Mungkin anda pun sudah sedia maklum sejak kebelakangan ini pelbagai jenis barangan sudah mula naik harga. Keadaan ekonomi yang mungkin masih tidak menentu selepas pandemik yang melanda sepanjang dua tahun menampakkan impaknya.

Jadi sudah tentu pelbagai langkah penjimatan harus kita amalkan untuk meringankan beban perbelanjaan bulanan. Di antara perbelanjaan yang paling banyak kita keluarkan duit adalah minyak kereta.

Mungkin anda tertanya-tanya. Apakah caranya untuk elak kereta ‘makan’ minyak dengan banyak? Sebenarnya ada beberapa tip mudah yang anda boleh lakukan. Dan ya, ia tidak melibatkan sebarang modifikasi besar atau penggunaan sebarang kad ajaib atau minyak ajaib.

Tip Mudah Untuk Elak Kereta Makan Minyak Dengan Baik, Tak Perlu Modifikasi Pun!
Happy driver photo created by ArtPhoto_studio – www.freepik.com

Berikut beberapa tip yang cukup mudah dan berkesan untuk anda amalkan dalam pemanduan harian agar dapat menjimatkan penggunaan minyak kereta.

IKLAN

GUNA TAYAR ECO

Apa itu tayar eco? Tayar eco atau juga dikenali tayar dengan rintangan golekan rendah merupakan tayar yang perlukan daya lebih rendah untuk berpusing. Sesuai dengan dengan namanya, daya rintangan pada tayar ini lebih rendah apabila anda memusingkan tayar. Jadi secara tidak langsung boleh mengurangkan penggunaan petrol.

Boleh bawa penjimatan antara 10 hingga 20 peratus!

MINYAK ENJIN

Penggunaan minyak enjin yang sesuai juga memainkan peranan. Jadi pilihlah minyak enjin yang mempunyai kadar kelikatan rendah. Antaranya ialah dari jenis 0W-20 atau 5W-30. Untuk tahu kesesuaiannya periksa buku panduan atau manual kereta anda untuk taghu spesifikasi minyak enjin paling sesuai.

IKLAN

BUANG AKSESORI BESAR

Tidak dinafikan penggunaan aksesori yang besar boleh menyebabkan kereta ‘makan’ minyak lebih banyak. Aksesori seperti spoiler belakang yang besar, kotak bumbung, rim besar serta body kit yang mungkin agak berat. Jadi gunalah aksesori yang benar-benar anda perlukan sahaja.

Tip Mudah Untuk Elak Kereta Makan Minyak Dengan Baik, Tak Perlu Modifikasi Pun!
Happy driver photo created by ArthurHidden – www.freepik.com

HYBRID SEBAGAI PILIHAN

Ini yang paling mudah. Terutamanya buat anda yang ingin memiliki atau menukar kereta baharu. Jadikan kereta hybrid sebagai pilihan utama. Mungkin kosnya agak tinggi namun penjimatan di masa akan datang akan membuatkan ia lebih berbaloi. Tahukah anda kereta hybrid seperti Honda HR-V hybrid hanya menggunakan 1 liter petrol untuk perjalanan sejauh 18.8 kilometer!

IKLAN

TEKANAN ANGIN TAYAR

Kalau boleh seminggu sekali periksalah kondisi angin dalam tayar kereta anda. Tayar yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi berat dan menyebabkan penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran tayar yang berlebihan.

KELAJUAN EFISIEN

Suka memandu kereta dengan memecut ikut suka hati? Atau anda suka memandu laju dan suka membrek secara tiba-tiba? Itu merupakan antara tabiat yang oleh membuatkan kereta ‘makan’ minyak dengan banyak. Salah satu cara penjimatan minyak ialah tabiat memandu dengan kelajuan yang efisien. Jika memandu di lebih raya cukuplah sekadar anda memandu mengikut had laju yang dibenarkan.

https://www.youtube.com/watch?v=Y7lsu0khi6U&t=170s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI