mungkin anda akan membeli sim card setiap telco, bukan?
Sabar, jangan panik! Akram Zulkifli kongsi cara-caranya untuk anda check dan tahu coverage telco mana paling laju di kawasan rumah anda.
Langkah Pertama
Langkah kedua
Langkah ketiga
Langkah keempat
So lepas ni, anda tidak perlu risau lagi jika anda berpindah atau bertukar tempat tinggal.
Pada hari ini kita semua akan tahu sama ada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan berakhir pada 14 April atau ia akan disambung untuk beberapa tempoh lagi.
Ramai yang meramalkan tempoh PKP ini bakal disambung ke satu tempoh yang sesuai memandangkan jumlah kes harian masih lagi berada pada yang lebih kurang sama. Walau apapun keputusan kerajaan kita sebagai warga harus sentiasa patuh dan duduk di rumah.
Berlainan pula dengan barisan hadapan negara yang tidak pernah kenal erti penat menjalankan tugas demi tanah air tercinta. Antara barisan hadapan yang paling kuat bekerja ialah anggota polis dan tentera.
Kesiap sagaan pasukan beruniform ini memastikan orang ramai patuh kepada PKP dengan melakukan sekatan jalan raya dan juga rondaan. Namun di sebalik ketegasan menjalankan tugas ketahuilah bahawa mereka sangat mengambil berat akan keselamatan kita semua.
MASKULIN tertarik dengan satu perkongsian foto oleh Facebook Polis Daerah Ipoh yang memaparkan seorang anggota polis sedang memakaikan topeng muka kepada seorang warga emas.
Foto yang dimuatnaik semalam tersebut mencuri perhatian ramai. Warganet meluahkan rasa kagum dan terharu dengan tindakan yang dilakukan oleh Konstabel Mohamad Syahmin Anuar.
Hantaran foto di Facebook disertkan dengan kapsyen:
“PIC OF THE DAY ~ Konstabel Mohamad Shahmin Bin Anuar menyantuni seorang warga emas yang tidak memakai topeng muka, semasa anggota tersebut membuat rondaan pemantauan di sekitar Kg Rapat, Ipoh.”
Tindakan murnia anggota polis turut mendapat perhatian media. Memetik laporan Sinar Harian, Mohamad Syahmin anggota berusia 25 tahun kini bertugas di Balai Polis Kampung Rapat.
Jelasnya, etika sedang memantau pematuhan PKP di sekitar Pasar Awam Gunung Rapat, wanita berusia lingkungan 80-an itu ada memegang topeng muka, namun tidak memakainya.
“Saya nampak keadaan dirinya yang sudah uzur, tangan pun terketar-ketar, mungkin susah untuk dia memakai topeng muka dengan sendiri. Saya tawarkan diri untuk bantu memakaikan topeng dan dia mengangguk tanda mengizinkan sebelum mengucapkan terima kasih,” jelasnya.
Beliau juga menasihatkan warga emas tersebut tentang kepentingan memakai topeng muka terutama apabila berada di tempat awam.
Tahniah dan syabas!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.