Selepas lebih sedekad menjadi wajah utama kandungan bertemakan pengembaraan dan kemahiran hidup di YouTube, Outdoor Boys akhirnya mengucapkan selamat tinggal buat sementara waktu kepada lebih 15 juta pengikut mereka di seluruh dunia.

“Ini Video Terakhir Saya Buat Masa Ini”

Dalam satu video berdurasi lima minit yang dimuat naik ke saluran YouTube Outdoor Boys, pengasas dan peneraju utamanya, Luke Nichols, mengumumkan bahawa beliau akan berehat daripada menghasilkan kandungan baharu buat sementara waktu.

“Hai semua, ini akan menjadi video terakhir daripada saya untuk seketika. Saya telah pun menghasilkan video untuk tempoh hampir 11 tahun. Kali pertama menerusi saluran Catfish and Carp, dan hari ini dengan saluran Outdoor Boys,” katanya.

Menurut Luke, sepanjang tempoh itu, beliau telah menghasilkan lebih 1,110 video satu pencapaian luar biasa yang turut menyaksikan keluarganya menjadi sebahagian besar daripada perjalanan tersebut.

Antara Dedikasi dan Pengorbanan

Luke turut berkongsi betapa besarnya komitmen yang telah diberikan untuk menghasilkan kandungan selama ini, termasuk berkhemah dalam keadaan sakit dan membina kabin walaupun cedera.

Walaupun begitu, beliau mengakui pengalaman ini telah memberi peluang untuk menjana pendapatan sambil mencipta memori indah bersama isteri dan anak-anaknya.

Ads

Namun, Luke mengakui bahawa segala yang baik, jika berlebihan, boleh menjadi beban.

Beliau kini merasakan sudah sampai masanya untuk berhenti seketika sebelum tekanan dan perhatian yang diterima menjejaskan kehidupan peribadi mereka.

Youtuber Outdoor Boys Umum Berehat, Mahu Kembali Kepada Hidup Yang Sebenar
Foto : Malaysia Tribune

Tontonan Berbilion, Perhatian Melampau

Dalam tempoh 18 bulan terakhir sahaja, saluran Outdoor Boys telah menambah 12 juta pelanggan baharu, dengan jumlah tontonan mencecah 2.8 bilion di YouTube.

Namun begitu, Luke mendedahkan bahawa terdapat banyak kes di mana kandungannya dicuri dan dimuat naik semula ke platform lain, menjadikan jumlah tontonan tidak rasmi terhadap dirinya dan keluarganya melebihi 4 bilion tontonan.

Ads

“Perhatian daripada orang ramai yang mahu bergambar, berbual dan menghubungi kami kini terasa agak melampau,” ujarnya.

Keselamatan Keluarga Jadi Keutamaan

Keputusan untuk berhenti ini bukan sekadar kerana keletihan fizikal atau mental, tetapi lebih kepada kebimbangan terhadap keselamatan dan privasi keluarga.

“Saya dan isteri risau tentang apa yang boleh berlaku jika saluran ini terus berkembang tanpa batasan. Jadi kami fikir lebih baik berhenti sekarang sebelum keadaan menjadi tidak terkawal,” jelas Luke.

Beliau juga menegaskan bahawa walaupun dia masih mencintai aktiviti luar dan suka menghasilkan video, fokus utama kini adalah pada keluarga, terutamanya anak-anak yang semakin membesar.

Ads

Youtuber Outdoor Boys Umum Berehat, Mahu Kembali Kepada Hidup Yang Sebenar

Fokus Baharu Ialah Bina Masa Depan Anak

Antara perancangan Luke selepas ini ialah membantu anak sulungnya, Tom, membina dan mengembangkan saluran YouTube miliknya sendiri.

“Selama ini saya banyak fokus pada diri sendiri dan perniagaan. Kini tiba masanya untuk beri perhatian kepada anak-anak saya yang akan menjadi remaja dan dewasa tidak lama lagi,” katanya dengan nada penuh harapan.

Sumber : Youtube Outdoor Boys & Siakap Keli

BACA LAGI : Osako Jadi Wira Vissel Kobe, Terima Kawasaki Eliminator Selepas Menang

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI