Cristiano Ronaldo bukan sekadar ikon bola sepak, tetapi juga simbol keunggulan, kerja keras, dan dedikasi dalam dunia sukan.
Kariernya yang gemilang bermula di Sporting Lisbon sebelum namanya melonjak di pentas antarabangsa bersama Manchester United, di mana beliau menjulang tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara UEFA.
Pemain kelahiran Madeira ini terus mencipta sejarah apabila menyertai Real Madrid pada 2009, mencatatkan rekod sebagai penjaring terbanyak kelab sepanjang zaman dengan lebih 450 gol.
Kejayaan bersama Juventus dan kini Al-Nassr di Arab Saudi membuktikan keupayaannya kekal relevan di puncak bola sepak dunia, menjadikan beliau antara atlet paling berjaya dan berpengaruh sepanjang zaman.
Di luar padang, Ronaldo dikenali sebagai seorang yang memiliki citarasa tinggi, khususnya dalam dunia automotif. Koleksi kenderaannya yang mewah bukan sahaja menggambarkan kekayaan, tetapi juga minatnya yang mendalam terhadap kejuruteraan dan kelajuan.
Kali ini MASKULIN ingin mengajak anda meninjau beberapa koleksi kereta mewah yang dimiliki oleh Cristiano Ronaldo!
Rolls-Royce Cullinan
Rolls-Royce Cullinan ini menampilkan reka bentuk dalaman yang diperibadikan dengan kemasan kulit hitam dan putih yang elegan.
SUV mewah ini merupakan satu-satunya model SUV yang pernah dihasilkan oleh Rolls-Royce, menjadikannya sebuah kenderaan eksklusif dalam koleksi Ronaldo.
Ferrari F12 TDF
Merupakan salah satu kereta kegemaran Cristiano Ronaldo. Dengan kelajuan maksimum yang mengagumkan serta reka bentuk dalaman yang mesra haiwan peliharaan, model Ferrari ini berada dalam senarai teratas koleksi peribadinya.
Lamborghini Aventador
Cristiano Ronaldo menghadiahkan dirinya sebuah Lamborghini Aventador sempena ulang tahunnya yang ke-27.
Ads
Khabar angin juga mengatakan bahawa selain versi hitam, Ronaldo turut memiliki Lamborghini Aventador berwarna putih, menambahkan lagi kepelbagaian dalam garaj mewahnya.
Porsche 911 Turbo S
Dengan enjin yang berkuasa dan prestasi luar biasa, siri Porsche mencuri perhatian ketika pelancarannya, menarik minat ramai peminat automotif. Cristiano Ronaldo juga tidak terkecuali—beliau tidak dapat menahan godaan untuk memiliki kereta ini.
Mercedes-Benz Brabus G65
Mercedes-Benz Brabus G65 adalah kenderaan mewah yang menjadi pilihan utama Cristiano Ronaldo setiap kali beliau berkunjung ke kawasan luar bandar.
SUV ini mengekalkan ciri ikonik G-Wagon, namun dilengkapi dengan enjin berkuasa tinggi yang mampu mengatasi pelbagai jenis permukaan mencabar.
Mercedes Benz GLE63 AMG
Bagi kebanyakan orang, Mercedes-Benz GLE63 AMG merupakan sebuah kenderaan mewah yang melambangkan status dan prestij.
Ads
Namun, bagi Cristiano Ronaldo, kereta ini dianggap sebagai salah satu kenderaan yang lebih sederhana dalam koleksinya.
Ferrari 599 GTO
Cristiano Ronaldo pernah mengakui bahawa beliau gemar memiliki dua unit bagi setiap jenis kereta kegemarannya—dan koleksi Ferrari beliau juga tidak terkecuali. Ferrari 599 GTO hanyalah salah satu daripada model Ferrari dalam garaj mewahnya.
BMW XM
Cristiano Ronaldo turut menerima hadiah sebuah BMW XM bernilai £164,000 daripada salah satu penaja terbaru kelabnya, Al Nassr.
SUV mewah berprestasi tinggi ini menampilkan reka bentuk moden dengan enjin hibrid plug-in yang menggabungkan kuasa dan kecekapan bahan api.
Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse
Ads
Cristiano Ronaldo membeli Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse sebagai tanda meraikan kejayaan selepas memenangi Liga Juara-Juara UEFA 2016.
Dari segi reka bentuk dan prestasinya, jelas ia adalah sebuah jentera berkuasa yang sukar untuk dilepaskan. Dengan enjin supercharged yang bertenaga serta gaya muscle car yang garang, Camaro ZL1 menawarkan pengalaman pemanduan yang mengujakan.
Koleksi kereta mewah Cristiano Ronaldo bukan sekadar mencerminkan kejayaannya di dunia bola sepak, tetapi juga minat mendalamnya terhadap prestasi, kelajuan, dan kejuruteraan automotif.
Sama ada sebagai ganjaran atas pencapaiannya atau hadiah daripada penaja, setiap kereta dalam koleksinya membawa cerita tersendiri.
Ini bukan sekadar soal kemewahan, tetapi juga satu bentuk apresiasi terhadap keindahan dan inovasi dalam dunia automotif.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas setahun ingin menanggalkan road tax lama dengan yang baru, tentu anda hadapi masalah bila kesan gam pada road tax lama masih melekat di cermin kereta. Kini anda tak perlu lagi nak guna benda tajam untuk mencungkilnya kerana ada cara lebih mudah untuk tanggalkan kesan gam tersebut.
