
Jenama adidas sememangnya cukup sinonim dalam memperkenalkan teknologi hebat dalam rangkaian kasut larian mereka. Terbaru, mereka menampilkan adidas Hyperboost Edge yang diangkat menjadi asas kepada prestasi, keselesaan dan juga keyakinan pelari.
adidas mungkin menyedari bahawa pelari bukan sahaja berlari untuk kesihatan tetapi untuk prestasi dan juga kepuasan.
Menyedari keperluan ini, adidas tampil dengan Hyperboost Edge, kasut larian generasi baharu yang direka untuk memberikan keseimbangan sempurna antara ringan, responsif dan keselesaan. Lebih menarik, ia menandakan permulaan kepada era baharu dalam larian jalanan.
Hyperboost Edge hadir dengan gabungan tiga teknologi utama iaitu Hyperboost Pro midsole, PRIMEWEAVE upper dan LIGHTTRAXION outsole. Kombinasi ini bukan sekadar spesifikasi, tetapi menjadi asas kepada pengalaman larian yang lebih natural dan bertenaga.
Apa yang membezakan adidas Hyperboost Edge daripada kebanyakan kasut prestasi tinggi lain adalah pendekatannya yang tidak menggunakan plate atau elemen pengeras.
Sebaliknya, adidas membangunkan busa baharu yang bekerja secara semula jadi mengikut pergerakan kaki. Hasilnya, setiap langkah terasa lebih ringan, lebih lancar dan lebih responsif tanpa rasa kaku.
Dengan berat sekitar 255 gram, kasut ini menawarkan keseimbangan yang sukar dicapai antara ringan dan cushioning. Ia cukup selesa untuk latihan harian tetapi masih memberikan tenaga yang diperlukan untuk sesi larian lebih intensif.
Di sebalik prestasi ini terletak Hyperboost Pro foam, teknologi busa terkini yang dibangunkan melalui kajian makmal dan penyelidikan pengguna.
Dengan rekaan 45 milimeter di bahagian tumit serta drop 6 milimeter, kasut ini memberikan rasa lantunan tenaga yang konsisten di seluruh tapak kaki.
Dalam kajian melibatkan 60 pelari, prestasi yang ditunjukkan cukup mengagumkan. Sebanyak 73 peratus memilih tahap tenaga kembali yang lebih baik manakala 77 peratus merasakan cushioning yang lebih lembut.
Lebih separuh turut memilih tahap keselesaan keseluruhan yang lebih tinggi dan majoriti mengakui pengalaman larian yang lebih baik secara keseluruhan.
Ini bukan sekadar angka, tetapi bukti bahawa teknologi ini mampu menetapkan standard baharu dalam dunia kasut larian moden.
Bahagian upper menggunakan PRIMEWEAVE, material tenunan ringan yang direka untuk memberikan keselesaan maksimum tanpa mengorbankan kestabilan.
Material ini ringan dan tidak membebankan kaki, dalam masa sama memberikan fit yang kemas serta selamat. Tambahan heel pods
di bahagian tumit pula membantu memberikan sokongan ekstra tanpa mengganggu keselesaan.Gabungan ini memastikan kaki kekal stabil sepanjang larian tanpa rasa terlalu ketat atau tidak selesa.
Untuk memastikan setiap langkah lebih stabil, outsole Hyperboost Edge dilengkapi teknologi LIGHTTRAXION yang diinspirasikan daripada kasut perlumbaan adidas.
Ia memberikan cengkaman yang konsisten dari tumit ke hujung kaki dengan rekaan yang lebih ringan dan nipis, selain menawarkan ketahanan tinggi untuk pelbagai jenis permukaan.
Ini menjadikan setiap larian lebih yakin sama ada di jalan rata atau permukaan yang mencabar.
Dari segi estetika, adidas Hyperboost Edge tampil dengan pendekatan yang lebih progresif. Midsole yang tebal dan berstruktur menjadi fokus utama, menyerlahkan teknologi sebagai elemen utama.
Menariknya, buat pertama kali dalam kasut larian adidas, tiga jalur ikonik diletakkan pada bahagian midsole, menjadikan ia simbol kepada prestasi sebenar kasut ini.
Bahagian upper pula direka minimal dengan sentuhan moden seperti lubang tali tersembunyi dan kemasan ringan yang memberikan rupa lebih bersih dan premium.
Menurut Pengurus Besar adidas Running, Patrick Nava, adidas Hyperboost Edge dibangunkan untuk memberikan sesuatu yang benar-benar berbeza kepada pelari.
“Kami mahu menghasilkan sesuatu yang benar-benar transformatif kepada pelari. Hyperboost Edge adalah gabungan sempurna antara cushioning, tenaga dan ringan dalam satu kasut.
“Dengan menggabungkan ketiga-tiga elemen ini tanpa kompromi, kami berjaya menghasilkan kasut yang terasa ringan di kaki, responsif pada setiap langkah dan cukup selesa ketika menerima impak. Ia direka untuk menyokong pelari dalam pelbagai jenis latihan dan jarak,” jelasnya lagi.
Hyperboost Edge ditawarkan pada harga RM849 dan hadir dengan warna merah yang cukup berani. Ia boleh didapati di laman rasmi adidas Malaysia serta di stor terpilih seperti Sunway Pyramid dan Pavilion Kuala Lumpur.
BACA: Tip Latihan Ketika Ramadan Atlet Garmin Untuk Kekal Aktif
Dengan teknologi dan pendekatan baharu ini, adidas Hyperboost Edge bukan sekadar kasut larian. Ia adalah statement kepada evolusi gaya hidup lelaki aktif yang mahukan prestasi tanpa kompromi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.