Seorang pengguna Facebook bernama Debu Putih berkongsi cara-cara yang lebih mudah dan cepat untuk menanggalkan road tax lama tanpa perlu meninggalkan kesan gam pada cermin kereta. Semoga perkongsiannya ini bermanfaat untuk anda.
Meh nak share cara nak buang road tax yang tampal direct kat cermin macam saya (malas nak beli sticker). Guna air panas je. Senang buang. #sumberdrMrGoogle
1. Kain rendam dalam air panas.
2. Letakkan kain yang direndam tadi di luar cermin kereta pada tampalan road tax.
3. Tunggu 5-10 minit. Bagi gam dia cair.
4. Kemudian tarik.
5. Inilah hasilnya. Langsung tiada kesan gam pada cermin kereta. Voallllaaaaa ~~ the end.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pada majlis pelancaran model Jazz Hybrid dan Jazz facelift yang berlangsung semalam, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi mengumumkan bahawa Honda Malaysia akan melancarkan dua lagi model baharu pada tahun ini.
Melalui hasil risikan penulis, difahamkan model terakhir yang bakal menyusul ke pasaran tempatan ialah Civic Type-R.
Sebelum ini, penulis ada menerima khabar dari pihak pusat jualan Honda yang menyatakan model Civic Type-R akan dibawa masuk.
Namun, berita yang diterima itu tidak dapat disahkan kerana pada awalnya Honda Malaysia hanya merancang membawa masuk empat model.
Setelah berbual panjang dengan sumber dalaman dari Honda Malaysia semalam, model tersebut dikhabarkan akan diperkenalkan selepas model CR-V.
Bagaimanapun, pihak Honda Malaysia masih dalam proses perancangan dan perbincangan. Pengedar rasmi jenama Honda di pasaran tempatan itu masih meneliti harga jualan yang ideal bagi model tersebut.
Ini kerana sekiranya model berprestasi itu di bawa masuk, anggaran harga jualan pasti akan melebihi RM300,000.
Maka, pihak Honda Malaysia masih melakukan hitungan. Menurut sumber, pihaknya cuba untuk memastikan harga jualan model tersebut di bawah RM300,000.
Kemungkinan bilangan Civic Type R yang bakal dibawa masuk adalah terhad, iaitu di bawah 100 unit. Untuk makluman, model berkenaan akan diimport dari Sweden.
Sekiranya model tersebut dibawa masuk, Malaysia akan menjadi antara negara terawal yang menerima jentera tersebut di pasaran Asia Tenggara.
Jentera prestasi milik Honda itu dijana oleh enjin berprestasi tinggi VTEC Turbo bersesaran 2.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 306hp dan tork 400Nm.
Tragedi Sungai Korok yang mengorbankan satu keluarga akibat tenggelam di dalam sungai menjadi peringatan buat semua — jangan panik, bertindak dengan pantas boleh selamatkan nyawa
Apa yang anda akan buat jika kereta yang dipandu tiba-tiba terbabas dan terjunam ke dalam sungai sebegini?
Dalam keadaan cemas, panik dan kelam-kabut, ramai antara kita akan hilang arah. Tapi, dalam situasi macam ni — 60 SAAT PERTAMA adalah segalanya. Bukan sekadar detik genting, ia boleh jadi beza antara hidup dan mati.
Jadi, MASKULIN bawakan langkah demi langkah yang perlu anda ingat dan praktikkan jika berdepan situasi cemas seperti ini. Jangan tunggu sampai tragedi menimpa baru nak ambil tahu.
Tarik nafas dan jangan panik. Panik hanya percepatkan proses lemas.
Buka tali pinggang keledar SEGERA.
Jangan buang masa call sesiapa — telefon tak guna dalam air, dan waktu terlalu suntuk.
Jika air belum masuk banyak, turunkan cermin tingkap secepat mungkin. Ini laluan utama untuk keluar.
Jangan cuba buka pintu kereta, tekanan air akan buat ia hampir mustahil untuk dibuka.
Gunakan power window SEGERA, sebab bila enjin mati atau tenggelam, sistem elektrik akan gagal.
Jika tingkap tak boleh diturunkan, guna alat pemecah cermin (car emergency hammer) — ini bukan aksesori, ini keperluan WAJIB dalam kereta lelaki moden.
Keluar ikut tingkap, utamakan nyawa sendiri dulu.
Kalau ada penumpang (anak, pasangan, keluarga), arahkan mereka ikut langkah sama.
Jangan buang masa selamatkan barang, nyawa lebih penting dari dompet atau telefon.
✅ Sediakan emergency hammer atau alat pemecah cermin dalam kereta. ✅ Simpan dalam jarak capaian pemandu dan penumpang hadapan. ✅ Latih anak-anak dan pasangan macam mana nak keluar dari kereta dalam air — visualisasi penting! ✅ Faham fungsi airbag, tingkap elektrik dan sistem keselamatan kereta anda.
Ingat, bila kereta tenggelam, setiap saat dikira. Jangan biarkan tragedi berulang. Lelaki bijak bukan hanya yang tahu memandu, tapi tahu bagaimana nak selamatkan orang yang dia sayang.
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.